Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Thursday, December 30, 2010

Nik Aziz mahu mereka yang fitnahnya mohon maaf



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. "Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini. Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi. Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang. Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik. Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa. - Bernama via Mkini

Thursday, December 23, 2010

BN Cuma Nafi 1Malaysia bukan tiru 1Israel tapi pasai kawan dengan APCO tak kata apa pulak..!!!




Nampaknya, kerajaan 1Malaysia lebih percaya kepada surat afidavit yang dikeluarkan secara tergesa-gesa oleh APCO Worldwide itu daripada memberi keadilan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri.

Anehnya, Menteri UMNO Nazri Aziz itu tidak menafikan kontrak syarikat terbabit dengan Kerajaan Malaysia. Sedangkan ada bukti dokumen APCO memberi perkhidmatan kepada Kerajaan Israel dalam berbagai bidang termasuk bidang keselamatan. APCO hanya menunjukkan surat penafian sedangkan mereka tidak menafikan bahawa perjanjian itu adalah palsu semata-mata.

Ini bermakna, kemungkinan besar terdapat arahan sulit agar APCO dan pengasas 1Israel itu mengeluarkan surat penafian terbabit demi menyelamatakan imej UMNO BN dan 1Malaysia yang semakin tercalar sekarang ini. Malah, ramai yang hairan kenapa Nazri mengatakan Anwar sudah dipanggil untuk membela diri sedangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen langsung tidak pernah memanggil beliau untuk menunjukkan bukti tentang dakwaannya itu.

Makanya, ini menguatkan hujjah kita bahawa memang 1Malaysia adalah mendapat ilham dari 1Israel. Jika tidak, bagaimana ia boleh ada persamaan dari segi namanya. Malah, selain Malaysia ia juga melibatkan negara jiran kita iaitu Indonesia. Apakah ini semua secara kebetulan?[pahangdaily] via kedahlanie.

Indeks demokrasi: Malaysia jatuh 3 tangga, ke-71 di dunia

Malaysia jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan 71 dalam indeks demokrasi, antara 167 negara di dunia ini, menurut laporan Economist Intelligence Unit yang diumumkan baru-baru ini. Daripada lima kateria penilaian, Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebebasan sivil, meskipun meningkat dari segi fungsi kerajaan.

Laporan indeks demokrasi yang dikeluarkan Economist Intelligence Unit ini menunjukkan kemunduran demokrasi di merata dunia dari tahun 2008 hingga 2010. Negara Barat mahupun Timur mengalami impak dari faktor ekonomi, lantas negara diktator semakin sempit ruangnya, malah menunjukkan kecenderungan politik negatif yang semakin nyata berikutan krisis ekonomi.

Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-68 dengan purata 6.36 mata, menurut penilaian kedua Economist Intelligence Unit. Dua tahun selepas itu, mata purata yang dipungut Malaysia menurun 0.15 kepada 6.19, membawa negara kita ke tangga 71.

Lima kategori yang dinilai termasuk proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Malaysia mengekalkan prestasi dalam kategori proses pilihan raya dan pluralisme (6.5) dan penyertaan politik (5.56).

Bagaimanapun, prestasi Malaysia meningkat dalam kategori Fungsi Kerajaan, melonjak dari 6.07 pada tahun 2008 kepada 6.79 pada tahun 2010. Tetapi, Malaysia jatuh dari segi budaya politik, 7.5 pada tahun 2008 kepada 6.25 pada tahun 2010. Kebebasan sivil juga memperlihatkan penurunan 0.3, dari 6.18 tahun 2008 kepada 5.88 pada tahun 2010.

Kebebasan media: Malaysia berundur

Apa yang menarik, laporan Economist Intelligence Unit menunjukkan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah dari segi kebebasan media. Hanya empat buah negara Asia tersenarai dalam kategori ini, iaitu Fiji, Sri Langka dan Thailand, selain Malaysia.

Laporan menjelaskan faktor yang menjurus kepada pengunduran dari segi kebebasan media - banyak kerajaan yang merasakan dirinya tergugat akibat krisis kewangan tahun 2008, lantas mengetatkan kawalan media dan menyekat kebebasan bersuara. Pada masa yang sama, kadar penggangguran yang meningkat pula menjuruskan sikap pengamal media untuk "lebih berwaspada", supaya tidak kehilangan kerjayanya.

Tidak dinafikan juga bahawa trend pemusatan pemilikan media semakin ketara, dan membawa impak negatif kepada kemajmukan dan kebebasan bersuara. Pada masa yang sama, negara diktator yang semakin kuat akan menyekat dan menekan media yang bebas. Lebih ketara, serangan terhadap pengamal media bebas juga semakin meningkat.

