Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dosa dari akhirnya perlepasan dari neraka.
Antara rahmatnya Ramadhan yang jelas terlihat dek mata kita ialah kepada peniaga-peniaga. Kita lihat sendiri bagaimana begitu meriah perniagaan mereka di bulan ramadhan ni terutama di bazaar-bazaar Ramadhan. Teringat aku ketika menguruskan bazaar Ramadhan di kawasan surau berdekatan kediaman lama aku di Pulau Pinang. ramainya peniaga yang menjalankan perniagaan dan kebiasaannya membuka kiosk-kiosk mereka sebelum masuknya waktu Asar. tapi yang anehnya, jemaah waktu Asar, tak seramai peniaga di bazaar tu sedangkan ia hanya berada di perkarangan surau. begitu juga waktu Maghrib, bukan setakat tak mai berjemaah di surau, yang tak solat pun ada!! Masuk je Maghrib, vroomm..depa pun lari. maklumlah poket dah penuh. Jawatankuasa akhirnya keluarkan signboard yang minta perniagaan dihentikan ketika Asar dan peniaga dikehendaki untuk solat berjemaah Asar dan Maghrib di surau dan tindakan akan diambil kepada peniaga yang engkar, itupun ada yang engkar.
Mak Mertua aku kata, ada yang berniaga sampai 2, 3 tempat dan perniagaan sangat laris, tapi solat satu waktu pun dah tak sempat nak buat. Terawikh, jangan harap laa..tapi ada jga yang tak solat fardhu tapi terawikh tak tinggal. Tu macamna pulak tu??
Itulah apabila Rahmat yang Allah kurniakan dibalas dengan keengkaran. Takut-takut apa yang dikecapi hanyalah sekadar istidraj, sebagai gula-gula oleh Allah supaya kita terus hanyut dan akhirnya mati dalam keadaan lalai dengan harta dan kemewahan dunia.
No comments:
Post a Comment