9hb Sept ketika di Kangar, terjumpa satu buku di kedai buku bersebelahan Bank Islam Kangar. Buku yang bertajuk Bingkisan Ramadhan itu ditulis oleh Ustaz Zuridan bin Mohd Daud cukup menarik dan perbahasan yang mudah difahami. Saya akan cuba menitipkan perkara-perkara penting yang dapat saya kutip dari buku tersebut semoga menjadi manfaat dan panduan kita dalam mejalani ibadah di akhir Ramadhan kali ini.
Bab 20: Keistimewaan 10 malam terakhir
Alangkah cepatnya masa berlalu, ketika kita mula seronok melaksanakan ibadah, Ramadhan semakin hampir menutupkan tirainya. 10 hari terakhir Ramadhan adalah merupakan saat dimana Rasulullah s.a.w meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.
Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadhan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertaqwa atau sebaliknya?
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w apabila masuknya 10 malam terakhir (Ramadhan), Baginda menghidupkan malamnya. Baginda mengemaskan kainnya dan mengejutkan isterinya dan (ya'ni tidak bersama dengan isteri).
Hadith ini menceritakan kepada kita bagaimana Nabi s.a.w bersungguh melaksanakan ibadah walaupun Baginda tidak melakukan dosa. Namun Baginda telah memberikan satu tauladan yang baik kepada umatnya dan menghayati 10 hari terakhir Ramadhan. Panduan yang diberikan oleh baginda ini, menggambarkan betapa bernilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi satu yang amat malang sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.
Imam muslim juga meriwayatkan bahawa:
Aisyah r.a. berkata "bahawa Nabi s.a.w bersungguh-sunguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak sepertimana (dibulan) selainnya".
Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda s.a.w wajar dijadikan pedoman dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadhan ini. Sepatutnya waktu ni tidak dihabiskan dengan menonton television atau mengunjungi pusat-pusat membelibelah. kerana inilah fenomena yang sering kita lihat. Kelebihan 10 malam terakhir seolah-olah tidak langsung diambil kira. Malah lebih mendukacitakan lagi akan dikalangan muda mudi Islam yang keluar malam ke pusat hiburan tanpa rasa berdosa dan malu. Sepatutnya bapa sebagai ketua keluarga mengambil berat soal membudayakan suasana ibadah khususnya pada 10 malam terakhir ini. Anak-anak perlukan satu panduan dan contoh dari ibubapa. sebaliknya jika ibubapa turut serta mengabaikan ibdah dipenghujung ramadhan,maka tidak hairanlah anak-anak tidak berminat untuk mengerjakan solat terawikh. sebaliknya datang ke Masjid atau surau hanya membuat bising dan bermain mercun.
Apa yang dimaksudkan dengan Baginda s.a.w menghidupkan malam dan mengemaskan kain sarungnya ialah sebagai satu gambaran bagaimana bersunguhnya baginda menumpukan saat ini dengan ibadah, sehinggkan baginda tidak bersama dengan isteri untuk 10 malam terakhir.
Malam Al-Qadr sengaja dirahsiakan olah Allah s.w.t sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasihnya. Bagi mereka yang benar-benar beriman, keghairahan mencari redho Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah. Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saatsaat ini seringkali dipenuhi oleh aktiviti persiapan hari raya yang menyebukkan hingga promosi istimewa perlepasan dari neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadhan.
Antara amalan yang boleh dilakukan ialah seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. juga digalakan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah. Amalan beriktikaf wajar diteruskan dipenghujung Ramadhan, dengan memperbanyakkan duduk dimasjid untuk beribadah kepada Allah.
Kata Imam al-Zuhri yang bermaksud:
"Suatu yang pelik bagi kaum muslimin, mereka meningalkan amalan ikhtikaf sedangkan Nabi tidak pernah meninggalkannya semenjak Baginda tiba di Madinah hingga baginda meninggal dunia"
No comments:
Post a Comment