Petang 21hb Ogos bertolak ke Makkah. Group umrah yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Anuar masih di Madinah hingga 23hb. Aku ke Makkah dulu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Ustaz Yaakob datang jemput di Hotel dan bertolak sekitar jam 2:45 ptg menaiki GMC merahnya.
Aku berihram di Bir 'Ali berdekatan Madinah untuk melakukan umrah nanti. Hajat di hati nak solat terawikh di Masjidil Haraam.
Selepas 2 jam perjalanan melalui highway yang besar, lancar dan TAKDAK TOLL tu, aku perasan sepanjang perjalanan awan nampak mendung. Subhanallah. teduh dan enak sungguh perjalanan. Tanda-tanda nak hujan macam ada. Tiba-tiba kelihatan dihadapan macam kabus yang tebal. Ingat hujan rupa-rupanya ribut pasir. Tebal sungguh sehingga terpaksa ON lampu dan ada yang pasang hazard light. Ingat air..rupanya debu.
Namun, seketika kemudian. langit mula menitiskan air. diikuti hujan lebat. hampir separuh perjalanan berikutnya hujan. MasyaAllah Tabarokallah. Ustaz Yaakob kata, dah dua tahun dia tak tengok hujan. Hujan nampak biasa pada kita yang berada di Malaysia, namun sesuatu yang amat unik apabila dia berlaku ditengah padang pasir sehingga terdorong hati saya nak menulis tentangnya. Pokok-pokok renek ditengah padang pasir itu seolah-olah tersenyum dengan rezki yang Allah kurniakan pada mereka.
Hujan turun seiring dengan turunnya Ramadhan. Inilah rahmat Allah yang disaksikan sendiri secara terang dan nyata. Pasti ramai yang bersyukur dengan turunnya hujan yang lebat tersebut dalam keadaan musim panas dengan suhu yang memuncak. Inilah rahmat dan kasih sayang Allah.
Hujan terus turun membasahi bumi Makkah yang penuh barokah. Air mula bertakung dan ada tempat-tempat yang mula dinaiki air. Hujan rahmat ini berterusan sehinggalah Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib dan masuknya Ramadhan yang penuh dengan Rahmat.
No comments:
Post a Comment