Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Monday, March 1, 2010

Mari mengenal Rasulullah

Salaam,
kenalkah kita dengan orang yang sepatutnya kita kasihi melebihi dari anak-pinak, ibubapa dan manusia keseluruhannya? bagaimana kita mengaku yang kita amat mencintai Rasulullah sedangkan wajah dan susuk tubuh baginda pun kita tidak kenal.

Berikut salah satu hadith mengenai karektor Nabi S.A.W, semoga dapat menambahkan rasa kasih dan cinta kita kepada Rasulullah.

Hasan bin Ali r.a. meriwayatkan:
(Bermaksud), "Saya pernah bertanya kepada Bapa Saudara saya Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu, tentang karakter fizikal Rasulullah S.A.W. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat Baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya.

Hindun menjawab, "Tubuh Rasulullah S.A.W besar. Wajah Baginda bersinar seperti bulan purnama. bentuk tubuh baginda lebih tinggi daripada ukuran tubuh orang yang biasa serta lebih rendah dari ukuran tubuh orang yang tinggi (jangkung) dan kurus (kerempeng). kepala Baginda besar dan rambut Baginda ikal. Apabila rambut mula memanjang, maka baginda pun menyisirnya. Jika tidak (disisir), maka rambut baginda akan terurai, tidak pernah melebihi bahagian bawah daun telinga.

Kulit Baginda cerah, putih kemerah-merahan. Dahi Baginda lebar, kening Baginda melengkung dan panjang; kedua keningnya hampir bersatu. Diantara kedua kening tersebut terdapat urat yang memerah ketika baginda marah. baginda memeliki hidung yang mancung dengan bahagian atas yang bercahaya sehingga ada yang tidak memerhatikan dengan cermat akan mengira bahawa hidung Baginda bengkok. Janggut baginda lebat dan kedua pipi baginda datar. Mulut baginda lebar, antara gigi baginda dan yang lain sedikit jarang. Dada baginda berbulu halus. leher baginda jenjang dan indah. bentuk tubuh Baginda bagus dan gemuk ideal. Perut Baginda sama rata dengan dada. Dada Baginda lebar. Tubuh diantara kedua bahu juga lebar. Sendi-sendi tubuh baginda lebar, sementara bahagian tubuh yang tidak berbulu nampak bercahaya. Diantara bahagian atas dada dan pusat Baginda terdapat bulu tipis yang nampak seperti garis. Tetapi kedua bahagian dada dan perut tidak berbulu.

Tangan, pundak, dan dada bahagian atas Baginda berbulu nipis. Tangan Baginda panjang, telapak tangan Baginda lebar, telapak tangan dan telapak kaki tebal, dan jari jemari Baginda panjang. Ditengah-tengah telapak kaki Baginda tidak menyentuh tanah. Kedua tapak kaki Baginda halus sehingga air pun tidak melekat. Air yang mengenainya langsung hilang, tanpa meninggalkan bekas.

ketika berjalan, tubuh Baginda tegap. baginda berjalan tenang dengan langkah yang lebar. Ketika Baginda berjalan seakan-akan baginda sedang menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, Baginda akan menoleh dengan seluruh badan baginda. Baginda sering menundukkan pandangan - Baginda sering memandang kebawah daripada mendongak ke atas. Baginda selalu melihat sesuatu dengan penuh perhatian. Ketika berjalan bersama para sahabat, Baginda selalu membiarkan mereka berjalan didepan, dan setiap kali bertemu seseorang, Baginda akan mengucapkan salam terlebih dahulu.

(Riwayat Tarmidzi, Ibnu Sa'd, Baihaqi dan Ibnu Adi.

Petikan: Kitab Syamail Muhammad S.A.W oleh Imam At-Tarmizi.

No comments: