Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Tuesday, September 22, 2009

Penipuan Dalam Kemerdekaan

Artikel pilihan untuk difikir-fikirkan.
Petikan Dari: http://alkundangi.blogspot.com

Penipuan Dalam Kemerdekaan

Memang pada lahirnya negara kita telah merdeka sejak 52 tahun yang lalu. Rundingan di antara UMNO,MCA,MIC dan Kerajaan British dengan prinsip jus soli memberikan kejayaan kepada bekas kolonial itu. Dengan penerimaan prinsip jus soli, UMNO terpaksa menerima kehadiran bagsa-bangsa lain iaitu MCA dan MIC serta memberikan hak kerakyatan kepadanya. Sebagai imbalannya, MCA dan MIC wajib menerima hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan. Dengan begitu, jadilah negara ini rakyat berbilang kaum sepertimana sekarang ini. Masyarakat majmuk yang wujud di negara ini adalah hasil rundingan kemerdekaan itu yang sedikit sebanyak memberikan kesan kepada corak pembentukan politik dan ekonomi negara.

2. Sebelum kedatangan kaum imperialis Barat yang dimulai oleh Portugis pada tahun 1511, Tanah Melayu adalah sebuah negara Islam. Ini terbukti dengan catatan-catatan seperti Batu Bersurat Terengganu yang tertulis hukum-hukum hudud di atasnya yang menjadi asas kepada hukum dan undang-undang negara ini dan ia dipraktikkan dengan baik dengan bukti hasil peninggalan artifak-artifak itu.

3. Namun, seperti yang kita faham, kaum imperialis Barat datang ke Asia Tenggara untuk mendapatkan rempah, lada hitam, dan sebagainya serta menjalin hubungan dagang di samping menakluk negara-negara berkaitan yang seblum itu merdeka dan memerintah dengan sendiri,seperti kerajaan Melayu Melaka,kerajaan Kedah dan lain-lain. Dari kajian terhadap Undang-Undang Laut Melaka, adalah didapati bahawa hukum-hukum Islam mendasari Undang-Undang Laut itu. Ini membuktikan kerajaan Melaka juga mempraktikan hukum Islam dalam pentadbiran kerajaannya.

4. Bagaimana pun dari beberapa kajian yang dibuat, kedatangan kaum imperialis Barat ini bukan dengan tujuan untuk perdagangan, tetapi mereka membawa satu misi untuk menghapuskan pengaruh Islam yang sedang bertapak kuat di negara kita dan di sebahagian besar Nusantara termasuk Filiphina Selatan dan Indonesia. Di samping menjajah, mereka menyemaikan kebudayaan Barat dan agama kristian terhadap negara yang dijajahnya. Proses kristianisasi itu berjalan terus, sehingga akhirnya ia berakar umbi disamping kebucayaan dan cara hidup Barat di negara kita.

5. Apabila Inggeris ingin memberikan kemerdekaan kepada kita, mereka sudah pun memastikan Islam tidak akan bangkit lagi dan tidak akan berkuasa lagi di negara ini, barulah sesuatu negara itu dimerdekakan. Sebab itu bila kita dimerdekakan kita dilengkapkan dengan Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyebut Islam sebagai agama rasmi negara, bukan Islam sebagai undang-undang negara. Pejuang-pejuang kemerdekaan mungkin menyedari hakikat ini, namun mereka menerima syarat-syarat kemerdekaan itu kerana mereka juga sudah di"baratkan" dan hanya menerima Islam sebagai agama rasmi dalam juzuk-juzuk tertentu sahaja. Islam tidak lagi memerintah sebagaimana sebelum kita dijajah.

6. Dengan demikian, kemerdekaan yang kita perolehi itu adalah satu kemerdekaan yang artificial, kemerdekaan yang hanya indah khabar dari rupa, namun sebenarnya kita dipaksa menerima sistem dan pemerintahan Barat, di samping raja-raja Melayu yang hanya berkuasa dalam bidang tertentu sahaja. Inilah kemerdekaan yang telah kita rayakan sejak 52 tahun dahulu. Inilah juga kemerdekaan yang kita bangga-banggakan itu. Apakah benar kita sudah merdeka? Apakah kita dapat mengembalikan Islam ke tempat asalnya sebagaimana sebelum kemerdekaan? Islam telah mengajar kita jauh lebih maju dari apa yang dicatat oleh Abdullah Munsyi sebenarnya. Bahkan Professor Syed Naquib misalnya menyatakan kita telah mengetahui dan telah belajar menulis dan membaca melalui kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kita telah mengenal abjad alif ba ta dan membaca alFatihah dan AlQuran sebelum kedatangan Inggeris dengan alat cetaknya. Apakah huruf-huruf Arab itu bukan huruf?. Apakah hanya abc sahaja baru diiktiraf sebagi huruf abjad? Jadi, apakah Islam atau Baratkah yang telah mencerdikkan ummat Melayu ini? Inilah sebenarnya penipuuan sejarah yang sedang kita lalui. Sebab itu sebahagian ulama yang faham keadaan ini menentang kemerdekaan yang di taja oleh Tungku, MCA,MIC dan Inggeris itu. Dan mereka menganggap negera ini belum merdeka sehingga Islam didaulatkan kembali sepertimana zaman sebelum penjajahan dahulu. Atau apakah makna sebenar kemerdekaan itu?


AlKundangi,
1.9.2009
http://alkundangi.blogspot.com

No comments: