Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Tuesday, November 2, 2010

Ni bukan mee segera.. tapi meggi segera!

14 projek mega di Galas

Bukti BN laksana pembangunan tak kira musim pilihan raya

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) semalam menyenaraikan 14 projek mega bernilai lebih RM393 juta yang dilaksanakan Kerajaan Pusat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Antara projek utama termasuk Hospital Gua Musang, Pusat Kesihatan Bandar Gua Musang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi, Sekolah Menengah Integrasi dan terbaru projek perumahan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, 13 daripada projek terbabit sudah bukti BN bawa pembangunan tanpa mengira masa.

“Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM180 juta yang baru dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini untuk memenuhi keperluan perumahan demi keselesaan keluarga penduduk sekitar Gua Musang," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kementeriannya meluluskan peruntukan RM33 juta untuk kerja menaik taraf laluan antara Lojing-Gua Musang.

Mengenai kerja membabitkan cerun di jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang, Shaziman berkata, setakat ini berjalan lancar sejak dimulakan dua bulan lalu.

INFO: Projek RMK-9 DUN Galas dan Kos Pembangunan
# Hospital Gua Musang – RM60 juta
# Pusat Kesihatan Bandar Gua Musang – RM12 juta
# Ibu Pejabat Polis Gua Musang – RM31 juta
# Jalan Besar (Persiaran Raya) – RM18 juta
# SMK Sri Wangi – RM20 juta
# SK Sri Wangi – RM17 juta
# Kompleks Sukan – RM2 juta
# Stesen Kereta Api – RM4 juta
# Perpustakaan Awam – RM1 juta
# SK Gua Musang 1 (Tambahan) – RM2 juta
# Gelanggang Futsal 2 buah – RM200,000
# Sekolah Menengah Integrasi sedang dibuka tender – RM40 juta
# Pusat Latihan Kesedar – RM6.2 juta
# Projek Perumahan Rakyat (1,500 unit baru dilancarkan) – RM180 juta

No comments: