Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Friday, November 19, 2010

Tahniah KEDAH! pelaburan tempat ketiga

Pelaburan Kedah menggalakkan

ALOR SETAR - Prestasi Kedah dalam menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan adalah amat menggalakkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, Kedah menerima pelaburan sebanyak RM1.8 bilion, di mana RM1.6 bilion adalah pelaburan asing.

“Jumlah pelaburan yang diterima menjadikan Kedah di tempat ketiga di negara ini. Kita menjangkakan pelaburan yang diterima akan memberi kesan berganda kepada ekonomi tempatan,” katanya.

Menurutnya, sumbangan sektor perkhidmatan dan pembuatan turut membantu pertumbuhan ekonomi negeri.

“Dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat, Kerajaan Negeri akan terus memastikan iklim pelaburan dan suasana perniagaan dalam negeri lebih kondusif. Mekanisme berkaitan proses mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan sesuatu projek telah dipermudahkan,” katanya.

Azizan berkata, langkah ini diambil sebagai suatu inisiatif bagi menarik lebih banyak pelaburan pihak swasta dalam sektor terpilih.

“Kita juga akan menggerakkan syarikat berkaitan kerajaan, GLC untuk menjadi peneraju kepada pertumbuhan ekonomi terutama sektor pertanian, pelancongan, pembuatan dan perkhidmatan,” katanya.

Menurutnya, sebanyak RM0.5 juta disediakan bagi aktiviti Kajian Ekonomi mengikut bidang tertentu selain Kajian Impak yang bakal dilaksanakan bagi projek-projek terpilih yang telah siap.

“Tujuannya adalah untuk melihat kesan atau faedah projek berkenaan yang diperoleh oleh kumpulan sasaran. Malah pada masa sama, kita berusaha menambah bilangan usahawan Bumiputera dalam bandar dengan memperuntukkan RM4 juta kepada pihak berkuasa tempatan untuk membina ruang niaga di lokasi strategik,” katanya.

Antara perancangan Kerajaan Negeri ialah memperuntukkan RM0.5 juta untuk membina Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Buah-Buahan dan Produk Hasil Pertanian di Sik, Bandar Baharu dan Pokok Sena.

“Bermula tahun depan, menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) kita akan bina pusat pengumpulan produk pertanian berskala besar di Sungai Petani. Ia bakal menjadi tempat memasarkan buah-buahan tempatan secara teratur,” katanya.

No comments: