Harakahdaily |
GUA MUSANG, 3 Nov: Umno didakwa benar-benar terdesak sekarang apabila pemberian zakat kepada tiga Orang Asal yang memeluk Islam kelmarin dianggap pula sebagai rasuah pilihan raya. Kejahilan mereka tidak mampu disembunyikan lagi apabila memperlekehkan pemberian zakat kepada Orang Asal yang menganut Islam. Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, tidak timbul sama sekali duit yang diberi kepada pemuda Orang Asal yang menganut Islam sebagai rasuah pilihan raya kerana ia merupakan pemberian zakat. “Islam menggalakkan saudara baru dibantu bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru. Jadi bantuan tidak seberapa yang diberi kelmarin ketika kunjungan Menteri Besar ke penempatan Orang Asal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru. “Saudara baru termasuk dalam lapan asnaf yang perlu dibantu terutamanya melalui sumbangan duit. Jadi isu ini nampak sangat dipolitik Umno selepas mereka kehabisan modal,” katanya. Dalam Islam, terdapat lapan asnaf yang layak menerima zakat. Salah satu darinya adalah saudara baru atau mualaf iaitu mereka yang baru masuk Islam. |
Wednesday, November 3, 2010
Orang Asal diberi wang zakat selepas masuk Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment