Sekarang dah jam 3:00 pagi 25hb Ogos. baru je sampai balik ke hotel. hampir sehari suntuk aku di Jeddah hari ni buat urusan kerja. Cari kedai/pejabat nak sewa, meeting dan sebagainya. Habis satu Jeddah aku ronda. Bukan ronda saja, ronda sambil kerja.
Iftar?, Seperti biasa, hampar karpet yang dah tersedia dalam boot GMC Ustaz Yaakob dan iftar di tepi jalan. cuma hari ni special skit, tepi jalan tu, tepi laut Jeddah yang cukup cantik. Ramai keluarga Arab buka puasa kat situ. Dan yang best lagi apabila dah siap buka puasa, pakat-pakat hampar sejadah dan solat kat tepi laut tu. Siap berjemaah lagi. MasyaAllah. satu pemandangan yang cukup indah.
Kemudian Solat Isya' dan terawikh di Masjid King Fahd berhampiran dengan laut tersebut. Ramainya jemaah. Rupa-rupanya Imam terawikh tu adalah seorang Imam yang cukup terkenal bacaannya. Kata Ustaz Abu Bakar Siddique yang ikut sekali ke Jeddah hari ni, Kaset dan CD bacaaannya sedang laku sekarang. Imam Abdul Waali AlArkani. Memang asyik sungguh bacaannya.
Habis Terawikh, meeting lagi dan akhirnya balik ke hotel. Mata dah kuyu dan dah beberapa kali terlelap dalam kereta. Nak rest sekejap dan sekejap lagi nak siap-siap sahur dan ke Masjidil Haraam. Semoga Allah memberikan keberkatan dan kekuatan untuk aku menjadi hambanya yang terbaik. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi penghapus dosa dan melepaskan kita dari siksa api neraka. amin ya Robb.
No comments:
Post a Comment