Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Tuesday, November 16, 2010

Husam nafi laporan Bernama PAS sedia terima Zaid

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam.

Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka.

“Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik berita yang dikeluarkan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

“Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk ‘Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid’ dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama,” kata Husam (gambar).

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan “rasmi” untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar.

Husam dipetik Bernama semalam berkata, parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain termasuk Zaid.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor berkata PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu, namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

“Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti... dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk,” katanya kepada Bernama selepas ditemu ramah oleh hos Anne Edwards menerusi rancangan Hello Malaysia.

Malasyian Insider

No comments: