Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Friday, October 29, 2010

Mereka Mengayuh Basikal untuk Tunai Haji. Sanggupkah Kita?

Credit: http://duniacacamarba.blogspot.com/

Semangat dua pemuda Muslim yang berasal dari Afrika Selatan untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 patut dicontohi. Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menunggang basikal. Percaya atau tidak?

Ternyata, kedua-dua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mendedahkan kegembiraan mereka setelah masuk ke kota Tabuk, sempadan negara Arab Saudi.

"Akhirnya kami berjaya mencapai impian untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini," kata kedua-dua pemuda ini.

Caimcross, yang bekerja di kota Cape Town mendedahkan bahawa menunggang basikal dari Cape Town ke Arab Saudi amat memenatkan.

"Kami memilih berangkat ke Makkah dengan cara ini agar kami benar-benar dapat merasakan pengalaman suka duka menunaikan ibadah haji," ujarnya.

Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada 7 Februari lalu. Mereka berbasikal menyusuri negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria dan Jordan sebelum sampai ke sempadan Arab Saudi.

"Ini haji pertama kami. Kami boleh saja menaiki kapa terbang tetapi cara begini adalah impian kami. Kami mahu menunaikan haji dengan cara yang berbeza. Kami memilih basikal, kerana kami berdua memang suka berbasikal," ujar Caimcross.

Setiap hari, kedua-dua pemuda itu berbasikal sejauh 80 hingga 100 kilometer. Mereka berehat di masjid atau mendirikan khemah pada malam hari, kemudian meneruskan perjalanan setelah selesai solat Subuh.

"Di setiap tempat yang kami lewati, masyarakat di kawasan itu memberikan sambutan dan bantuan, tambah-tambah pula selepas mereka mengetahui bahawa kami dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tidak ada masalah kerana banyak orang yang menawarkan makanan kepada kami," tutur Caimcross.

Semasa dalam perjalanan, mereka juga kadang kala melewati kawasan muka bumi yang sulit untuk dilalui seperti kawasan pergunungan yang memerlukan tenaga tambahan untuk mengayuh pedal basikal. Kendala lain adalah perbezaan bahasa.

Caimcross juga mengungkapkan rasa terharunya kerana banyak orang yang menawarkan bantuan berupa wang dan memberikan apa-apa yang diperlukan oleh mereka.

Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melewati 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami persoalan serius.

"Perkara yang sering kami lakukan ialah menukar tayar dan membetulkan rantai pedal," ujar kedua pemuda itu.

Caimcross berkata, perjalanan haji dengan berbasikal memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan banyak orang dan kesempatan itu digunakan untuk berdakwah.

Caimcross dan Harun merupakan mahasiswa jurusan syariah Islam. Kedua-duanya masih belum berkahwin

Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan berbasikal. Bukankah semangat mereka begitu mengagumkan?

Sanggupkah kita berbuat demikian?

Gagal salur peruntukan, MP heret k'jaan ke mahkamah

Malaysiakini
Aidila Razak
Okt 29, 10

Ahli parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar menjadi wakil rakyat pertama yang mengheret kerajaan persekutuan ke mahkamah kerana tidak menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan rayanya.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."
"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar (gambar tengah).

Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.

Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008.

Rahsia Wudhu'


Oleh : mohd fadil

"Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini.

Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’.

Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).

Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Fatwa 'Ikut Suka PAS': Umno keliru dan terus keliru


21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan.

Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya.

Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi.

Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut.

Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang.

Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO?

Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru?

Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja.

Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga,

apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata.

Harakahdaily/-

MB Perak buat amalan ada unsur syirik, khurafat!

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK HANTAR SURAT MOHON PENJELASAN MUFTI

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafizi Pauzi

IPOH, 28 Oktober :- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah menghantar sepucuk surat kepada Mufti negeri-negeri di seluruh semenanjung berkenaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang masih meneruskan amalan khurafat dalam upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang berunsur syirik‏.

Amalan tersebut secara terang-terangan syirik dan menyalahi aqidah Islam, amalan tersebut bakal mengundang kekeliruan terhadap aqidah umat islam khususnya rakyat negeri perak dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Dalam surat tersebut DPPN Pk menyatakan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terlibat dalam upucara khurafat itu dalam program projek infra bina upaya (IBU) pada 17 oktober 2010 di kampong Guar, Manong .

Pada majlia tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.

Di dalam surat tersebut juga disediakan alamat sesawang bagi mengakses gambar di web Pemuda PAS Perak bagi tujuan penilaian oleh pihak Al Fadzil Sohibul Samahah iaitu di alamat web (Error! Hyperlink reference not valid. bahan video di alamat web berikut (http://www.youtube.com/watch?v=TT3vrpD3Les).

Pada kandungan akhir surat tersebut pihak DPPN Pk ingin menarik perhatian serius seluruh Mufti temasuk Mufti Perak di dalam perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mereka agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut.

Pihak DPPN Pk berharap pihak Mufti dapat mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

Thursday, October 28, 2010

Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?




Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

NONEBekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

poverty poor mother beggingPenemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

NONE"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri.

Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama".

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.

MK


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/10/dr-asri-hantu-mana-curi-wang-zakat-kita.html#ixzz13cvYKf00

Wednesday, October 27, 2010

Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas? Ust Zaharudin


Bercampur perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.?






Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.?


Diwaktu kita bersyukur dengan tindakan bijak kerajaan menubuhkan TV Al-Hijrah, tiba-tiba usaha baik itu bakal dimalapkan oleh langkah sebegini.

Nabi menyebut :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )


Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu?

Dalam hadis lain :

أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة
Ertinya : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Sampai bilakah ingin diinsafi bahawa gejala zina berleluasa hari ini, buang bayi, keruntuhan rumah tangga dan yang sepertinya berpunca dari lambakan pusat-pusat dosa ini.


Zaharuddin Abd Rahman

26 Oktober 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina


Andrew Ong

0
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Tuesday, October 26, 2010

Dakwaan khalwat: Blog sudah minta maaf saya tak saman, kata calon PAS

GUA MUSANG, 26 Okt — Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi ‘halangan pertama’ saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan.

“Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut,” kata beliau di sini hari ini.

“Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar,” kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.

Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.

Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu,” katanya kelmarin.

Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS.

Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan pihaknya akan kekal dengan calon mereka itu yang diumumkan minggu lalu.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan “isterinya” sekarang, Ramelah Mat Jusoh namun dinafikan Zulkefli. Nama itu sebenarnya ada ibu beliau.

Zulkefli mengumumkan pendirian terbarunya ini pagi ini selepas pengesahan status calon diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid di sini kira-kira 11.30 pagi tadi.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas, Barisan Nasional meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS pula menurunkan Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Menurut Zulkefli, sebagai calon PAS yang dipertanggungjawab untuk mengekalkan kemenangan parti Islam itu beliau berjanji akan berusaha bersungguh dan meneruskan segala usaha yang dilakukan penyandang DUN Galas Allahyarham Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia 27 September lalu.

“Saya dan parti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kita akan memenangi kerusi DUN Galas ini.

“Saya juga akan meneruskan usaha yang dilakukan Allahyarham yang mana semua orang tahu beliau telah melakukan banyak perkara di Galas.

“Saya akan memberikan fokus kepada perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Pengamal perubatan itu juga berharap supaya pengundi akan memilihnya untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Saya harap pengundi akan membuat pilihan bijak dengan mengundi saya selaku calon PAS mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Zulkefli, beliau tidak akan melakukan serangan peribadi terhadap Aziz sepanjang kempen pilihan raya kali ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bersedia menghadapi apa sahaja isu yang dibangkitkan BN sepanjang kempen pilihan raya kali ini.

Beliau juga menyifatkan tindakan BN yang akan menggunakan “gula-gula politik” untuk mendapatkan sokongan pengundi sebagai “surat khabar lama.”

“Saya percaya BN akan gunakan gula-gula politik untuk dapatkan sokongan yang saya anggap sebagai surat khabar lama yang masih digunakan BN.

“Ini semua cara lama BN untuk dapatkan sokongan pengundi, saya tahu BN akan lakukan ini dan PAS bersedia menghadapinya,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, pengundi di Galas tidak akan terpengaruh dengan taktik “gula-gula politik” yang akan digunakan BN.

“Isu yang dimainkan BN ini kita sudah biasa, tiada masalah.

“Saya yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan isu-isu yang dibangkitkan termasuk gula-gula politik kerana mereka lebih matang dalam menilai pendirian mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata bahawa parti memberikan sepenuh kepercayaan kepada Zulkefli memandangkan beliau mempunyai pengaruh di Gua Musang selain sumbangan kepada masyarakat.

“Beliau (Zulkefli) adalah seorang doktor di Gua Musang, beliau mempunyai pengaruh yang besar di sini.

“Beliau juga sentiasa bersama dengan masyarakat dan saya yakin beliau boleh memenangi pilihan raya kecil ini,” katanya.

Justeru, Abdul Hadi berharap supaya pengundi di DUN Galas dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari pembuangan undi 4 November ini.

“Harapan saya adalah pengundi dapat keluar mengundi kerana mengundi adalah tanggungjawab.

“Mengikut Islam undi adalah amanah untuk pilih pemimpin dan mereka mesti mengundi untuk menjalankan kewajiban,” katanya.

Ketika penamaan calon pagi tadi turut hadir mengiringi Zulkefli adalah Nik Aziz, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Turut sama mengiringi calon ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Setiuasaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.’

Sementara itu, Abdul Aziz pula pula diiringi Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut mengiringi Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin. -TMI

Lancer VS Inspira




Sekitar majlis ceramah dan pelancaran dana AlMahmudiyah



Sekitar majlis Ceramah dan Pelancaran Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah AlMahmudiyah yang berlangsung pada 23 Oktober 2010.


YB Rus'elle ADUN Simpang Empat sedang menyampaikan ucapan aluan.


Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.Bhg Ustaz Haji Idris Ahmad.

DOA & AIR MATA TUAN GURU DI PENAMAAN CALUN


http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/




Doa yang dibacakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz cukup memberikan kesayuan dalam munajat beliau kepada Allah. Ramai dikalangan penyokong PAS turut sama menitiskan air mata bersama Tuan Guru. Kesayuan ini disebabkan sikap pemimpin dan penyokong Umno/BN yang terus menerus menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sampai bilakah agaknya Umno/BN akan membutakan mata dan memekakkan telinga tidak mahu menerima Islam sebagai jalan penyelesaian kepada semua masalah di dunia ini.
Tuan Guru sendiri teresak-esak menahan sebak ketika membacakan doa.

Sebelumnya 10,00 ribuan penyokong PR berarak ke Dewan Sivik Gua Musang mengiringi calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed menyerahkan boring pencalonannya.
Di pihak BN dianggarkan oleh blogger BN sendiri seramai 5,000 orang penyokongnya juga berarak menuju Dewan Sivik.
Penyokong PR khasnya penyokong PAS mula membanjiri masjid ini sejak malam tadi dan jumlahnya semakin ramai menjelang waktu Subuh pagi tadi.
Mereka terdiri dari pelbagai kaum yang menyatakan sokongan kepada calon PAS yang mewakili PR kali ini. Kelihatan ramai penyokong PR dari kalangan kaum Tionghua, Orang Asal dan India yang turut sama memberikan sokongan .

Mereka juga menunaikan solat dhuha dan solat hajat bagi memohon kemenangan dari Allah S.W.T.
Sama-samalah kita sentiasa berdoa ke atas calun PAS dari pakatan rakyat dan doakan penyokong dan pengundi dalam keadaan selamat.

Monday, October 25, 2010

Biodata Calon PAS Galas


http://buletinonline.net/images/stories/berita35/tghaditahniahzul.JPG
Biodata Dr Zulkefli:


Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS,
Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai.
Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah
ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah
beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan,
namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

What if...



Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?


What if we flipped through it several time a day?


What if we turned back to go get it if we forgot it?


What if we used it to receive messages from the text?


What if we treated it like we couldn't live without it?


What if we gave it to Kids as gifts?


What if we used it when we travelled?


What if we used it in case of emergency?


This is something to make you go....hmm...where is my Quran?


Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being Disconnected because Allah already paid the bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!

Awasi Islamic Fashion Show

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman. www.zaharuddin.net

islamic_fashion_2

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI

Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.

Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.

Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.

Justeru, ingatan buat penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.

Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.

Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.

Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.

Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت

Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)

Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH

Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.

Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.

Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.

Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya

Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',

Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,

Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,

Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?

Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.

Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.

Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.

Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM

Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.

Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.

Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.

Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.

Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.

Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Oktober 2010

Thursday, October 21, 2010

Rayuan wakaf/derma pembangunan MARKAZ TARBIYAH AL-MAHMUDIYAH

Rayuan wakaf/derma pembangunan MARKAZ TARBIYAH AL-MAHMUDIYAH di tanah wakaf sebahagian lot 4277 Jln Behor Mentalon Tambun Tulang Arau Perlis. sebarang derma / wakaf boleh bank in ke Bank Islam 02020020619564 Jafri Abu Bakar @ Mahmud, pemegang amanah & Pengerusi JK Pembangunan. Info: 013-4445666

Wednesday, October 20, 2010

How to stop cough in 5 minutes!!!

This is a must try....

