Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung pendedahan beliau bahawa kerajaan Umno-BN mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide, lapor TV Selangor.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh akan mengadakan sidang akhbar petang ini bersama pengerusi DAP Karpal Singh dan ahlipParlimen Subang Sivarasa Rasiah.
Satu kenyataan ibu pejabat PKR mengesahkan sidang akhbar itu adalah berkaitan keputusan jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Anwar dari sesi parlimen akan datang.
Sesi parlimen baru dijadual bermula pada 7 Mac tahun depan.
Sebelum ini desas-desus bertiup kencang bahawa Anwar akan digantung selama enam bulan selepas beliau mendakwa tindakan Apco dalam mengubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis.
Pada ucapan di Dewan Rakyat, Anwar memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.
Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.
Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya selain memperbaharui kontrak syarikat itu.

No comments:
Post a Comment