ALOR SETAR, 11 November – Ekoran tindakan biadap beberapa media tertentu menyiarkan laporan fitnah terhadap Kerajaan Negeri dalam isu banjir, maka mereka dilarang sama sekali membuat liputan Sidang Bajet 2011 yang akan diadakan mulai 14 hingga 16 November ini.
Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid, hanya 11 buah akhbar dibenarkan membuat liputan. Mereka adalah Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, China Press, Nan Nang Siang Pau dan Guan Ming Daily.
Dalam sidang media yang diadakan selepas Majlis Mesyuarat Exco semalam, Dato’ Seri Azizan telah mengherdik RTM dan TV3 ekoran berita fitnah dan putarbelit kedua-dua media tersebut terhadap Kerajaan Negeri.
TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Bernama adalah antara media yang tidak dibenarkan membuat liputan dalam Sidang DUN Kedah kali ini.
No comments:
Post a Comment