Oleh : Zamri Keciks
Saya terpesona membaca laporan berkenaan “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini. Ya bukan di Saudi atau Iran atau Afghanistan tetapi di Jepun iaitu salah sebuah negara termaju di dunia.
Gerabak seumpama ini dilancarkan bagi mengatasi masalah mencabul kehormatan penumpang wanita yang kerap berlaku dalam gerabak-gerabak keretapi di Tokyo yang sentiasa padat, sesak dan sibuk itu. Bermakna perangai buruk mengambil kesempatan ke atas wanita seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara-negara rantau ini tetapi juga di negara yang rakyatnya berpendidikan dan berpendapatan tinggi seperti Jepun.Saya terpesona membaca laporan berkenaan “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini. Ya bukan di Saudi atau Iran atau Afghanistan tetapi di Jepun iaitu salah sebuah negara termaju di dunia.
Rupanya langkah memperkenalkan gerabak seumpama ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat Tokyo khasnya golongan wanita termasuklah para pelajar dan kanak-kanak perempuan.
Ironisnya apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan laluan asing untuk wanita di pasar-pasaraya satu ketika dahulu serta mengasingkan penonton-penonton wanita dalam konsert-konsert kesenian Islam, para pengkritik termasuk NGO wanita tertentu mengatakan langkah ini sesuatu yang kuno dan ketinggalan zaman.
Langkah di Tokyo ini bagaimana? Kuno dan ketinggalan zamankah juga orang Jepun? Kenapa tidak diunjurkan agar kaum lelaki mengawal sendiri nafsu mereka sebagaimana saranan bijak pandai di sini?
Alhamdulillah Islam telah melihat masalah ini sejak awal-awal lagi dan mengemukakan kaedah penyelesaiannya bagi mengatasi masalah sosial yang sesuai dipraktikkan buat semua zaman. Benarlah al Quran itu petunjuk buat semua umat manusia!
No comments:
Post a Comment