Negara Eropah Utara berada di depan

Negara yang tinggi indeks demokrasi-nya kebanyakannya tertumpu di Eropah Utara, dengan Norway pada kedudukan tertinggi, disusuli Iceland, Denmark dan Swedan. Negara lain yang berada dalam kedudukan 10 tertinggi di dunia termasuklah New Zealand (5), Australia (6), Finland (7), Switzerland (8), Kanada (9) dan Netherlands (10). Negara demokrasi terbesar kononnya, Amerika Syarikat berada pada tangga ke-17.

Antara negara Asia pula, Korea Selatan berada pada kedudukan tertinggi, iaitu ke-20, diikuti Jepun (22) dan Taiwan (36), yang juga jatuh tiga anak tangga seperti Malaysia. Di negara Asia Tenggara pula, Timor-Leste berada pada kedudukan tertinggi, meningkat lima tingkat dari 47 pada tahun 2008 kepada 42 pada tahun 2010.

Jika dibandingkan dengan negara jiran Malaysia pula, Thailand jatuh dari kedudukan 54 kepada 57, Indonesia pula meningkat secara mendadak dari 69 kepada 60; sementara Filipina melonjak dari 77 kepada 74, ketinggalan tiga anak tangga berbanding Malaysia. Singapura kekal pada kedudukan 82, dan tidak mengalami sebarang naik turun dalam setiap kategori yang dinilai.

Pengunduran demokrasi

Menurut laporan Economist Intelligence Unit, gelombang demokrasi global ketiga yang bermula sejak tahun 1974 mencapai kemuncaknya ketika runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Namun demikian, 167 buah negara di merata dunia mengalami democracy recession, yang dikatakan Larry Diamond dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Kini, situasi di seluruh dunia digambarkan sebagai "democracy retreat", malah laporan mendakwa krisis kewangan tahun 2008 menonjolkan lagi trend politik yang sudah begitu negatif pada asalnya.

Menurut perhitungan Economist Intelligence Unit, hanya 26 buah negara dianggap negara demokrasi yang sebenar, daripada 167 buah negara. Populasinya hanya 12.3% daripada populasi dunia. Terdapat 53 negara yang demokrasi tempang, dengan nisbah populasi 37.2%. 33 negara berada dalam keadaan campuran dengan nisbah populasi 14% dan 55 negara diktator, dengan populasi 36.5%.

Seandainya negara yang mengalami ketempangan dalam demokrasinya disenarai dalam kategori "negara demokrasi", maka hampir 50% populasi dunia masih berada dalam zon demokrasi. Namun, terdapat 2.5 bilion orang penduduk, iaitu lebih daripada satu pertiga umat bumi yang masih berada di bawah kuku besi diktator - sememangnya, negara China memberi sumbangan yang tidak kurang dalam hal ini.

*Wong Shu Qi ialah Wartawan Senior MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Thousand Thanks: kedahlanie.

Wednesday, December 22, 2010

isu doa khutbah: Ust Zakaria saman Utusan, NST, Shabudin

Saman untuk pertahan kebenaran

16 Muharam 1432H
Oleh : Fakhri Ali

PULAU PINANG, 21 Dis: Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad.

Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.

"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh.

"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.

Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.

Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu.

"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.

Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.

Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.

Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.

Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.

Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu.

Harakahdaily/-

Ulangtahun ke 23 HAMAS

Tranungkite online
Luar Negara Oleh: ustnik

"ismail haniyyaHAMAS menyambut ulangtahun ke 23 penubuhan dan perjuangannya. Ia terus menekankan perjuangan yang mesti diteruskan. Ia didahului oleh perjuangan pengasasnya Sheikh Ahmad Yaasin, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan mereka yang telah mendahului syahid seperti Dr Ibrahim al-Muqadamah, Solah Syahadah, Jamal Mansur, Jamal Salim, Yahya Ayyasy dan lain-lain. Pemimpin utama, Ismail Haniyya mennggegarkan pentas dengan ucapan bersemangatnya. Sempena sambutan ulangtahun ini, satu kenyataan rasmi HAMAS dikeluarkan mengandungi 10 perkara. Saya terjemahkan secara ringkas:

1. Penentangan terhadap Zionis adalah berterusan bagi membebaskan bumi Palestin.

2. Hak kembali ke Palestin dan membebaskan seluruh bumi Palestin, memerdekakan Palestin dari Zionis, ibunegaranya al-Quds.

3. Pembebasan al-Quds tetap diperjuangkan tanpa tawar-menawar.

4. Kesatuan bangsa Arab, elak perpecahan, menyeru gerakan Fatah mendahulukan kepentingan nasional dari kepentingan parti, elak campurtangan luar memecahkan kesatuan.

5. Perunding Oslo digesa menghentikan rundingan yang merugikan. Tiada jalan melainkan penentangan dan perjuangan jihad.

6. Penyelarasan aspek keselamatan di antara pihak keselamatan Palestin dan Israel adalah senjata beracun membahayakan keselamatan Palestin. HAMAS menyeru Mahmoud Abbas menghentikan penyelarasan keselamatan yang menguntungkan musuh.

7. Menyeru Liga Arab menghentikan segala bentuk kepentingan politik di bawah rundingan bersama Zionis, bantuan Amerika kepada Zionis dalam isu pendudukan haram di bumi Palestin yang berterusan.

8. Menyeru negara arab bergerak segera mengangkat sekatan dari penduduk Gaza berdasarkan ketetapan Liga Arab dan menjalankan tugas agama dan bangsa. HAMAS puji misi damai menghantar bantuan dari laut dan darat.

9. Isu tahanan Palestin adalah isu penting. Tahanan Israel Jilad Shalit tidak akan temui jalan melainkan tukaran besar dengan tahanan Palestin. Netanyahu bertanggungjawab dengan kebuntuan apa yg berlaku.

10. HAMAS bersama perjuangan rakyat 1948 yang sedang menerima tekanan dan penindasan, pembersihan etnik , diskriminasi ras yang dinafikan hak di Tebing Barat.

kenyataan HAMAS (0) (bahasa Arab)

hantaran Kalamullah

"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran." pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.

SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


***********************

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati
dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

via FB ISLAM in my heart

PAS tidak akan korbankan perjuangan Islam

Berikut adalah laporan dari portal berita Malaysia Insider berhubung isu Negara Islam yang berbangkit ekoran kenyataan beberapa tokoh Pakatan Rakyat semasa dan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu:

Sementera itu, Hadi ketika dihubungi semalam pula berkata bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal untuk menyelesaikan isu negara Islam.
Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.

“Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam.

“Saya syorkan pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana agama persekutuan dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan.

“Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah ‘ad-din’, iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tak boleh dicampur aduk,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya, Islam sebagai sistem hidup yang harus dipakai sama dalam urusan politik pemerintahan.

Hakikatnya PAS tidak pernah sekali-kali lesu, menyembunyikan apalagi menguburkan hasratnya untuk berjuang bagi memartabatkan Islam. Dalam kerangka realiti politik di Malaysia hari ini, sesungguhnya tiada halangan ke arahnya walaubagaimanapun ia memerlukan pendekatan berhikmah, ikhlas dan iltizam. PAS dahulu, PAS hari ini dan PAS yang akan datang insyallah akan terus memegang erat cita-cita perjuangannya iaitu:

Memperjuangkan wujudnya dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hokum-hukumnya menuju keredhaan Allah (Fasal 5 (1) Perlembagaan PAS)

Inilah yang membezakan PAS dengan parti-parti lain termasuklah khasnya Umno.

Selagi PAS terus dipimpin oleh kepimpinan yang meletakkan matlamat ini mengatasi kepentingan peribadi, duniawi, insyallah Islam punya masa depan di Malaysia. Ramai yang terkorban, bermandi darah dan air mata, berkorban harta dan kedudukan demi menegakkan perjuangan suci ini di Malaysia, jangan biarkan pengorbanan itu sekadar sia-sia: “Bergeraklah ke gerbang jasa, kalah menang bukan alasannya, sucikanlah niat di hati, hingga nyata benarnya janji Rabbi....” (petikan lagu tema PAS)

Penulis Tamu - Roslan SMS,

Thousand thanks: kedahlanie.blogspot.

Gangguan bekalan air di Pulau Pinang 28 Disember

GEORGETOWN: Hampir 80 peratus kawasan di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air antara 12 dan 24 jam pada 28 Disember ini, membaitkan kira-kira 1.3 juta penduduk negeri itu.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir Jaseni Maidinsa, berkata dua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam ialah Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, Georgetown, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam.

Katanya, kawasan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terbabit dan akan menerima bekalan air seperti biasa.

"Gangguan yang membabitkan kira-kira 80 peratus penduduk negeri ini berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata gangguan bekalan air itu bermula pada 7 pagi, 28 Disember dan akan pulih sepenuhnya pada 7 malam di kebanyakan kawasan manakala kawasan yang mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam dijangka pulih pada jam 7 pagi esoknya.

"Kita perlu melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua yang merawat 80 peratus air untuk seluruh Pulau Pinang," katanya.

Jaseni berkata, pada masa yang sama PBAPP akan menjalankan kerja penyelenggaraan elektrik dan mekanikal berkala di Stesen Pam Bukit Dumbar dan juga penyambungan paip utama di Simpang Jalan Sungai Dua, Jalan Pekan Darat dan Jalan Bukit Tengah untuk projek landasan kereta api berkembar.
"Kita akan menurunkan kira-kira 300 pekerja pada hari berkenaan untuk melaksanakan kerja menaik taraf dan penyelenggaraan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, PBAPP telah merujuk kepada kerajaan negeri dan memaklumkan kepada pihak industri mengenai gangguan berkenaan.

Beliau turut menasihati penduduk Pulau Pinang supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 24 jam.

Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air itu dapat diperoleh menerusi Pusat Panggilan 24-jam PBAPP di talian 04-5096509. - BERNAMA

Tuesday, December 21, 2010

Demokrasi Kelam Barisan Nasional Kejam

Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Barisan Nasional bukan pendokong demokrasi ! bohong dan dustalah kiranya mereka mengaku bahawa mereka menegakkan amalan demokrasi dalam negara ini . Siri pencabulan demokrasi terutama hak kebebasan bersuara dan membela diri sering berlaku dalam negara ini. Barisan Nasionallah angkaranya.

2. Nyata mereka gagal berdepan dengan kekuatan hujjah yang dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat dalam apa jua isu terutama dalam usaha mereka mematahkan sokongan masyarakat kepada Pakatan Rakyat .Akhirnya memaksa mereka menggunakan hujjah kekuatan dalam mendepani kemaraan Pakatan Rakyat.

3.Mereka menggunakan kekuatan gas pemedih mata , cota , gari , polis , penjara , akta dan kini gantung ahli parlimen selama 6 bulan dari menghadhiri sidang , sedang mereka adalah wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses demokrasi. Semata - mata kerana mereka gagal berdepan dengan hujjah sekalipun jumlah ahli parlimen mereka agak ramai di parlimen tetapi hanya seperti puppet yang mengangguk bila di iya kan dan menggeleng bila di tidakkan.

4. Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan - rakan yang lain menjadi mangsa episod demokrasi yang semakin kelam dan tindakan Barisan Nasional yang semakin kejam . Selain dari tidak memberi peluang Dato' Seri Anwar membela diri dan mempertahankan hujjah , mereka seperti berpesta dan seronok kerana berjaya mengurangkan jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen serentak itu melebarkan penguasaan mereka dari segi jumlah kerusi dan suara biarpun selamanya mereka dangkal berhujjah serta cetek berbahas.

5. Barisan Nasinal mungkin boleh mengukir senyuman kerana berjaya "menghalau" figure - figure Pakatan Rakyat ini keluar dewan namun Barisan Nasional terpaksa membayar"ganti rugi" akibat tindakan yang dilihat dunia sebagai mencabul demokrasi .

6. Selayaknya Parlimen menjadi gelanggang berhujjah dengan mengharapkan semua anggotanya mengemukakan hujjah yang bernas dan berfakta samaada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Bukannya Parlimen dijadikan tidak ubah seperti gelanggang gasing dengan masing - masing berusaha untuk memangkah antara satu sama lain agar terkeluar dari gelanggang dan dinafikan hak untuk bertarung.

7. Saya kesal dengan sikap tidak gentleman pemimpin Barisan Nasional yang cenderung menggunakan kekuatan , kekerasan dan tekanan serta sekatan sedemikian yang jelas dilihat bertentangan dengan spirit demokrasi yang dijulang oleh mereka selama ini.

8. Ini membuktikan Barisan Nasional ketandusan pemimpin yang pintar berhujjah dan hebat berbahas. Barisan Nasional kelihatan gersang pemimpin yang mampu menangkis hujjah lawan secara fakta dan nas . Apa yang Barisan Nasional miliki hari ini ialah pemimpin yang bijak menggunakan peraturan bagi mengenepikan lawannya secara taktikal bukan keupayaan skil dan skima beraksi [ berhujjah ] di tengah medan.

9. Negara menuju kejatuhan nilai kualiti modal insan dan keruntuhan tamadun ilmu yang parah apabila inilah pemimpin yang dilahirkan oleh Barisan Nasional hari ini. Lihatlah betapa lucunya seorang ahli Parlimen digantung 6 bulan atas kesalahan kerana beliau mengatakan 1 Malaysia adalah hasil nasihat APCO yang meniru 1 Israel. Sedang ahli - ahli parlimen mereka boleh berhujjah dengan 1001 hujjah dan fakta jika mereka benar dan tidak sebagaimana yang didakwa.

10. Kesimpulan mudah dibaca oleh rakyat ialah , dakwaan Dato' Seri Anwar bahawa 1 Malaysia adalah fotocopy dari 1 Israel melalui nasihat APCO adalah benar dan tepat sehingga kerajaan gagal menangkis hujjah beliau lalu menghalaunya keluar dari Parlimen melalui taktikal yang terancang. Semoga rakyat mampu menilai antara kaca dan permata apabila berlakunya insiden yang memalukan negara ini.

Gan Eng mahu saman Utusan


Mkini- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.

NONESetiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan mendakwa akhbar milik Umno itu banyak memfitnah Lim, seperti dalam isu perarakan Maulud Nabi, perobohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.

"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak menjawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk memfailkan saman malu di mahkamah demi kebenaran dan keadilan," kata Cheong.

Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co.

Dalam kenyataan hari ini, Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.

NONE"Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

"Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya.

Soalan yang Kerajaan Pusat tidak menjawab sehingga kini?

http://blog.marhaen.info
Soalan yang rakyat mahukan jawapannya... Pada tahun 2008, pemimpin pembangkang mendesak supaya satu siasatan dijalankan terhadap pembelian 12 helikopter Eurocopter bernilai RM2.3 bilion yang mereka dakwa dilakukan secara tidak betul.

Kementerian Pertahanan didakwa lebih membayar RM1.4 bilion ketika membeli pesawat itu dari Eurocopter untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.Pengadu mendakwa Malaysia menandatangani surat hasrat untuk membeli 12 helikopter Eurocopter EC725 Cougar pada harga RM2.3 bilion, sedang Brazil hanya membayar AS$1.2 bilion untuk membeli 50 unit model yang sama.

Soalan yang rakyat Malaysia mahu jawapannya ialah: Apakah kerajaan Malaysia membeli pesawat terbaik dari segi nilai wang?

Apakah ada kajian kesesuaian dilakukan untuk membandingkan harga dan fungsi helikopter berkenaan?

Dan mengapa ada isu berhubung pembelian pesawat tersebut sehingga memerlukan Jawatankuasa Kira-kira Awam melakukan siasatan?

Tahun sebelumnya pada lewat 2007, Ketua Audit Negara telah membentangkan satu laporan di Parlimen, mendakwa bahawa satu kontrak untuk membina kapal tentera laut diberikan kepada PSC-Naval Dockyard, anak syarikat Penang Shipbuilding & Construction Sdn Bhd, yang dimiliki Tan Sri Amin Shah Omar Shah, menghadapi masalah serius.

Syarikat Malaysia itu dikontrakkan untuk menyerahkan enam bot peronda kepada Tentera Laut pada 2004 dan penghantarannya selesai pada April 2008.

Kontrak itu seharusnya merupakan sebahagian daripada 27 bot peronda luar pantai yang menelan belanja RM24 bilion. Kontrak ini turut merangkumi hak untuk menyelenggara dan memperbaiki semua kapal tentera laut. Bagaimanapun, hanya dua kapal peronda telah diserahkan pada pertengahan 2006.

Terdapat 298 aduan yang direkodkan terhadap dua bot tersebut, berhubung beratus-ratus item yang tidak lengkap. Harga asal kontrak RM5.35 bilion melambung kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.

Menurut Ketua Audit Negara, ia berpunca daripada kegagalan salahurus kewangan yang serius dan ketidakmampuan teknikal kerana PSC tidak pernah membina, kecuali kapal pukat tunda atau bot polis, sebelum diberi kontrak tersebut oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan tersebut mendapati nilai kontrak seharusnya hanya RM4.9 bilion dan dua bot yang diserahkan itupun didapati cacat.

Datuk Seri Najib Tun Razak, RAKYAT mohon jawapan!!

Buku Jingga garis program Pakatan perintah negara


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pakatan Rakyat (PR) mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.

Kerangka pertama digariskan dalam buku itu ialah demokrasi yang telus dan tulen untukmemperkasakan ketuanan rakyat.

Kedua, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

Ketiga, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

Keempat, Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

"Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman," kata buku tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Preiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu tiga perkara pertama diangkat dalam dasar bersama PR meliputi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Diikuti pula dengan Komitmen mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

Dan seterusnya Komitmen memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Program 100 hari memerintah

Buku tersebut turut mengariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara yang disebut sebagai permulaan kepada reformasi iaitu:

  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  • Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  • Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  • Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat

Selain itu buku itu juga menyebut bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus PR dalam usaha menterjemahkan dasar bersama ialah membebaskan institusi Negara, mewujudkan kemakmuran Melalui Pengagihan ekonomi yang adil dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Dalam usaha membebaskan institusi negara PR akan meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi negara dari cengkaman campur tangan politik.

PR juga akan mewujudkan Council of Experts dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.

Seterusnya memperkukuhkan Jawakatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat setiap enam bulan sekali.

Dan akhirnya memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani disamping istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi negara dari campur tangan politik.

Pendapatan isi rumah RM4000 sebulan

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil, PR akan menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

Dalam masa yang sama PR akan membongkarkan penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra serta meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi.

PR juga akan mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selain membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa.

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil itu, PR juga menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.

Air dan rawatan percuma

Bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Buku Jingga itu menyebut PR akan menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat serta menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.

Perkara lain yang turut digariskan di bawah program untuk meningkatkan pendapatan boleh gunarakyat ialah:

  • Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.
  • Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan apa jua kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada kadar yang segera.
  • Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Monday, December 20, 2010

Tahniah buat Pakatan Rakyat


P Hayat harakahdaily

Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan, sehingga terlaksana Konvensyen ke 2 Pakatan Rakyat pada hari ini di Pulau Pinang.

Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran pasti berbangga di atas kesungguhan kepimpinan utama Pakatan Rakyat untuk merealisasikan konvensyen ini sebagai satu mekanisme penting ke arah penonjolan natijah dan hala tuju gabungan politik tersebut.

Amat wajar ucapan tahniah ini teristimewa kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat di atas kejayaan penganjuran konvensyen ini di saat Pakatan Rakyat sedang diasak bertubi-tubi dari segenap penjuru oleh golongan perikatan assobiyah yang sedang menguasai negara sekian lama.

Mereka menggasak hingga ke saat akhir, biarpun hanya dengan melaksanakan kerja bodoh seperti mencetak kertas A4 dan menggantungnya sebagai provokasi memecah-belahkan PR dengan harapan dapat menggagalkan konvensyen tersebut.

Ternyata hingga kini Umno dan sekutunya masih gagal untuk membantutkan arus pergerakan Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya.

Kejayaan konvensyen pada hari ini juga menzahirkan betapa seriusnya kepimpinan utama PR yang sedang menyakinkan rakyat sebagai kerajaan menunggu di peringkat Persekutuan selepas PRU ke 13 nanti.

Tawaran Pakatan Rakyat khusus untuk seluruh rakyat Malaysia kini tidak boleh lagi dianggap jenaka dan remeh. Seluruh rakyat seharusnya menyambut tawaran berharga ini demi menyelamatkan negara dan semua bangsa yang menghuni di tanahair tercinta ini dari kerakusan Umno dan kuncu-kuncunya.

Konvensyen ke 2 ini juga merupakan manifestasi minda berfokus pemimpin Pakatan Rakyat untuk terus menggerakkan tsunami yang berlaku pada Mac 2008 lalu agar momentumnya terus bertambah ganas bagi mencairkan hegemoni kuasa Umno-BN yang dianggap kebal kerana telah bertapak dan berakar-umbi sekian lama lebih setengah kurun!

“Katakanlah (Muhammad), ‘Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Engkau kehendaki, dan engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapapun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Demikianlah maksud firman Allah s.w.t. dari surah Al-Imran ayat 26.

Umno perlu sedar bahawa kuasanya boleh lucut pada bila-bila masa sahaja hanya dengan ketentuan Ilahi dan mereka seharusnya bersedia ke arah itu.

Usahlah mendabik dada jika realiti telah menunjukkan penolakan rakyat terhadap parti assobiyah itu dengan provokasi dan ancaman secara tidak demokratik seperti mana yang sanggup mereka lakukan ke atas negeri Perak.

Ironinya PR telah berjaya menganjurkan konvensyen di saat negara telah menyaksikan kemuncak bagaimana demokrasi telah dirobek sedemikian rupa yang telah kita saksikan tiga hari lepas di parlimen.

Hanya media talibarut Umno yang masih mempertahankan tindakan tidak demokratik dan keji mereka. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang otak mereka sudah sudah diplot oleh media talibarut tersebut sehingga rakyat gagal melihat apa hakikat sebenar yang berlaku.

Ternyata hanya media, kuasa, wang dan jentera kerajaan yang masih menjadi penyambung sisa-sisa hayat Umno-BN!

Namun bukan mudah bagi Pakatan Rakyat untuk meroboh tembok dan benteng yang dipasak sekian lama oleh Umno itu.

Hakikatnya banyak perkara yang perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat di dalam masa yang terdekat ini khususnya memperkukuhkan pakatan itu sendiri.

Justeru rakyat menantikan dan mengharapkan resolusi yang bakal dicapai di dalam konvensyen Pakatan Rakyat pada hari ini menjadi titik tolak yang menyakin rakyat untuk meruntuhkan empayar BN.

Resolusi tersebut akan terus diuji di dalam PRK Dun Tenang, Johor sebagai medan terdekat dan kemuncaknya ialah PRU ke 13 nanti.

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

Mkini- Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan mufti negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat, lapor Harakahdaily.

mohammad nizar jamaluddinNizar berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang DUN baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke, renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Harussani ZakariaPenjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang DUN itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu berkenaan kemudiannya dipanjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

NONEBiarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

azlan"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan DUN yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana membangkitkan perkara itu.

Nabi Ibrahim Menguji Menantunya

oleh: Ustaz Nor Amin
Pada suatu hari, nabi Ibrahim as datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya Ismail. Ketika baginda tiba, nabi Ismail tiada di rumah sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu nabi Ibrahim. Tanpa berlengah baginda bertanya kepada perempuan itu tentang nabi Ismail. Perempuan itu memberitahu bahawa nabi Ismail keluar memburu. Apabila disoal tentang suasana kehidupan mereka maka perempuan itu menjawab : " Kami hidup susah dan kesempitan". Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?". Jawab perempuan tadi :" Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman".

Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh perempuan itu maka nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu. Sebelum bertolak pulang maka nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan tadi yang juga merupakan menantunya : " Sampaikan salamku kepada suamimu dan pesanlah kepadanya agar menukar bingkai pintu rumahnya".

Sebaik sahaja nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya :" Adakah ada seseorang datang menziarahimu?". Jawab isterinya :" Ya! ada iaitu seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu. Aku telah menerangkan segala apa yang berlaku kepadanya". Baginda bertanya lagi :" Adakah dia meninggalkan sebarang pesanan kepadamu?". Jawab isterinya : "Ya! dia telah berkirim salam kepadamu dan meminta aku memberitahumu agar engkau menukar bingkai pintu rumahmu". Mendengar jawapan daripada isterinya lantas nabi Ismail menjelaskan kepadanya :" Itulah dia bapaku dan dia telah memerintahkan aku supaya berpisah denganmu dan pulanglah kepada keluargamu semula". Nabi Ismail terus menceraikan isterinya dan mengahwini perempuan yang lain.

Setelah berlalu beberapa lama masa maka nabi Ibrahim datang semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya Ismail. Kali ini sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu yang mana nabi Ismail tiada di rumah. Baginda mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik. Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru : " Adakah kamu mempunyai tetamu?". Jawab perempuan itu :" Ya! iaitu engkau". Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua lalu perempuan itu menjawab :" Kami berada dalam keadaan baik dan bahagia". Sambil itu dia memuji-muji Allah. Sebelum pulang nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan itu : " Apabila suamimu pulang maka sampaikan salamku kepadanya dan beritahunya supaya terus kekalkan bingkai pintu rumahnya". Kemudian nabi Ibrahim berlalu pergi.

Setelah nabi Ismail tiba di rumahnya maka isterinya telah menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberithu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan salam dan pesanan daripada lelaki tua itu kepada nabi Ismail. Mendengar penjelasan yang diberikan oleh isterinya lalu nabi Ismail dengan gembira memberitahu :" Dia merupakan bapaku dan dia berpesan agar menjagamu dan jangan menceraikanmu". Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.

INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2

Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang
19 Disember 2010

Mukaddimah

1. Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.

2. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.

3. Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Ketetapan Konvensyen Pertama

4. Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.

5. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

6. Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.

7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.


Firman Allah SWT :

Maksudnya :
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

10. Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

11. Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.

12. Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Persidangan Shah Alam 2010

13. Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.

14. Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Masa Bergerak Ke Depan

15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.

16. Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut. Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.

17. Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.

18. Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.

19. Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.

20. Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.

21. Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Perlu muhasabah

22. Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.

Asas perubahan

23. PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.

24. Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

25. Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.

26. Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

27. Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.

28. Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat ‘defensive’ untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.

29. Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persediaan Pilihan Raya

30. Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.

31. Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insyaAllah.

32. Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.

33. Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

34. Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.

35. Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.

KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):

Bermaksud: “…dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara…

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.

Kota Baharu, Kelantan.

12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

PR tawar Program 100 Hari 10 inisiatif jika tawan Putrajaya


[MalaysianInsider]
KEPALA BATAS, 19 Dis — Pakatan Rakyat (PR) menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

“Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama,” kata Pakatan Rakyat dalam “Buku Jingga” yang dikeluarkan pada konvensyen keduanya di sini, hari ini.

Kata “Buku Jingga” itu, sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari “kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan 10 program”, antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Lain-lain inisitif ialah:
— Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
— Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
— Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
— Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
— Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
— Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapan majlis perasmian berkata, sekiranya Dasar Bersama Pakatan Rakyat boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 Hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urus tadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Program 100 Hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

“Bagi pihak Pakatan Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai iaitu program liputan Wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh Pakatan di peringkat pusat,” katanya.

Bagaimanapun menurut Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang.
“Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat.

“Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulen dan watan.

“Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN?” katanya. Sehubungan itu kata beliau, sebelum mengenal pasti mereka, Pakatan Rakyat terlebih dahulu harus menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya.

“Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

“Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. “Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (kaum, agama dan raja),” katanya.

Katanya lagi, satu lagi gologan ialah yang bukan ‘real Malaysians’ adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya.

“Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialisme dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar.

“Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

“Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or ‘pseudo-Malaysians’,” kata beliau.

Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di Pakatan harus tumpukan.

Lim berkata, beliau percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Pakatan harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN,” katanya.

Isu APCO: Saya masih ada bukti, Anwar jawab Hisham


KEPALA BATAS, 19 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan beliau masih boleh membuktikan yang firma APCO ada kaitan dengan Israel, tetapi mendakwa tidak diberi peluang sewajarnya untuk mempertahankan dirinya.

Anwar digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bermula Khamis lalu dan tidak dapat hadir sidang Mac depan.

“Adakah saya ada bukti? Lihat pada ini. Buktinya ada di tangan saya, sebahagian saya sudah jawab, sebahagian lagi ada pada saya.

“Tetapi saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan (pendirian saya) di Parlimen minggu lalu.

“Daripada membenarkan saya memberi penjelasan, mereka gantung saya selama enam bulan,” kata Anwar (gambar) ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Anwar memberikan penjelasan panjang lebar dengan menunjukkan beberapa dokumen berkaitan pelantikan APCO sebagai firma perhubungan awam dalam menggubal dan menggerakkan konsep 1 Malaysia.

Anwar berkata dokumen kontrak lantikan itu ditandatangani oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan dan pegawai akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, mengikut protokol kerajaan pegawai akhbar menteri atau perdana menteri tidak boleh menjadi saksi bagi kontrak yang didakwa menelan bayaran hampir RM70 juta.

“Sebenarnya saya tidak mahu menjawab isu ini, tetapi (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng tunjuk saya satu kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (mengenai APCO),” kata Anwar sambil menambah, oleh itu beliau mahu menjawab.

Dalam kenyataannya Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno mencabar Anwar agar membuktikan yang APCO Worldwide ada hubungan dengan Israel.

Hishammuddin berkata, Patakan Rakyat belum membuktikan ugutannya untuk mendedahkan hubungan antara APCO dengan agensi keselamatan Israel, Shin Bet, meskipun beberapa kali berjanji untuk mendedahkannya.

“Dedahkan. Apa yang dia takut sangat?” Kata Hishammuddin kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam responsnya hari ini, Anwar menyindir Hishammuddin dengan berkata menteri itu “buta” fakta.

“Umno tahu saya ada bukti, mereka terlalu takut bahawa saya ada bukti, bahawa saya ada maklumat.

“Oleh sebab itu, Azmin Ali, Sivarasa dan Karpal Singh digantung bersama saya. Apa kesalahan mereka lakukan? Saya yang membuat dakwaan,” kata Anwar.

Anwar mendakwa kerajaan pimpinan Najib takut segala maklumat yang didedahkannya akan dimasukkan dalam penyata dan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Khamis lalu, Anwar berkata tindakan dikenakan ke atas mereka seolah-olah menunjukkan APCO tidak boleh disentuh dan menyalahkan firma itu sebagai punca keempat-keempat mereka digantung enam bulan.

Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.Dewan Rakyat akan bersidang semula Mac depan Anwar juga mendakwa APCO berbohong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menerusi suratnya kepada panel itu.

Jawatankuasa itu memutuskan hukuman berdasarkan surat itu dan memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

Anwar juga menyentuh mengenai isu pendedahan laman web WikiLeaks yang menjadi bahan utama laporan media dikuasai Umno sejak minggu lalu..

Maklumat laman web itu mendakwa Anwar mungkin diperangkap dalam kes liwatnya tetapi “masuk ke dalam perangkap” itu.

Anwar bagaimanapun menolak pendedahan WikiLeaks akan membawa impak sambil mendakwa Utusan Malaysia sengaja membesar-besarkan laporannya.

Malah dalam ucapannya, Anwar berkata laporan media dikawal Utusan tidak menyentuh sama sekali maklumat pendedahan yang mengaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia dengan Najib.

“Mengapa Hisham? Mengapa hanya fokus pada sebahagian maklumat didedahkan laporan WikiLeaks? Bagaimana dengan lain mengenai kaitan Najib dalam (dakwaan) pembunuhan Altantuya (Shariibuu)? Media Umno dengan sengaja menyebarkan laporan (tentang saya) dalam WikiLeaks,” kata Anwar sambil mencabar Hishammuddin agar menjawab isu WikiLeaks.

Laporan WikiLeaks juga memetik pegawai-pegawai Singapura menyifatjan pemimpin politik Malaysia sebagai tidak kompeten.

Anwar juga mengumumkan Pakatan Rakyat akan mengadakan kongres ekonomi Melayu Mac depan. [Malaysian Insider]