We have all been kept awake by our own or someone else's cough. Try this and pass it on. The tip and not the cough. ANYTHING is better than antibiotics. Even babies could benefit from this and the parents wouldn't worry about the safety of their child. And of course, it is harmless and free from any type of side-effects.

WOW! I was raised, and raised my kids with Vicks. How come I never knew this? I can't wait for my next cough. Amazing!

READ IT ALL. It works 100 percent of the time, although the scientists at the Canada Research council (who discovered it) aren't sure why.

Treatment:

To stop night time coughing in a child (or an adult, as we found out personally), put Vicks Vapor Rub generously on the bottom of the feet at bedtime and then cover with socks.

Even persistent, heavy, deep coughing will stop in about five minutes and stay stopped for many, many hours of relief. This works 100 percent of the time, and is more effective in children than even very strong prescription cough medicines. In addition it is extremely soothing and comforting and they will sleep soundly. I heard the head of the Canada Research Council describe these findings on the part of their scientists when they were investigating the effectiveness and usage of prescription cough medicines in children, as compared to alternative therapies like acupressure. I just happened to tune in to a.m. Radio and picked up this guy talking about why cough medicines in kids often do more harm than good due to the chemical makeup of these strong drugs, so I listened. It was a surprising finding and found to be more effective than prescribed medicines for children at bedtime, and in addition to have a soothing and calming effect on sick children who then went on to sleep soundly.

My wife tried it on herself when she had a very deep constant and persistent cough a few weeks ago, and it worked 100 percent! She said it felt like a warm blanket had enveloped her. The coughing stopped in a few minutes, and believe me this was a deep (incredibly annoying!) every few seconds, uncontrollable cough and she slept cough-free for hours every night she used it.

If you have children or grandchildren, pass it on. If you end up sick, try it yourself and you will be absolutely amazed.

Healing and cleansing with barley

Healing and cleansing with barley

High in fibre, barley is also a kidney cleanser. Better yet, regular intake of it helps prevent heart disease. BARLEY water was always a regular drink when we were still living at home. Whenever we had to go for a medical exam that included a urine test, my mum would make us drink barley water a day before it to make sure we got a positive result!

My mother was a wise woman. I later found out from an Australian naturopath that barley is known to be a kidney cleanser, and he happily downed glasses of it at a meal we had in a coffee-shop here.

Barley is good for your intestinal health too. Try to eat the barley grains you find in your drink or sweet broth with fu chook (beancurd skin) and ginkgo nuts.

It's high in fibre which feeds the friendly bacteria in the colon and helps speed up the transit of fecal matter in it. In this way it helps prevent haemorrhoids and colon cancer.

The propionic acid and beta glucan from barley's insoluble fibre also help lower cholesterol and prevent the formation of gallstones.

Eating barley regularly is a preventive step against heart disease as, besides the fibre content, it is also high in niacin, a B vitamin good for lowering cholesterol.

Diabetics should eat more barley as the fibre will prevent blood sugar levels from rising too high. It also provides relief from constipation or diarrhoea for those suffering from Irritable Bowel Syndrome.

Barley is rich in selenium which prevents cancer and relieves symptoms of asthma and arthritis. It is a good source of manganese, copper and phosphorous.

Malt sugar comes from sprouted barley which, when fermented, is an ingredient in beer and other alcoholic beverages.

Barley, whose Latin name is hordeum vulgare, has been cultivated for more than 10,000 years.

Since ancient times, barley has been used for healing purposes and has been known to the Chinese, Egyptians, Greeks and Romans. Athletes in Greece and Rome in those days were known to eat barley bread to give them strength.

Besides the usual things we do with barley, I enjoy having it in a western soup. The larger pearl barley is used and I love the sticky bite of it.

Here's a recipe for barley soup:

Barley soup with roasted garlic

1 cup pearl barley
5 cloves whole garlic, roasted
2 litres chicken stock, steeped from 1 chicken breast simmered in three litres water
2 tbsps vegetable oil
2 large onions, diced
2 carrots, diced
2 stalks celery, diced
150g turkey ham, cut up
1 tsp ground white pepper
1 tsps sea salt or to taste
1 tbsp chopped parsley

Method
1. Wash barley and soak it in a bowl of water for three hours. Drain.

2. Heat oil in pan and fry onions. Add carrots and celery, then the barley and fry for three minutes.

3. Add chicken stock, pepper and roasted garlic and simmer over low heat for at least an hour, or until barley is soft.

4. Add salt to taste and serve the soup garnished with chopped parsley
.