Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Friday, October 2, 2009

Batal suntikan cegah kanser servik: CAP

Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Kementerian Kesihatan membatalkan cadangan memberi suntikan pelalian human papillomavirus (HPV) untuk mencegah kanser servik kepada semua pelajar perempuan berusia 13 tahun bermula tahun depan kerana ia boleh mengancam nyawa penerima vaksin.

Presidennya, SM Mohamed Idris, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata vaksin itu tidak mencegah penyakit jangkitan seksual mahupun merawat jangkitan HPV atau kanser servik kerana ia tidak dapat melindungi wanita daripada semua jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser servik.

“Wanita yang mendapatkan vaksin itu dinasihatkan untuk terus menjalani pemeriksaan kanser servik memandangkan tempoh keberkesanan vaksin diramalkan selama empat tahun.

“Berdasarkan buku Cervical Cancer Vaccine: The Truth yang ditulis pengarang terkemuka Angela Perin, menyatakan vaksin itu turut memberi kesan sampingan seperti autisme, hiperaktif dan disleksia,” katanya.

Pada 25 September lalu, akhbar melaporkan semua remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberikan HPV secara percuma bagi mencegah dijangkiti kanser servik, mulai tahun depan.

Kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk program itu yang membabitkan 300,000 remaja perempuan, setiap tahun dan dijangka mampu mengurangkan sehingga 70 peratus kes kanser servik di negara ini.

Mohamed berkata, terdapat dua vaksin HPV yang boleh diperoleh rakyat negara ini iaitu Gardasil dan Cervarix yang diluluskan Pihak Berkuasa Kawalan Ubatan Malaysia pada 2007.

“Bagaimanapun, keputusan Pihak Berkuasa Kawalan Ubatan Malaysia pada 2007 yang meluluskan vaksin HPV Cervarix oleh GlaxoSmithKline amat mengejutkan kerana Cervarix masih belum diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika.

No comments: