via email: hidayahnet@yahoogroups.com
Setiap suami isteri mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing dan juga terhadap anak-anak mereka. Di antara tanggungjawab suami ialah:
1. Menjadi pemimpin anak isteri di di dalam rumah tangga.
2. Mengajarkan ilmu yang fardhu ain (wajib) terhadap anak isteri. Sekiranya tidak mampumengajarnya sendiri, wajiblah si suami mencari guru agama untuk mengajar anak dan isteri kita.
2. Mengajarkan ilmu yang fardhu ain (wajib) terhadap anak isteri. Sekiranya tidak mampumengajarnya sendiri, wajiblah si suami mencari guru agama untuk mengajar anak dan isteri kita.
3. Ilmu tauhid diajarkan supaya akidahnya selari dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
4. Ilmu fiqah diajarkan supaya ibadahnya berbetulan dengan kehendak ugama.
5. Ilmu tasauf diajarkan supaya dia ikhlas dalam beramal dan dapat segala amalannya dari segala kerosakan lantaran rasa ujub, riak, takabbur dan sebagainya.
6. Memberi nafkah iaitu, makan. minum,pakaian. tempat tinggal dan sebagainya dari sumber yang halal.
7. Tidak menzalimi anak isteri dengan:

- Memberikan didikan agama yang sempurna.
- Menanam dan memupuk sifat kasih sayang kepada ALLAH, Rasul, para sahabat dan orang-orang solleh.
- Memberikan keperluan nafkah zahir dan bathin.
- Memberi nasihat serta menegur jika melakukan kesalahan atau maksiat.
- Jangan keterlaluan apabila memukul anak untuk mendidik.
- Menjaga Rahsia Rumahtangga.
Hadith Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu." Riwayat Ahmad.
Huraian:
Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga.
Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud:
"Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)
Post terdahulu: Isteri solehah
No comments:
Post a Comment