Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Tuesday, May 10, 2011

Asal Tasbih Fatimah

Assalamualaikum WBT,


Fatimah r.ha anakanda Rasulullah SAW isteri kepada Saiyidina Ali r.a sering melakukan kerja rumah bersendirian dan berat-berat kerjanya. Disebabkan kasihan melihat Fatimah r.ha, Saiyidina Ali r.a telah menyuruh Fatimah r.ha berjumpa dengan Rasulullah SAW bagi memohon mendapatkan seorang pembantu. Kebetulan pada waktu itu terdapat banyak tawanan perang.

Beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi pada ketika itu ramai orang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan santun, beliau tidak berani untuk memohon permintaan di hadapan khalayak ramai.

Pada keesokan harinya, Rasulullah s.a.w telah datang ke rumah kami dan bersabda; “Fatimah, apakah yang menyebabkan dikau datang kepadaku kelmarin?”

Beliau berasa malu dan mendiamkan dirinya. Akhirnya Saiyidina Ali r.a pun berkata; “Wahai Rasulullah s.a.w, Fatimah telah ditumbuhi ketulan di atas tangannya dan parut-parut di atas dadanya disebabkan oleh beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor.Daku menasihatinya untuk pergi menemuimu dan memohon seorang pembantu”.

Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda; “Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.

Fatimah r.ha berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”. Dan disebabkan inilah Tasbih Fatimah diberi nama. Walaupun nama seperti tiada kena mengena dengan apa yang dimohon oleh Fatimah r.ha, pengajaran yang boleh kita perolehi disini ialah betapa pentingnya untuk kita mempercayai setiap sabdaan Rasulullah SAW. Dan setiap sabdaan Baginda SAW juga adalah sesuai untuk diamalkan tidak mengira waktu dan zaman sehinggalah hari kiamat.



Untuk menambah lagi rasa yakin kita, seharusnya kita beramal dengan perkara tersebut. Apa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada Fatimah r.ha adalah juga secara tidak langsungnya sebagai pelajaran yang harus kita ikut dan contohi. Pada yang belum pernah mengamalkan lagi Tasbih Fatimah sebelum tidur, bermula dari malam ini marilah kita amalkannya. Yakinlah dengan amalan tersebut dan insya Allah kita akan rasai perbezaannya sewaktu kita bangun dari tidur esok.

No comments: