Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Wednesday, February 3, 2010

Siapa Sultan yang miskin dan tak layak bayar zakat


Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi pembebas Kota Jurusalem.

Sultan Salahuddin Al Ayubi mengobarkan semangat perjuangan Islam dengan cara memerintahkan kepada umat Islam supaya tiap tahun diadakan perayaan Maulid Nabi. Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah yang menghidupkan Maulid Nabi Muhammad saw, hingga Islam terus berjaya membebaskan Kota Jurusalem.

Sultan Salahuddin Al Ayubi akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Sultan Salahuddin Al Ayubi tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab.

Sultan Salahuddin Al Ayubi teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Sultan Salahuddin Al Ayubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit.

Lane-Poole mengesahkan bahawa kebaikan hati Sultan Salahuddin Al Ayubi telah mencegahnya daripada membalas dendam.

Lane-Poole juga menuliskan Sultan Salahuddin Al Ayubi seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Sultan Salahuddin Al Ayubi ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun.

Sultan Salahuddin Al Ayubi tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Sultan Salahuddin Al Ayubi suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam.

Sultan Salahuddin Al Ayubi sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam.

Sultan Salahuddin Al Ayubi sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin.

Sultan Salahuddin Al Ayubi tidak meninggalkan harta.

Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun.

Sultan Salahuddin Al Ayubi telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa.

Sultan Salahuddin Al Ayubi sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkannya untuk dituliskan oleh jurutulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya.

Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Sultan Salahuddin Al Ayubi sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan.

Sultan Salahuddin Al Ayubi sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan.

http://ustaznaim.blogspot.com/2009/11/mengenali-tokoh-islam-yang-ulung.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Salahuddin_al-Ayyubi
sumber: waghih.blogspot.com

No comments: