Ketika asyik menaip blog kisah Musailamah AlKazzab pagi semalam, dikejutkan oleh YM dari isteri katanya Asri Rabbani baru meninggal, Innalillah wa inna ilaihi ro-ji'un. Begitulah adat kehidupan yang hidup pasti akan mati. Tapi setakat mana perkhabaran mati itu menjadi iktibar kepada kita?
Seorang demi seorang meninggalkan kita. Bagaimanakah titik noktahnya kehidupan kita? Husnul Khotimah?Alhamdulillah. atau Su-ul khotimah? nau'uzibillah min zaalik, mohon dijauhkan. kerana sebenarnya perjalanan kekal abdi kita bermula di noktah kehidupan dunia kita.
Ada yang meninggal selepas bagi kuliah suboh (Ust Mat Piah, Ayahanda Ust Yusni K.Pemuda PP), ada yg sedang bagi kuliah (dlm youtube ada), ada yg sedang berjihad fisabilillah, ada yang dalam perjalanan pergi atau balik dari masjid, ada yang sedang berzikir di depan kaabah, masyaAllah, tabarokallah. inilah sebaik-baik penamat, sebaik-baik kematian.
Namun, ada juga yang sedang mabuk arak, ada yang sedang berzina, ada yang sedang mendengar lagu-lagu dari suara wanita yang mendayu-dayu dan melalaikan, ada yang sedang berhadapan dengan kemaksiatan kepada Allah tiba-tiba nyawa direnggut Izrail si pencabut nyawa. Ya Allah, mohon dijauhkan.
Inilah hikmahnya Allah merahsiakan hari kematian kita. Supaya kita sentiasa dalam keadaan berwaspada, berhati-hati supaya tidak terjebak dengan kemaksiatan. Tingkah laku terjaga kerana takut tersilap langkah, nyawa diambil ketika sedang melakukan kemungkaran, dosa kpd Allah.
Beringatlah wahai saudaraku. Tiada siapa yang tahu bila roh dijemput Allah. Berdoalah kepada Allah supaya diakhirkan hayat kita didunia dengan husnul khotimah, sebaik-baik kematian dan diakhirkan kalam kita dengan kalimah shahadah. Amin YA ROBB.
No comments:
Post a Comment