Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Saturday, February 20, 2010

15 Perkara Penyebab Bala




Kata bala berasal daripada bahasa Arab bala’, secara bahasa dalam Kamus Bahasa Melayu diertikan sebagai : gerombolan, pasukan (tentera), kemalangan, kegeruhan, kecelakaan, musibah, bencana, dll. Dengan demikian, orang melayu mengartikan bala sebagai kejadian buruk yang berlaku ke atas seseorang atau sesuatu tempat berupa kemalangan, bencana alam, dan lain-lain. Oleh sebab itu, manusia mesti lari daripada bala itu dengan cara apapun. Antaranya, muncul pelbagai kegiatan ritual amalan tolak bala yang dilakukan baik secara persendirian atau secara bersama-sama dalam satu kelompok dan masa tertentu.

Dalam bahasa Arab dan al-Quran bala bermaksud ujian baik dan ujian buruk yang dihadapi seseorang. Bala (cubaan) pula boleh merupakan dalam perkara baik dan perkara tidak baik, menurut kamus tersebut. Jadi yang dimaksud bala dalam agama itu bukan hanya bencana sahaja, tetapi kemewahan hidup pun juga termasuk bala. Allah berfirman:



“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”


(al-Anbia’: 35)


Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah dan segala suruhan Allah, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja.



Saya datangkan lagi 15 perkara penyebab berlakunya bala sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:

  • Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
  • Amanat dianggap ghanimah.
  • Membayar zakat dianggap merugikan.
  • Suami tunduk pada isterinya.
  • Derhaka terhadap ibu.
  • Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.
  • Menbenci ayah.
  • Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.
  • Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
  • Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.
  • Minum arak berleluasa.
  • Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.
  • Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.
  • Permainan muzik merata rata.
  • Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi'in dan para imam muktabar.

ustaznoramin
sumber:biaqpila.blogspot.com

No comments: