Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Thursday, December 30, 2010

Nik Aziz mahu mereka yang fitnahnya mohon maaf



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. "Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini. Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi. Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang. Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik. Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa. - Bernama via Mkini

1 comment:

Anonymous said...

YANG MEMFITNAH TUUU PATUT INGAT MATI TIAP SAAT.. 1NGAT SIKIT SEHARI BERAPA KALI MALAIKAT MAUT DATANG JENGUK...YANG DIA NAK SANGAT TENGOK TUAN GURU MATI CEPAT TU NAPE? NAK GANTI TEMPAT DIA? TUAN GURU SERU KITA SEMUA KEMBALI PADA ISLAM SEBENAR,JOMLAH ISTIGHFAR DAN MUHASABAH DIRI, APA YANG KITA DAH BUAT SELAMA NI BETUL KE TIDAK.. IKUT PERINTAH ALLAH DAN RASUL..ATAU IKUT NAFSU AJE?? DOA LAH MINTAK HIDAYAH DARI ALLAH,,,CAKAP BANYAK PUN TAK GUNA...