Assallamu'alaikum w.b.t.
Ketika bermesyuarat di Pejabat PAS Kawasan Arau hujung minggu lepas, terjumpa buku yang pernah diedarkan pada pilihanraya lepas dan sebelumnya yang bertajuk 'Golongan yang haram disokong' tulisan Mohd Asri bin Zainal Abidin. Buku yang tercetak sejak sekian lama ini(tidak pasti tarikh cetakan yang tepat kerana tidak tertera dibuku) membincangkan secara ilmiah tentang golongan yang haram disokong. Terlintas dihati saya untuk menitipkan risalah tersebut di dalam blog saya ini (tanpa sebarang pindaan) untuk berkongsi dengan semua. Moga ada manfaatnya dalam perjuangan kita, InsyaAllah. Memandangkan ia agak panjang, saya akan memecahkan ia kepada beberapa bahagian.
Muqaddimah
Apabila orang Islam menganggap persoalan politik ialah sesuatu yang tiada kaitan dengan Islam, maka mereka menyerahkan kuasa kepada sesiapa sahaja yang mereka suka tanpa melihat kepada tuntutan-tuntutan agama. Hasil dari sikap, ini maka individu serta golongan yang jahat dan zalim menguasai tampuk pemerintahan. Golongan ini menganggap kuasa adalah sumber dan lesen untuk mereka melakukan apa sahaja tanpa mereka takut kepada amaran-amaran Allah. Politik dijadikan modal untuk mengaut keuntungan dan harta serta melakukan jenayah dan kezaliman ke atas orang lain. ini adalah politik yang diwarisi daripada Firaun dan kuncu-kuncunya. Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 4: Maksudnya:
Sesunguhnya Firaun telah berlaku zalim dibumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesunguhnya adalah dia dari golngan yang membuat kerosakan.
Sekiranya Firaun membunuh anak-anak lelaki di kalangan Bani Israil kerana bimbang tergugat kuasa dan politiknya demikian juga para pewaris menghapus dan menghancurkan segala musuh politik yang boleh menggugat sistem kezaliman dan kekejaman yang dihidupkan.
Para ulama' seperti yang disebut oleh Al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari- menamakan Abu Jahl sebagai Firaun bagi umat ini kerana sikapnya yang menentang kebenaran dan zalim. Sebenarnya Firaun adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang memerintah Mesir kuno. Abu Jahl bukan pemerintah negeri Mesir dan beliau tidak juga membunuh anak-anak lelaki Quraish atau Bani Israil namun sikapnya yang bangkit melakukan kezaliman dan mengapalai penentangan terhadap kebenaran melayakkan beliau dianugerahkan gelaran berkenaan. Demikianlah sesiapa yang mewarisi sikap itu maka mereka adalah Firaun sepanjang zaman.
Amaran Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya:
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (disyurga) dan sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (disyurga). (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayat oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabrani di dalam al-Kabir dan al-Ausod. Para perawi salah satu dari sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah perawi sahih al-Bukhari) [rujukan: majma' al-zawaid wa manba' al-fawaid, jil 5, m.s.248, cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Lubnan]
Rasulullah s.a.w. utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu. Firman Allah dalam surah an-Najm ayat 3-4:
Maksudnya: Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapkan adalah wahyu yang diwahyukan.
Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada NabiNya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan baginda. Antaranya, akan wujud pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka maka Nabi s.a.w tidak mengakuinya sebagai pengikut baginda dan tidak akan meminum dari telaga di syurga, dengan kata lain tidak akan memasuki syurga melainkan diazab di atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan pembohong maka dia adalah pengikut nabi dan akan memasuk syurga.
Mukmin yang sebenar akan bimbang dan merasa takut dengan amaran ini. Tidak mengapa seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut Nabi s.a.w. Dimanakah golongan ini akan berhimpun di akhirat jika nabi tidak menerima mereka sebagai pengikutnya?
Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syariat Allah. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 45:
bermaksud: Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.
Dengan kezaliman yang asas ini para pewaris Firaun menambah lagi kezaliman demi kezaliman. membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya.
Bersambung di bahagian 2.

No comments:
Post a Comment