Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Friday, June 3, 2011

Pertahan Negeri Pakatan Sepenuh Kudrat: Presiden

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Presiden PAS dalam ucapan dasarnya hari ini mengarahkan seluruh jentera parti itu bersiap sedia mulai sekarang.

Paling penting kata Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jentera PAS perlu membuka bilik gerakan dan memenuhkannya dengan aktiviti ke arah mendekatkan parti kepada pengundi.

"Walau bila pun tarikhnya, saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera PAS untuk bersiap sedia sebaik sahaja muktamar kita selesai, dengan membuka bilik gerakan dan aktivitinya dengan penuh taktikal, seterusnya menyiapkan gerak kerja secara berstrategi,"katanya.

Pada masa sama beliau mahu semua Dewan, Pemuda, Muslimat dan Ulama melaksanakan 70% tumpuan program mereka ke arah mendekati pengundi khususnya golongan atas pagar.

Bagi Unit Peti Undi (UPU) pula, harapan disandarkan agar mengenali dan mendampingi setiap pengundi dalam lingkungan mereka seperti mendampingi ahli keluarga sendiri.

Uslub yang harus digunakan pula haruslah dengan bahasa yang penuh kemesraan, hikmah dan penuh kesabaran agar mesej parti dapat diterima oleh semua.

"Pada hari ini juga, marilah sama-sama kita berikrar untuk mempertahankan negeri Kelantan dan Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang kita tadbir secara bersama ini dengan sepenuh kudrat yang kita ada.

"Biar keringat kita membasahi bumi tempat berpijak, biarlah tenaga kita bergelora dengan semangat yang tinggi, kita akan pertahankan kemenangan yang telah kita kecapi selama ini dengan Izin Allah,"tegasnya. - Harakahdaily

No comments: