Alhamdulillah. aku dah selamat sampai ke Malaysia 31hb yang lepas. Dijemput keluarga di Lapangan Terbang Penang sekitar jam 5 petang. Sepanjang Ramadhan belum sempat bersahur dan berbuka bersama keluarga. Excited nak dapatkan moment terbaik untuk berbuka bersama kerana inilah kali pertama aku akan berbuka bersama isteri-isteri dan anak-anak. Sampai blank otak dok fikir nak makan apa dan dimana. tambah pulak dengan badan letih lesu sebab perjalanan yang panjang dan perbezaan masa yang meng'confuse'kan system tubuh aku ni. akhirnya, keputusan dicapai, beli kuih kat pasar Ramadhan, ija da siti pun dah masak bihun.. maka, makan kat rumah la dengan apa yang ada. Walaumacamna pun, aku bersyukur diatas kebahagiaan yang Allah kurniakan kepada ku dan keluarga.
Berjemaah terawikh bersama keluarga sesuatu yang amat menyentuh hati. tahun ini Bashir dan besar, dah bleh berjemaah sekali. Luqman pun dah tak main-main dalam solat, maklumlah dah darjah satu. dan yang tambah istimewa, penampilan istimewa Siti sebagai ahli keluarga baru. Walaupun ini tahun kedua kami berpuasa bersama, namun inilah kali pertama kami menjalankan ibadah ini dengan seluruh ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment