Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Saturday, September 12, 2009

Lailatulqadar

Dapat sms bertalu-talu dari seorang sahabat bertanyakan tetang lailatulqadar. Susah jugak nak mengubah kefahaman atau salah penafsiran masyarakat tentang lailatuqadar. yang pertama dari segi bahasa pun sudah salah. kebiasaan disebut 'malam lailatulqadar' (lail alqadar) lail itu sudah bermaksud malam..jadi malam diulang dua kali. malam malam alqadar. sama mcm 'cuba try test' sama jer maknanya tuuu.. AlQadar = kemuliaan, kebesaran.

kemudian ditunggu-tunggunya 10 malam terakhir untuk melihat pokok-pokok sujud, air bertukar menjadi beku dan macam-macam cerita lagi. duduk di depan tangga dimalam-malam akhir Ramadhan nak tunggu keajaiban-keajaiban berlaku didepan mata. Tak bersolat, tak berzikir, tak berqiamullail. Banyak pula cerita tentang perkara-perkara berikut yang dipanjang-panjangkan sehingga matlamat asal dan amalan yang sepatutnya dilakukan tersasar dari yang sepatutnya.

Allah berfirman dalam Surah al-Qadr ayat 1-5 yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (AlQuran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran LailatuQadar itu?. Malam alQadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar!.

Tafsiran tentang 'Malam alQadar itu lebih baik dari seribu bulan' dalam Tafsir pimpinan ArRahman: ya'ni amal ibadat yang dilakukan pada malam yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain. oleh sebab itu ada disebutkan didalam hadith soheh, bahawa Rasulullah s.a.w biasanya mulai dari malam 21 Ramadhan Baginda membanyakkan ibadat sepanjang malam kerana mengharapkan amalannya bertepatan dengan malam alQadar yang berkat itu yang berlakunya pada salah satu malam dari sepuluh atau sembilan malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Demikianlah yang sepatutnya dilakukan. Ditingkat amalan pada malam-malam terakhir dengan harapan untuk menemui malam yang alQadar yang dilipatgandakan pahala amalan tersebut lebih besar dari seribu bulan yang lain.

Kita tidak menafikan bahawa dengan Kebesaran dan Kekuasaan Allah sudah pasti dapat menjadikan perkara-perkara ajaib pada malam tersebut sperti yang pernah diceritakan oleh orang-orang terpilih yang pernah menyaksikan. Namun, janganlah itu dijadikan matlamat, pahala besar yang dijanjikan Allah itu sepatutnya dijadikan matlamat. Jika Allah mengkehendaki kita oleh menyaksikan keajaiban pada malam tersebut, Subhanallah..sudah pastilah keimanan kita melonjak ke tahap yang tertinggi, dan itulah yang kita hajat-hajatkan.

Marilah kita sama-sama meningkatkan amalan-amalan kita diakhir-akhir Ramadhan ini. Banyakkan berdoa supaya kita dikurniakan malam alQadar dan semoga kita pada tahun ini terpilih untuk menjadi hamba Allah yang banyak amalnya di malam yang penuh barokah ini.

No comments: