Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Friday, November 19, 2010

PRU 13 - PR Yakin Rampas Perak Dan Kekal 4 Negeri

Jika Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas semula satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-13, namun pemimpin gabungan tiga parti komponen itu mempunyai pandangan yang berbeza.

Malah pemimpin PR yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP percaya gabungan tiga parti itu akan mempertahankan negeri yang dimenangi dua tahun lalu.

Dalam pilihan raya umum ke-12, PR berjaya merampas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak daripada BN dengan mengekalkan Kelantan yang kini masih diterajui PAS sejak 20 tahun lalu.

Perak tumbang ke tangan BN ekoran tindakan tiga wakil rakyat PR — dua dari PKR dan seorang pemimpin DAP keluar parti dan bertindak sebagai anggota mesra BN.


“Itu mungkin anggapan beliau (Dr Mahathir), namun Pakatan walaupun ada beberapa masalah yang berbangkit, namun kita mampu menyelesaikannya kerana kita mengamalkan prinsip yang terbuka dalam soal ini.

“Justeru kita yakin parti komponen Pakatan mempunyai daya kepimpinan yang kuat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” kata Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Mustaffa, selain mempertahankan empat negeri tersebut beliau yakin PR akan merampas semula Perak dan tiga buah negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kita yakin untuk mempertahankan negeri-negeri yang kita menangi, malah kita yakin untuk merampas semula Perak dan juga beberapa buah negeri termasuk Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu.

“Sebenarnya kita tahu BN mempunyai masalah yang lebih besar sama ada masalah dalam Umno ataupun parti komponen BN yang lain. Kita juga akui Pakatan terutamanya PKR terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran... namun kita akan atasi perkara ini.

“Jadi kita yakin mampu mempertahankan negeri yang dimenangi dengan merampas semula Perak dan tiga negeri lain sebagai tambahan dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

Dr Mahathir ketika bercakap kepada Bloomberg berkata BN berupaya untuk merampas balik satu atau dua negeri daripada PR dalam pilihan raya umum ke-13 atas alasan perikatan muda tiga komponen itu berada dalam keadaan goyah.

Bagaimanapun beliau berkata, BN kemungkinan “tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen) bagi membolehkan mereka menerajui kerajaan (persekutuan) dengan majoriti selesa.”

No comments: