Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Monday, November 1, 2010

Program Gotong Royong M.T.AlMahmudiyah

Gambar-gambar sekitar program gotong royong membersihkan kawasan dan bangunan sedia ada di tapak wakaf Markaz Tarbiyah AlMahmudiyah, Kg Tambun Tulang, Arau pada 31 Oktober 2010. Terima kasih kepada semua yang hadir terutama kepada Y.Bhg Ustaz Ahmad Adnan Fadzil dan Pengarah MTD Guar Sanji, Peguam Zulmi Sabri seterusnya kepada pimpinan UPU Behor Mentalon, AJK-AJK dan ahli cawangan-cawangan dibawah UPU Behor mentalon.

Markaz Tarbiyah ini akan menjadi pusat perkembangan ilmu khususnya kepada penduduk sekitar dengan penyusunan kuliah-kuliah dan ceramah secara berkala. Juga untuk aktiviti khidmat kemasyarakatan. Markaz ini juga akan menempatkan Pejabat Gerakan UPU Behor Mentalon dan pejabat Cawangan Tambun Tulang.


Bangunan sedia ada yang telah diwakafkan sepenuhnya.


Bangunan ini bakal menjadi pusat ilmu dan da'wah kepada masyarakat setempat.

Keadaan dalam bangunan yang rosak akibat anai-anai.


Dinding kayu akan digantikan dengan simen sepenuhnya.

Y.Bhg Ustaz Ahmad Adnan Fadzil bersama Tn Hj Adnan.

Barang-barang yang rosak dilupuskan.

Bacaan doa selamat dipimpin oleh ustaz Ahmad Adnan.
Semoga Allah memberkati usaha kerdil kami ini.


Lepas doa..apa lagi??


Pokok rambutan ini akan menjadi saksi perkembangan ilmu di Markaz Tarbiyah
suatu hari nanti..InsyaAllah.

melentur buluh biar dari rebung.

banner dana pembangunan Markaz Tarbiyah AlMahmudiyah.

Kepada pencinta-pencinta ilmu, pejuang-pejuang Islam dan semua yang cintakan Islam, marilah sama-sama menyumbang kepada dana pembangunan Markaz Tarbiyah ini. Semoga syari'at Islam akan tertegak di muka bumi Allah khasnya di Malaysia yang kita cintai ini. Dana permulaan sebanyak RM20,000 untuk memperbaiki bangunan amat-amat diperlukan.
BIMB 02-020-02-061956-4.


Jafri Abu Bakar

Pemegang amanah
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan
Markaz Tarbiyah AlMahmudiyah

No comments: