Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Monday, June 6, 2011

Krriteria bakal calon PAS


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dipetik oleh media berkata PAS akan terus berpegang pada pendiriannya untuk tidak melantik mana-mana ahli parti yang melakukan dosa besar bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, PAS kawasan dan negeri boleh mencadangkan mana-mana nama kepada PAS Pusat namun, layak atau tidak calon berkenaan hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

“Apa yang menjadi amalan bahawa seseorang yang layak atau tidak layak menjadi calon (pilihan raya) adalah mereka tidak melakukan dosa besar setakat diketahui serta tidak mengekalkan dosa kecil,” katanya ketika penggulungan ucapan penangguhan Muktamar Agung PAS ke-57 semalam.

Tambah beliau, calon PAS yang akan dikemukakan mestilah memenuhi kriteria khusus iaitu mempunyai kebolehan dan mudah diterima dalam masyarakat.

No comments: