Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Wednesday, September 30, 2009

The Pacific Tsunami Warning Centre issued a tsunami alert for Indonesia, Malaysia, India and Thailand

Quake in Sumatra, tremors in Malaysia (Update 2)

Sumber: TheStar Online

PETALING JAYA: A powerful earthquake measuring 7.9 on the Richter scale hit southern Sumatra at about 6.17pm, causing tremors all the way in peninsula Malaysia.

The epicentre of the quake was about 481km southwest from Kuala Lumpur.

People have evacuated some high-rise buildings in the Klang Valley, including the KL City Centre.

In the JayaOne complex here, reports came in of shaking furniture and swaying fixtures.

The Pacific Tsunami Warning Centre issued a tsunami alert for Indonesia, Malaysia, India and Thailand, The Associated Press said.

However, the Malaysian Meteorological Department said it has not issued a warning for Malaysia because it believes the waves will not reach Malaysian shores.

However, the Department told The Star that it will continue to monitor the situation.

The shaking could be felt in high buildings in the capital, Jakarta, several hundred miles, kilometers away and in neighboring Singapore and Malaysia.

There were no immediate reports of a high waves or injuries.

Kesahihan MB Perak, Mahkamah Persekutuan dengar 5 Nov

Sumber: Malaysiakini

Sep 30, 09 4:09pm
Mahkamah Persekutuan akan mendengar pada 5 November depan, kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah.

Leong Cheok Keng, seorang daripada peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Bernama, firma itu telah menerima sepucuk surat bertarikh 3 September yang difakskan dari Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan mereka bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh itu untuk mendengar rayuan Mohammad Nizar.

zambry and nizarMohammad Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan Menteri Besar Perak Menteri bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.

Peguam bela Sulaiman Abdullah adalah peguam utama bagi Mohammad Nizar.

ooo..ponteng skolah yaa??

Awal pagi hari ini hantar ibu pulang semula ke kampung setelah beberapa hari berada di rumah aku di Sungai Petani. Kebetulan perlu ke Napoh atas urusan dengan KEDA, jadi ambil kesempatan untuk hantar ibu balik ke Perlis.

Rumah aku bersebelahan dengan sebuah sekolah menengah dan yang paling aku tak suka, belakang rumah aku ni dah dijadikan port oleh budak-budak nakal untuk ponteng kelas dan menghisap rokok. berkepul-kepul asap masuk rumah. Dah jadi satu kerja tambahan ibu untuk menyapu putung-putung rokok di belakang rumah. Ramai pulak tu..sekitar 20 orang lebih mungkin. Setiap kali aku balik kampung yang berkebetulan dengan hari pesekolahan, aku halau budak-budak ni dari dok melepak. Selamber je depa bagitau.. tak pi sekolah bang.. tumpang isap rokok jer bang.. panas hati beb!

Budak-budak merokok kat belakang rumah.

Hari tu, bengang tahap maksima, dan atas concern aku pada anak-anak muda melayu ni maka aku telefon kepada pengetua sekolah tu. Respons beliau tambah mengecewakan aku. " saya bukan tak mau ambik tindakan, cuma takut nanti kalau bila kamu rush..depa pakat-pakat lari..pastu excident pulak..kami jugak yang kena..jadi masalah. Baik abg pi report polis saja". Aku kata, "at least cikgu mai la pantau tengok apa yang berlaku kat sini, jangan lepas tangan macam tu".. Pegetua tu pun berjanji nak pergi pantau, tapi malang sekali..cakap tak serupa bikin.

Ada dua perkara dalam fikiran aku hasil dari respons Pengetua tadi:
1. Beliau tidak begitu berat permasalahan yang berlaku terhadap pelajar-pelajar sekolah beliau.
2. Beliau tidak ambil kesah terhadap nama buruk sekolah apabila pihak polis mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau.

Hari ni aku ambik keputusan nak buat laporan polis. Aku bagi semua maklumat yang perlu pada polis yang bertugas di Balai Polis Arau. Katanya esok, mereka akan mula pantau dan ambil tindakan yang perlu. Esok kita tengok apa yang bakal terjadi.

Tuesday, September 29, 2009

Calon PAS Bagan Pinang

Calon PAS : Hj Zulkifli Mohamad Omar
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

Saranan Chief Zombi Kampung Pisang

Kalau yg nama zombi pun tak merokok, yg bukan zombi ni nak panggil apa le gamaknye ye??

video
"janganlah zombi-zombi menghisap rokok, kerana merosakkan kesihatan. Kita mestilah menyahut seruan kerajaan"..."hidup Malaysia!!! ha ha ha!!"

Ceramah di Program Penghayatan HPA

Mengisi slot ceramah di Program Penghayatan HPA di Dewan Kuliah Cawangan HPA Sungai Petani hari ini 29 Sept 09.

Monday, September 28, 2009

'Filem pertama' YAB TG Nik Aziz


Pernahkah anda menonton filem yang dilakonkan oleh YAB Nik Aziz dalam 15Malaysia iaitu "The Tree".Dalam filem itu, YAB Nik Aziz telah mengambarkan proses kehidupan manusia bagaikan menanam sepohon pokok. Seseorang yang menanam pokok bukan sahaja dapat menolong orang lain tetapi juga akan membawa pahala kepada diri sendiri.

Penanaman sepohon pokok akan memanfaatkan hidupan yang brgantung kepada pokok itu contohnya burung. Selain itu, buah-buahan yang dihasilkan daripada pokok itu juga dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna kita mestilah sentiasa "menanam pokok" sepanjang kehidupan kita, kerana tindakan itu banyak menolong orang lain. Tindakan "Penanaman Pokok" disini bererti kita mestilah membuat perkara yang baik dimana tindakan kita itu akan memanfaatkan orang lain.

Selain itu, penanaman sepohon pokok juga dikatakan membawa manfaat kepada diri kita. Kekayaan yang dipunyai sekarang tidak mungkin dibawa ke akhirat. Wang tidak dapat dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang akan dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang dimaksudkan disini ialah pahala yang dibuat oleh seseorang manusia sepanjang kehidupannya.

Selain itu, cara menanam pokok juga perlulah mengikut cara yang halal. Cara yang salah dari undang-undang tidak akan membawa pahala kepada kita. Sebagai contoh memberikan upahan yang tidak berpatutan kepada mereka yang telah menolong anda menanam pokok. Cara yang salah tidak dianggap membawa pahala kepada diri anda walaupun pada akhirnya "pokok" itu berjaya ditanam. Hal ini bererti kita harus menghayati sumbangan orang lain dan tidak cuba menipu, mencuri atau melakukan perkara yang haram sepanjang hidup kita.

Mesej yang dibawa dalam filem itu bukan sahaja kepada warga Islam sahaja bahkan kepada warga bukan Islam dan seluruh RAKYAT MALAYSIA. Saksikanlah filem itu...

15Malaysia : The Tree (YAB Nik Aziz)
http://www.ruumz.com/15Malaysia/

Sunday, September 27, 2009

Bersama panelist Halaqah TV9


Gambar ini diambil ketika Karnival Kedah Sejahtera di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani 26 Julai lepas. HPA telah menjadi host makan malam selepas rakaman secara langsung program tersebut di Radix Fried Chicken (RFC) Laguna Merbok. Antara Panelist Halaqah pada malam itu ialah Dr Daniel Zainal Abidin dan dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri. VIP yang turut hadir ialah YB Ir Amirudin Hamzah, EXCO Kerajaan Negeri Kedah. Turut kelihatan ialah Tuan Haji Mohamad Noor, Penerbit Halaqah.

Tip mudah rumah tangga bahagia

Oleh: Ahmad Baei Jaafar

Bagi merealisasikan kehidupan rumah tangga mengikut kehendak Allah disenaraikan di sini beberapa tip yang boleh dipraktikkan.

1. Niat suami hendak berkahwin mesti jelas iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin dapat secara halal melainkan dengan kahwin. Suami berkahwin bukan supaya dilayan makan dan minum, bukan untuk mudah disediakan pakaian, membasuh pakaian, dan bukan juga untuk dijadikan teman shopping. Semua itu boleh dilakukan walaupun lelaki itu hidup membujang. Tetapi yang diperlukan ialah keharusan menyentuh kulit wanita.

2. Niat isteri hendak berkahwin kerana untuk mendapat pembelaan seseorang lelaki yang bergelar suami. Dengan niat itu dia akan dibela oleh suami, dan suami akan membelanya sehingga ke akhir hayat.

3. Suami melaksanakan tanggungjawab terhadap isterinya dalam semua keadaan. Ini mendorong dia bekerja untuk membolehkan dia mendapat rezeki yang halal. Walaupun isteri orang kaya, dia akan bekerja tungkus lumus untuk isterinya.
4. Isteri memastikan dia akan berada di sisi suaminya pada waktu tidur malam walaupun dalam bulan Ramadhan. Hal ini kerana suami mahu bermanja dengan isteri dan mengharapkan dia dimanjakan. Jika perkara ini boleh dilakukan sehingga salah seorang meninggal dunia pasti terbentuk keluarga bahagia.
5. Pasangan suami isteri hendaklah saling bersangka baik dan member kepercayaan dalam apa yang diamanahkan.
6. Suami wajib mentaati ibu bapanya, dan menghormati ibu bapa mentua. Sebaliknya isteri perlu menghormati ibu bapanya dan ibu bapa mentuanya. Dengan sikap ini, tidak akan memberi peluang kepada mentua suka salahkan menantu.
7. Anak-anak suami perlu diambil perhatian oleh isteri (apatah lagi ibu anak itu sendiri), mereka perlu dilatih adab dan sopan bagaimana menghormati orang tua dan sebagainya. Anak-anak itu perlu diingatkan supaya mentaati ibu dan bapa.
8. Suami atau bapa anak-anak itu perlu sesekali mendidik dengan penuh kasih sayang.

Percayalah kalau semua umat Islam boleh membentuk rumah tangga berdasarkan panduan di atas, kebahagiaan mereka pasti berpanjangan. Bukan sekadar hingga ke anak cucu tetapi hingga ke dalam syurga.

Selain itu bagi mereka yang berpoligami, ada tip tambahan untuk mereka, antaranya:

1. Suami mesti berterus terang dengan isteri.
2. Suami jangan membiasakan berbohong isteri sama ada tua atau muda.
3. Suami mesti bersikap adil terhadap isteri
4. Isteri wajib menghormati suami dan memberi kepercayaan kepadanya.
5. Isteri tidak boleh mengongkong suami sehingga suami tidak boleh bersikap adil kepada isteri-isterinya.
6. Isteri semasa ketiadaan suami di rumah perlu berdoa kebaikan dan keselamatan suami.

Semua paparan ini adalah hasil kajian dan pengalaman mereka yang berpoligami.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Saturday, September 26, 2009

tetamu istimewa

Malam semalam (25hb) kami merasa amat bertuah kerana didatangi tetamu paling istimewa yang berkesudian menziarahi kami sekeluarga. Kehadiran Ustaz Halim Nasir bersama Kak Nora dan putera penerus perjuangan Islam mereka, Hafiz sudah pastinya diiringi keberkatan dari Allah ke rumah dan keluarga kami. Jazakumullah khairan kathira Ustaz.

Bersama Ustaz Halim dan Hafiz. Kak Nora bersama keluargaku.

Fadhilat berpuasa 6 hari dibulan syawal

Hadith dari Rasulullah s.a.w mafhumnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun" Sahih Muslim.

Fatwa Ulama' tentang boikot.

http://www.inminds.co.uk/hilite.gif
Shaykh Yusuf Al Qaradawi
(Egypt / Qatar )


"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine . For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."

http://www.inminds.co.uk/qaradawi-150.jpg

PAS tiada niat tinggalkan Pakatan: NP

Malaysiakini
Sep 25, 09 4:33pm
PAS tidak bercadang meninggalkan Pakatan Rakyat seperti dilaporkan hari ini susulan perselisihan terbuka antara pemimpin parti itu dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Selangor.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan tiga parti pembangkang utama itu di semua peringkat, lapor media rasmi parti Harakahdaily.net.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," ahli parlimen itu dipetik berkata hari ini.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar."

Beberapa akhbar hari ini melaporkan kesediaan PAS Selangor menimbangkan kedudukannya dalam kerajaan negeri itu ketika memetik kenyataan setiausaha perhubungannya Mohd Khairuddin Othman semalam.

"Sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang mencadangkan agar PAS mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, PAS Selangor bersedia mengkaji kenyataan tersebut secara terperinci," katanya.

Beliau mempertahankan pendirian exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, yang menggesa Selcat mengadakan siasatan tertutup sewaktu mengambil keterangan pegawai kerajaan berhubung pengagihan peruntukan DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Cadangan itu dibantah DAP dan tindakan Dr Hasan mengkritik jawatankuasa khas DUN Selangor itu secara terbuka juga dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan.

SELCAT@Hassan Ali : Nampaknya Pakatan Rakyat sedang mempermainkan UMNO/BN.. | Nizar News

STRATEGI POLITIK PAS SELANGOR

Sebelum ini saya menulis mengenai "Dr Hassan Ali & Politik Terbuka". Dalam tulisan itu saya sebutkan bahawa Pakatan Rakyat harus membudayakan teguran terbuka kerana itulah yang tuntut oleh rakyat pada masa ini.

Apa yang saya tidak sebutkan dalam tulisan itu ialah politik tidak ubah seperti permainan bola sepak. Setiap pemain ada peranan tersendiri. Ada pemain penyerang, ada pemain pertahanan dan ada penjaga gol. Sekiranya setiap orang bermain pada peranan masing-masing, pasukan itu akan menang.

Apabila Dato' Dr Hassan Ali mengkritik Selcat, ada yang mengatakan bahawa itu adalah bibit-bibit perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak fikir begitu. Malah, saya berpendapat ia akan semakin mengukuhkan pakatan itu di Selangor. Dr Hassan hanya memainkan peranan yang diharapkan darinya dalam pakatan tersebut.

Dalam kes ini, Dr Hassan memainkan peranannya dengan baik. Apabila dia mempertahankan pegawai kerajaan, mereka akan melihat ada pemimpin kerajaan negeri yang memihak dan mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, terutama sekali Pegawai-pegawai Daerah yang terpaksa hadir dalam sesi pendengaran awam Selcat.

Bukan rahsia lagi pegawai-pegawai kanan kerajaan ini begitu marah kepada Selcat. Tidak setakat itu, malah sekarang sudah ramai pegawai-pegawai kerajaan yang tidak senang apabila rakan sejawat dipersoalkan sedemikian. Dr Hassan menggunakan istilah "diperlakukan seperti budak sekolah."

Oleh itu, apakah jalan keluar bagi meredakan kemarahan ini?

Strateginya ialah menggunakan Dr Hassan untuk mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan. Apabila melihat Dr Hassan membela, mereka akan menjadi sejuk hati. Walaupun mereka masih marah kepada Selcat, sekurang-kurangnya "pembelaan" Dr Hassan akan menjadikan panas hati berkurangan. Peranan ini tidak dimainkan oleh Barisan Nasional atau UMNO. Sampai sekarang BN tidak dilihat secara terbuka membela pegawai-pegawai kerajaan.

Sesetengah pihak berpendapat Dr Hassan sepatutnya memprotes dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan bukannya melalui media. Itu satu pandangan yang betul. Bagaimanapun, seseorang ahli politik yang pintar bukan saja harus melakukan sesuatu, tetapi memberitahu dunia apa yang dilakukannya. Bukankah satu cara terbaik untuk memberitahu pegawai-pegawai kerajaan bahawa Dr Hassan membela mereka dengan membuat kenyataan akhbar?

Atas sebab itulah saya katakan bahawa tindakan Dr Hassan itu adalah satu strategi yang baik. Sementara PAS dilihat membela pegawai kerajaan, Speaker Teng Chang Kim memainkan peranan yang diharapkan oleh DAP. Akhir sekali, tindakan kedua-duanya akan membawa sokongan rakyat kepada pakatan tersebut.

Mungkin ada yang bertanya mengenai kenyataan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman yang berkata parti itu sedia menimbangkan untuk keluar Pakatan Rakyat (lihat muka depan Berita Harian 25 September, 2009).

Di mata kasar, ia dilihat sebagai satu kenyataan yang cukup tegas. Bagaimanapun, saya melihat sebaliknya. Sekali lagi, ia tidak lebih dari satu strategi politik dan akhbar arus perdana terperangkap dengan strategi ini apabila meletakkannya di muka depan.

Saya berpendapat dalam apa keadaan sekali pun, PAS tidak akan keluar Pakatan Rakyat.

Pertama, bukan mudah untuk berada di puncak kuasa. PAS sudah berada di situ dan ia tidak akan meninggalkan kerusi itu dengan mudah.

Kedua, kalau PAS keluar Pakatan Rakyat maka ia akan menjadi pembangkang. Dulu, Barisan Nasional mempunyai 20 kerusi di DUN Selangor, manakala PKR mempunyai 15 kerusi, DAP sebanyak 13 kerusi dan PAS sebagai parti minoriti dengan 8 kerusi DUN. Tatkala itu, sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, ia masih berpeluang bergabung dengan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan. Tatkala itu, sekiranya PAS bergabung dengan Barisan Nasional, gabungan itu akan mempunyai 28 kerusi, iaitu sama dengan gabungan PKR dan DAP yang juga ada 28 kerusi.

Hari ini, perseimbangan itu tidak wujud lagi. Seramai enam orang ADUN BN digantung, menjadikan parti itu hanya mempunyai 14 orang ahli DUN. Gabungan PAS dan BN tidak memberikan apa-apa kesan kepada kerajaan sekarang. Kedua-duanya akan menjadi pembangkang dan saya tidak fikir itu pilihan yang PAS mahu.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa strategi PAS dan Dr Hassan dalam hal ini ternyata berjaya -- sekurang-kurangnya setakat ini.

Oh ya, jangan lupa. Saya sebutkan tadi bahawa politik seperti permainan bola sepak.

Permainan bola sepak tidak sama dengan rugbi. Pemain rugbi mengejar sebiji bola. Apabila mendapat bola itu, mereka akan memeluknya.

Bagaimanapun, ini berbeza dengan permainan bola sepak. Dalam permainan bola sepak, kesemua 22 orang pemain akan mengejar sebiji bola. Apabila dapat, mereka akan menendang bola tersebut.

Ah, begitulah bola sepak.

Dan, begitu jugalah politik!

Its happening in Penang!!

Biasa tengok benda2 ni jadi kat Jepun dgn Amerika jer.. Org Penang kena berhati-hati dah..

Friday, September 25, 2009

Ketinggalan zaman ke??

Oleh : Zamri Keciks

Saya terpesona membaca laporan berkenaan “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini. Ya bukan di Saudi atau Iran atau Afghanistan tetapi di Jepun iaitu salah sebuah negara termaju di dunia.

Gerabak seumpama ini dilancarkan bagi mengatasi masalah mencabul kehormatan penumpang wanita yang kerap berlaku dalam gerabak-gerabak keretapi di Tokyo yang sentiasa padat, sesak dan sibuk itu. Bermakna perangai buruk mengambil kesempatan ke atas wanita seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara-negara rantau ini tetapi juga di negara yang rakyatnya berpendidikan dan berpendapatan tinggi seperti Jepun.

Rupanya langkah memperkenalkan gerabak seumpama ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat Tokyo khasnya golongan wanita termasuklah para pelajar dan kanak-kanak perempuan.

Ironisnya apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan laluan asing untuk wanita di pasar-pasaraya satu ketika dahulu serta mengasingkan penonton-penonton wanita dalam konsert-konsert kesenian Islam, para pengkritik termasuk NGO wanita tertentu mengatakan langkah ini sesuatu yang kuno dan ketinggalan zaman.

Langkah di Tokyo ini bagaimana? Kuno dan ketinggalan zamankah juga orang Jepun? Kenapa tidak diunjurkan agar kaum lelaki mengawal sendiri nafsu mereka sebagaimana saranan bijak pandai di sini?

Alhamdulillah Islam telah melihat masalah ini sejak awal-awal lagi dan mengemukakan kaedah penyelesaiannya bagi mengatasi masalah sosial yang sesuai dipraktikkan buat semua zaman. Benarlah al Quran itu petunjuk buat semua umat manusia!

Dunia Islam tidak serius peringati Hari Al-Quds

dari: idhamlim.blogsot.com

KUALA LUMPUR:
Seluruh dunia Islam sebenarnya tidak serius memperingati Hari Al-Quds dan menjadikannya sebagai pemangkin kebangkitan ummah untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah Yahudi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Kerajaan Iran sendiri saya lihat tidak benar-benar serius untuk menyebarluaskan konsep Hari Al-Quds walaupun banyak perubahan yang berlaku sejak Mahmoud Ahmadinejad menjadi presiden.

"Malah dalam soal bantuan kepada Palestin pun, kita mendengar bantuan yang lebih besar disumbangkan di zaman Ahmadinejad menjadi presiden berbanding pentadbiran sebelum beliau.

"Perdana Menteri Palestin dari Hamas, Ismail Haniyeh sendiri pernah mengumumkan bantuan US$250 juta dari Iran kepada kerajaan Hamas dan rakyat Palestin di samping membentangkan rancangan bantuan ekonomi dan kewangan secara langsung kepada pentadbiran Hamas dan rakyat Palestin," katanya.

Para pemimpin negara-negara Arab pula, katanya, tidak ada locus standi untuk mengambil bahagian dalam Hari Al-Quds walaupun dianjurkan di dalam negara mereka sendiri oleh rakyat mereka.

"Mereka sama zalim dengan regim Zionis. Penindasan regim-regim Arab terhadap rakyat mereka sendiri tidak banyak berbeza dengan kekejaman Israel terhadap pribumi Palestin," katanya.

Lantaran itulah mereka tidak boleh diharapkan untuk memerangi kezaliman regim Yahudi, katanya.

"Kezaliman tidak akan menjatuhkan kezaliman malah saling berkerjasama antara satu sama lain," kata Mohamad lagi.

Menurut beliau, Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan bahawa kezaliman mesti dihadapi oleh keadilan ketika beliau berusaha menjatuhkan kuasa besar Rom dan Parsi di zamannya.

"Nabi berbuat demikian dengan membawa panji-panji keadilan sehingga sejarah mencatatkan bahawa kedatangan tentera Islam dialu-alukan oleh rakyat serta jajahan takluk kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya kuasa rakyat di bawah kekuasaan kedua-dua kuasa besar itulah yang sebenarnya menjatuhkan mereka," katanya.

Kuasa rakyat menghakis kekuasaan kedua-dua kuasa besar itu, katanya, apabila tidak lagi menyebelahi pemerintah mereka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.

Beliau juga menyalahkan konsep negara bangsa (nation state) yang turut menjadi pegangan negara-negara umat Islam kini.

"Konsep tersebut bertentangan sama sekali dengan konsep membebaskan manusia dari penguasaan sesama makhluk apabila rakyat di dalam negara bangsa dikehendaki memberikan ketaatan kepada negara atau menjadi hamba negara atas nama patriotisme.

"Konsep nation state tidak ada pendirian untuk membebaskan manusia dari memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah," kata beliau.

Sebab itulah, katanya, umat Islam tidak boleh menaruh harapan kepada negara-negara bangsa untuk memperingati Hari Al-Quds.

"Umat Islam mesti kembali kepada sistem nilai mereka sendiri dan tidak lagi menjadi pak pandir kepada norma-norma yang menguasai sistem kerajaan dan hubungan antarabangsa hari ini.

"Sekurang-kurangnya kita memulakan usaha untuk mendidik ummah ke arah itu dengan membentuk sistem persaudaraan yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa di mana memperingati Hari Al-Quds hendaklah menjadi sebahagian dari agendanya," katanya.

Hari Al-Quds diperingati sejak kira-kira 30 tahun lalu di mana kerajaan Iran selepas kemenangan Revolusi Islam mengajak umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds.

Horoskop & kesan terhadap aqidah.

Dapat email dari seorang sahabat, sesuatu yang baik untuk dikongsi. Moga bermanfaat.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. "Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.

Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. "Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. "Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. "Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. "Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.


Pindah Rumah

23 Sept, Isteriku, Siti Hajar telah berpindah ke rumah baru di Taman Ilmu, Transkrian. Dekat sedikit dengan tempat kerjanya di Parit Buntar. Hanya sekitar 5 minit perjalanan. Jika tidak terpaksa travel satu jam lebih untuk ke tempat kerja dari rumah lama di Ambangan Height Sungai Petani. Kesiaannn..

Rumah lama di Ambangan Height.
Depan rumah baru.
Wahh..bersepah!
Jaga-jaga..patah pinggang nanti.
Dengan abah.

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Petikan dari idhamlim.blogspot.com

oleh: saiful razman

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya. "jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? " Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan
menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh
tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Telefon line punya pasal!!

Hari ni dah masuk hari keempat line telefon ada problem. nak call asyik-asyik keluar connection error saja. Problem line ni start dari first day raya hari tu.

Hari ni punya cerita, awal-awal lagi keluar nak pegi makan kenduri. Nizam Badak kawin, member lama schoolmate dulu nun... excited juga nak pi makan kenduri dia sebab dah agak lama tak jumpa dan excitement tu bertambah sebab nak jumpa geng-geng lama sekolah dulu. Masuk jer kereta aku dah mula call & sms member-member yang dah janji nak pi. Satu sms pun takdak reply..call pulak sorang pun tak dapat. Dok try call dari SP sampai Alor Setar. Masalahnya, aku tak tau rumah nizam tu tang mana. Tak penah pi. Kad kenduri pun takdak sebab Nizam panggil makan kenduri pun kot telefon saja. hmmm.

Akhirnya, kona pi kot lain la. Singgah rumah member kat Jitra, beraya dulu pastu ke HQ di Perlis dan kemudiannya ke rumah mak aku. Nak makan nasi kenduri akhirnya makan nasi kat Radix Chicken House kat Jelempok.

Sorry ye Nizam..bukan saja tak mau pi kenduri hang.. Ni semua telefon line punya pasal!! Company yang hang kerja tu laa.. he he. Kasi saman sama dia.

Tuesday, September 22, 2009

Kisah Eidulfitri ini...

Eidulfitri ini amat bermakna dalam hidup aku. Jadual penuh telah pun disusun sebelum raya lagi. memandangkan pakat-pakat dah berjanji nak pi mana pun kena pi in group, jadi banyak le tempat nak ziarah. bermula pada pagi raya selepas bermaaf-maafan dan ber'kalut-kalut' siapkan anak kami solat sunat hari raya di Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbok. Khutbah disampaikan oleh ustaz kesayangan aku, Ustaz Halim Nasir, memang bersemangat dan banyak ilmu yang disampaikan. Anak-anak pulak dah tak larat nak tunggu, tido kat atas paha aku. dua-dua hero aku pulak tu. kebassss kaki beb.

Lepas solat, terus bertolak ke rumah mak di Perlis dan kemudiannya ziarah mak dan bapak saudara yang berdekatan. Petang ke kubur zaiarah pusara ayahanda dan kemudiannya ke Bukit Tembaga pula, ziarah Abg Hamidi. Hampir tengah malam baru sampai balik ke rumah di Sungai Petani.
Bergambar keluarga. Hari raya kedua, dah tak sedondon lagi.

Raya Kedua: Hari berikutnya bermula hampir tengahari. Bermula dengan Rumah Tuan Haji Ismail HPA kemudiannya menziarahi Ustaz Mutalib Maarof di Madrasah beliau, An-Nahdhoh. beliau baru saja dikurniakan cahayamata keempat sehari sebelum Ramadhan. Kami meneruskan perjalanan balik ke Bagan Serai, rumah mak mertua. Bukan main seronok lagi dua mujahid aku tu naik motor kombat tok wan dia keliling kampung.

Mujahid dua orang tu dok try motor kombat tok wan. Sengeh sakan.

Kami kemudiannya beramai-ramai menziarahi nenek sebelah mak mertua yang kini dah berusia lebih 90 tahun tapi masih sihat dan kuat dirumahnya di jalan Kuala Gula. Malam tu tidur kat Parit Buntar sebab esok ada agenda lagi...
Srikandi-srikandi berposing tepi sungai depan rumah tok wan.

Raya Ketiga: Selepas solat Suboh anak-anak dah tergolek semula letih semalam tak hilang lagi. Jadi, jadual nak bertolak awal pagi diubah ke sebelah tengahari. Hari ni kami ke majlis perkahwinan kawan baik Siti di Malim Nawar. Kami bertolak sedikit awal, jadi jalan belum jem sangat, tapi waktu balik, highway terutamanya kearah selatan kenderaanya ribu-ribuan. wahhh..padat!!

So, untuk mengelakkan turut beku atas jalan bersama dengan kenderaan yang lain, decide untuk menikmati panorama indah ikut jalan biasa balik ke Sungai Petani. itu pun mak aihh.. boleh tahan sibuk!!

Gambo candid waktu singgah solat di Masjid dekat Gopeng

Perjalanan dari Parit Buntar ke Sungai Petani yang biasanya mengambil masa 1 jam 15 min jadi sampai 2 jam lebih. Anak-anak dah mula merungut letih dah lapar. Macam-macam perangai dah dalam kereta. Sampai rumah dah hampir jam 10. Rehat dulu, esok ada program beso lagi.. PINDAH UMAH!!

Penipuan Dalam Kemerdekaan

Artikel pilihan untuk difikir-fikirkan.
Petikan Dari: http://alkundangi.blogspot.com

Penipuan Dalam Kemerdekaan

Memang pada lahirnya negara kita telah merdeka sejak 52 tahun yang lalu. Rundingan di antara UMNO,MCA,MIC dan Kerajaan British dengan prinsip jus soli memberikan kejayaan kepada bekas kolonial itu. Dengan penerimaan prinsip jus soli, UMNO terpaksa menerima kehadiran bagsa-bangsa lain iaitu MCA dan MIC serta memberikan hak kerakyatan kepadanya. Sebagai imbalannya, MCA dan MIC wajib menerima hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan. Dengan begitu, jadilah negara ini rakyat berbilang kaum sepertimana sekarang ini. Masyarakat majmuk yang wujud di negara ini adalah hasil rundingan kemerdekaan itu yang sedikit sebanyak memberikan kesan kepada corak pembentukan politik dan ekonomi negara.

2. Sebelum kedatangan kaum imperialis Barat yang dimulai oleh Portugis pada tahun 1511, Tanah Melayu adalah sebuah negara Islam. Ini terbukti dengan catatan-catatan seperti Batu Bersurat Terengganu yang tertulis hukum-hukum hudud di atasnya yang menjadi asas kepada hukum dan undang-undang negara ini dan ia dipraktikkan dengan baik dengan bukti hasil peninggalan artifak-artifak itu.

3. Namun, seperti yang kita faham, kaum imperialis Barat datang ke Asia Tenggara untuk mendapatkan rempah, lada hitam, dan sebagainya serta menjalin hubungan dagang di samping menakluk negara-negara berkaitan yang seblum itu merdeka dan memerintah dengan sendiri,seperti kerajaan Melayu Melaka,kerajaan Kedah dan lain-lain. Dari kajian terhadap Undang-Undang Laut Melaka, adalah didapati bahawa hukum-hukum Islam mendasari Undang-Undang Laut itu. Ini membuktikan kerajaan Melaka juga mempraktikan hukum Islam dalam pentadbiran kerajaannya.

4. Bagaimana pun dari beberapa kajian yang dibuat, kedatangan kaum imperialis Barat ini bukan dengan tujuan untuk perdagangan, tetapi mereka membawa satu misi untuk menghapuskan pengaruh Islam yang sedang bertapak kuat di negara kita dan di sebahagian besar Nusantara termasuk Filiphina Selatan dan Indonesia. Di samping menjajah, mereka menyemaikan kebudayaan Barat dan agama kristian terhadap negara yang dijajahnya. Proses kristianisasi itu berjalan terus, sehingga akhirnya ia berakar umbi disamping kebucayaan dan cara hidup Barat di negara kita.

5. Apabila Inggeris ingin memberikan kemerdekaan kepada kita, mereka sudah pun memastikan Islam tidak akan bangkit lagi dan tidak akan berkuasa lagi di negara ini, barulah sesuatu negara itu dimerdekakan. Sebab itu bila kita dimerdekakan kita dilengkapkan dengan Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyebut Islam sebagai agama rasmi negara, bukan Islam sebagai undang-undang negara. Pejuang-pejuang kemerdekaan mungkin menyedari hakikat ini, namun mereka menerima syarat-syarat kemerdekaan itu kerana mereka juga sudah di"baratkan" dan hanya menerima Islam sebagai agama rasmi dalam juzuk-juzuk tertentu sahaja. Islam tidak lagi memerintah sebagaimana sebelum kita dijajah.

6. Dengan demikian, kemerdekaan yang kita perolehi itu adalah satu kemerdekaan yang artificial, kemerdekaan yang hanya indah khabar dari rupa, namun sebenarnya kita dipaksa menerima sistem dan pemerintahan Barat, di samping raja-raja Melayu yang hanya berkuasa dalam bidang tertentu sahaja. Inilah kemerdekaan yang telah kita rayakan sejak 52 tahun dahulu. Inilah juga kemerdekaan yang kita bangga-banggakan itu. Apakah benar kita sudah merdeka? Apakah kita dapat mengembalikan Islam ke tempat asalnya sebagaimana sebelum kemerdekaan? Islam telah mengajar kita jauh lebih maju dari apa yang dicatat oleh Abdullah Munsyi sebenarnya. Bahkan Professor Syed Naquib misalnya menyatakan kita telah mengetahui dan telah belajar menulis dan membaca melalui kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kita telah mengenal abjad alif ba ta dan membaca alFatihah dan AlQuran sebelum kedatangan Inggeris dengan alat cetaknya. Apakah huruf-huruf Arab itu bukan huruf?. Apakah hanya abc sahaja baru diiktiraf sebagi huruf abjad? Jadi, apakah Islam atau Baratkah yang telah mencerdikkan ummat Melayu ini? Inilah sebenarnya penipuuan sejarah yang sedang kita lalui. Sebab itu sebahagian ulama yang faham keadaan ini menentang kemerdekaan yang di taja oleh Tungku, MCA,MIC dan Inggeris itu. Dan mereka menganggap negera ini belum merdeka sehingga Islam didaulatkan kembali sepertimana zaman sebelum penjajahan dahulu. Atau apakah makna sebenar kemerdekaan itu?


AlKundangi,
1.9.2009
http://alkundangi.blogspot.com

Saturday, September 19, 2009

Kenapa kita mesti menutup aurat


Ramai juga yang mempersoalkan, apa perlunya menutup aurat? Tambahan pula keadaan sekeliling yang agak panas, rimas dan sebagainya. Timbul lagi persoalan, kalau nak tutup aurat, tutuplah sendiri, kenapa perlu memaksa orang lain pula untuk menutup aurat? Di dalam artikel kali ini, insya Allah sedikit sebanyak artikel yang ditulis oleh “seorang lelaki” untuk kegunaan kaum wanita.

Pertama : Aurat itu menjijikkan mata

Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya.

Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!

Kedua : Aurat itu perlu di sembunyikan

Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menutup aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?

Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.

Ketiga : Aurat itu pintu kepada zina!

Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “perempuan bertudung pun kena juga”.

Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung. Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak.

Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga.

Di dalam aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menutup aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menutup aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!

Kesimpulan

Ya, tidak dinafikan, mereka yang merogol orang, yang bermata keranjang dan sebagainya boleh dipersalahkan. Tetapi, apakah punca mereka menjadi seperti itu? Adakah semua kesalahan dan dosa tersebut hanya dipikul oleh mereka? Tidak. Perempuan yang mendedahkan aurat lebih dahulu menanggung dosa kerana menjadikan golongan lelaki seperti itu. Berhati-hatilah dengan aurat anda. Ia akan membunuh anda sekiranya tidak dijaga!

Saya yakin, ramai wanita yang mendedahkan aurat benci dengan artikel ini, bahkan melabelkan artikel ini sebagai jumud, mengongkong dan sebagainya. Tetapi ingatlah, ia ditulis oleh seorang lelaki yang tiada sebarang kepentingan terhadap diri anda!

Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “kenapa perlu sibuk tepi kain orang?” Saya menjawab “orang gila pun akan tegur orang yang berseluar koyak”. Bolehkan orang yang berseluar koyak itu menjawab “ini seluar aku, aku punya pasallah!” Lihatlah kebodohan orang yang berseluar koyak ini, apabila ditegur tentang keAIBan dirinya, dimarahi pula orang itu.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah
petikan: http://drfikrah.blogspot.com

Perutusan Aidilfitri Presiden PAS

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka.

Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Ikhlas,

Presiden PAS

Amalan pada malam 'edulfirti & sebelum solat sunat

Amalan-amalan yang sebaiknya dilakukan pada malam 1 syawal dan sebelum solat sunat 'eidulfitri.


1. Menghidupkan malam (qiamullail) dengan bertakbir, zikir, solat-solat sunat dan membaca al-Quran.
2. Mandi sunat pada pagi raya.
3. Memakai pakaian baru dan bersih.
4. Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki.
5. Bermaaf-maafan dengan ibubapa dan keluarga.
6. Bersarapan (mengikut sirah, Nabi memakan beberapa biji tamar sebelum ke masjid)
7. Pergi awal ke Masjid dan sebaik-baiknya berjalan kaki.
8. Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang yang ditemui.
9. Membayar zakat fitrah dan banyakkan bersedekah.

Tuntutan beramal di malam raya

Daripada Abi Umamah r.a., daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya ('eidulfitri dan 'eiduladha) dengan mengharapkan keredhoan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sepertimana matinya hati (orang yang kufur engkar) pada hari itu" (Ibnu Majah)

Selamat beramal!!

Kenali 'eidulfitri



SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."


Salaam Eidulfitri



Salaam 'eidulfitri kepada semua.

Semoga Ramadhan yang telah dilalui telah menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya.
Maaf Zahir & batin dari Jafri Abu Bakar Mahmood
& keluarga, Haslizzawati, Siti Hajar, Nurnajwa, Aisyah, Luqman & Bashir




Thursday, September 17, 2009

Majlis penyampaian sumbangan fakir miskin

Semalam (16hb Sept) telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan ayam yatim oleh MTD Guar Sanji bertempat di Pejabat PAS Kawasan Arau. Seramai lebih 40 orang fakir miskin dan anak-anak yatim menerima sumbangan. Majlis telah disempurnakan oleh Sdr Zulmi Sabri selaku Pengarah MTD Guar Sanji. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim diantara masyarakat dan PAS dan mengingatkan semua yang hadir supaya menjadikan PAS sebagai platform bagi mereka berkongsi masalah yang mereka hadapi. InsyaAllah PAS akan cuba untuk membantu sedaya mampu bagi menyelesaikannya.

Pengarah DUN bersama setiausaha dan bendahari kemudiannya menziarahi seorang AJK Cawangan Tambun Tulang, En Megat Akhbar yang sejak 3 bulan yang lalu terlantar di rumah akibat terlibat didalam kemalangan.

Pengarah DUN Sdr Zulmi Sabri memberikan ucapan.Antara fakir miskin dan anak-anak yatim yang menerima sumbangan.