tokkupasirgudang.blogspot.com
Menjadi isteri yang solehah bukanlah satu perkara yang sukar yang memerlukan belanja yang tinggi atau peruntukkan yang banyak. Apa yang diperlukan ialah keyakinan dan keimanan kepada Allah dan balasan yang mulia dan terpuji yang disediakan oleh Allah diakhirat yang berupa syurga. Orang yang menyedari bahawa dunia ini tempat ujian untuk melihat siapakan yang lebih baik amalannya. Allah berfirman “Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);
Dalam satu hadis Nabi yang bermaksud: “Apabila perempuan menunaikan solat lima waktu, dan berpuasa sebulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya. Maka dikatakan kepadanya: “Masuklah syurga daripada pintu manapun yang engkau kehendaki”. (HR Ahmad).
Dalam riwayat Imam At-Tobrani, Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mahukah kamu mengetahui perempuan ahli syurga? Sahabat berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda berkata: Perempuan yang penyayang, yang subur dengan zuriat, apabila dia marah atau dilakukan keburukan kepadanya atau dimarahi oleh suaminya dia akan berkata: “Ini tanganku pada tanganmu, tiada aku akan tidur lena sebelum abang memaafkan saya!

Nabi juga menyebut ciri-ciri kesolehan seorang isteri dengan berkata: “Apabila engkau melihatnya, tenang hatimu, apabila engkau perintahnya dia mentaatimu”. Manusia selalu mendahului emosi dalam tindakannya, tanpa melihat pahala yang besar yang Allah sediakan bagi setiap kebaikan yang dilakukan. Semoga Allah sentiasa bersama kita. Amin.
1 comment:
doakan semoga isterimu ini tergolong dalam isteri solehah...
Post a Comment