Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Saturday, August 29, 2009

Masalah di ruangan komen - mohon bantuan

Mohon sesiapa yang arif tentang blogspot ini supaya dapat membantu saya. Ruangan komen di blog ini langsung tidak berfungsi. saya telah membuat perbandingan tentang 'setting'nya dengan blog yang lain, kelihatannya sama sahaja. Mohon bantuan. Harap dapat email kepada jafri_ab@yahoo.com. Thanking in advance.

Jafri Abu Bakar

video tawaf selepas suboh jumaat

video sa'e

Thursday, August 27, 2009

Brani curi??

Keadaan kedai-kedai apabila masuk waktu solat di sekitar Makkah terutama Masjidil Haraam. Kedai hanya ditutup dengan kain? Siapa berani curi? pencuri pun sebeum nak curi lihat-lihat dan gosok-gosok tangan dia dulu. kalau kena tangkap ni..hilang tangan aku. Kalau buat macam ni kat Malaysia, bukan setakat barang, dengan kain-kain tu pun kena kebasss!!

"hai lampu, nasib baik laa engkau panas..kalau tidak dengan engkau pun aku kebasss!!" Ingat skrip ini?

Saudi antara negara yang mengamalkan hudud (walaupun tidak sepenuhnya) dan kesannya 'crime rates' cukup rendah.

Rujuk: http://www.photius.com/countries/saudi_arabia/national_security/saudi_arabia_national_security_crime_and_punishment.html

Inilah kesan apabila hukum Islam dilaksanakan. Allah terlebih tahu hal hambanya.

Ustaz Halim, komen skit.

Masjidil Haraam yang baru?

Beberapa ketika yang lepas saya ada menulis dan memasukkan gambar perancangan Mekah untuk masa depan dengan menyaksikan banyak bangunan pencakar langit yang akan dibina disekeliling Masjidil haraam. persoalannya, adakah pembangunan projek besar-besaran itu mampu untuk menampung jamaah yang makin meningkat saban tahun?

Semalam saya sempat menziarahi Pengarah/Dekan di bawah Unit Hajj & Umrah Research di Umm Qura Universitidi Makkah, Dr Othman Gazzaz. Sambil bercerita tantang tujuan kehadiran saya ke Makkah dalam hal kerja, sempat membangkitkan beberapa persoalan yang bermain di kotak fikiran saya sekian lama. Saya melihat peningkatan jemaah yang begitu mendadak dari hari ke sehari di bulan Ramadhan ini. Masjid bertambah sesak dengan jemaah. Keadaan tersebut membuatkan saya terfikir, ini baru Ramadhan bagaimana agaknya apabila tiba musim haji. Saya bangkitkan persoalan ini kepada Dr Othman dan beliau secara jujur menyatakan yang masjid sediaada memang tidak mampu untuk menampung jemaah yang hadir pada setiap tahun. Jemaah pula makin bertambah setiap tahun. Tahun lepas jemaah haji mencecah 2.5juta dan pernah satu ketika mencecah angka tertinggi 3 juta jemaah. Dengan ruangan masjid sediaada tidak memungkinkan untuk mengisi jumlah jemaah sebegitu besar.

Timbul lagi persoalan. Kenapakah Kerajaan Saudi hanya memfokuskan pembangunan disekeliling Masjid dengan penambahan hotel dan infrastuktur sahaja sedangkan masjid yang ternyata tidak mampu menampung jemaah tidak diendahkan. Ternyata tidak! Dr Othman apabila diajukan soalan tersebut beliau lantas bangun dan menghidupkan komputernya. Ditunjukkan kepada kami yang hadir satu slide presentation yang membuatkan kami amat-amat kagum. MasyaAllah!! Masjid Haraam yang baru. Ternyata sungguh indah dan sungguh besar.

Perancangan masjid baru tersebut yang bakal menggantikan secara total masjid sedia ada ckup luas dan diyakini mampu untuk menampung jumlah jemaah haji yang besar. Masjid yang berbentuk bulat yang kelihatan seperti sebuah stadium yang besar ini dilengkapi dengan sistem pengangkutan yang serba moden termasuk train langsung dari Jeddah dan Madinah. Projek perkhidmatan train ini telahpun dimulakan sekarang dengan fasa pertama melibatkan perjalanan dari masjid ke Mina dan Muzdalifah. Bumbung yang menutupi sebahagian dari tingkat paling atas bangunan masjid tersebut boleh tertutup dan terbuka mengikut keperluan. Kelihatannya masjid baru ini tersedia ruangan tawaf yang cukup luas sehinggakan keseluruhan masjid yang besar tersebut merupakan ruangan tawaf. Itulah yang mewujudkan bentuk masjid itu bulat. Ruangan sa'e kelihatan berada didalam masjid.

Saya cuba-cuba bagi 'hint' untuk kalau-kalau diberi izin untuk copy presentation tersebut, dengan tersenyum beliau berkata tidak boleh, ini masih confidential. Saya merasa amat bersyukur kerana Allah telah mengizinkan saya menjadi orang terawal melihat perancangan Masjidil haraam yang kita cintai ini tapi sempat ke untuk melihat dengan mata sendiri masjid yang serba indah ini? Beliau berkata, InsyaAllah, jika panjang umur, akan terlialisasi dalam jangka hayat kita ini.

Wednesday, August 26, 2009

Tazkirah bersama YB Idham Lim

YB Idham Lim

Pagi ini tetamu istimewa datang memberikan tazkirah kepada jemaah umrah kami. YB Khalil Idham Lim (idhamlim.blogspot.com) ADUN Titi Serong Perak telah berkesudian untuk meluangkan masa memberi peringatan kepada kami di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tazkirah berkisarkan tentang tuntutan kepada semua masyarakat Islam untuk melibatkan diri dalam berdakwah. Islam bukan hanya terhad kepada orang Islam, bukan hanya melayu tetapi perlu disampaikan secara positif kepada masyarakat yang belum kenal Islam. moga-moga dengan sedikit usaha, terbuka hati mereka untuk menerima Islam.
Bersama YB Ust Idham Lim

Begitu juga tanggungjawab untuk memelihara keluarga dari api neraka Allah. YB memberikan contoh bagaimana ramai ibubapa yang begitu komited untuk solat berjemaah dimasjid sedangkan membiarkan anak-anak tidak solat dan tidak menutup aurat dengan betul. Sedangkan arahan Allah secara jelas dalam AlQuran untuk memelihara keluarga dari api neraka.

Jemaah sedang khusyuk mendengar tazkeerah

YB juga menjelaskan tentang sebahagian masyarakat Islam yang mengaku beragama Islam, solat dan berpuasa tetapi tidak yakin tentang hukum Islam. Menolak hukum dan perundangan Islam dan membeza-bezakan hukum Islam didalam AlQuran dengan mengambil sebahagian dan menolak sebahagian dari tuntutan yang dijelaskan oleh Allah didalam AlQuran.

Tawaf

video di ambil dari tingkat atas Masjidil haraam

Solat di tingkat paling atas masjidilharaam

gambar ruangan tawaf & kaabah dari tingkat paling atas

Sebenarnya dah lama aku teringin nak ke tingkat paling atas Masjidilharaam. Cuma beberapa kali ke Makkah kebiasaannya diwaktu jemaah tak ramai, tingkat paling atas tidak dibuka. ataupun tak berkesempatan apabila dibuka. Malam ni sewaktu nak solat Isya' tergerak hati untuk naik ke tingkat tersebut. Bulan Ramadhan merupakan antara ketika jemaah paling ramai di Masjidilharaam selain waktu haji. Jadi tingkat atas sememangnya dibuka untuk jemaah. Kebetulan pula sedikit terlewat untuk ke Masjid, jadi ruangan dibawah dah 'pack' dengan jemaah.MasyaAllah, pemandangan kawasan tawaf dan kaabah amat-amat menarik dilihat dari lokasi tersebut. Apatah lagi apabila jemaah mula masuk saf untuk bersolat. Aku cuba untuk berada di saf paling hadapan supaya berdirinya aku dalam solat itu berhadapan secara langsung dengan Kaabah. Alhamdulillah, Allah izinkan dengan seorang sahabat memberikan ruang untuk berada di saf tersebut ketika solat terawikh. Aku berada di saf yang keempat ketika solat Isya'. Angin yang berhembus begitu mendamaikan walaupun ketika ini musim panas.
bergambar dihadapan kubah masjidilharaam yang terkenal

Rakaat demi rakaat terasa begitu cepat sehinggakan sedar-sedar dah sunat witir. Tambahan pula Imam Sudais yang mengimami, dengan bacaan yang mendayu dan menyentuh jiwa. Kadang-kadang tergetar bacaannya apabila sampai kepada ayat-ayat ancaman dari Allah. Doa yang panjang di rakaat akhir witir amat mendalam maknanya. Seolah hendak menangis beliau apabila mendoakan keselamatan dan kesejahtaraan ummat Islam daripada musuh yang sentiasa tidak senang dengan Islam.

Tuesday, August 25, 2009

Cerita hari ni

Sekarang dah jam 3:00 pagi 25hb Ogos. baru je sampai balik ke hotel. hampir sehari suntuk aku di Jeddah hari ni buat urusan kerja. Cari kedai/pejabat nak sewa, meeting dan sebagainya. Habis satu Jeddah aku ronda. Bukan ronda saja, ronda sambil kerja.

Iftar?, Seperti biasa, hampar karpet yang dah tersedia dalam boot GMC Ustaz Yaakob dan iftar di tepi jalan. cuma hari ni special skit, tepi jalan tu, tepi laut Jeddah yang cukup cantik. Ramai keluarga Arab buka puasa kat situ. Dan yang best lagi apabila dah siap buka puasa, pakat-pakat hampar sejadah dan solat kat tepi laut tu. Siap berjemaah lagi. MasyaAllah. satu pemandangan yang cukup indah.
iftar di tepi laut. sunset kat belakang

Kemudian Solat Isya' dan terawikh di Masjid King Fahd berhampiran dengan laut tersebut. Ramainya jemaah. Rupa-rupanya Imam terawikh tu adalah seorang Imam yang cukup terkenal bacaannya. Kata Ustaz Abu Bakar Siddique yang ikut sekali ke Jeddah hari ni, Kaset dan CD bacaaannya sedang laku sekarang. Imam Abdul Waali AlArkani. Memang asyik sungguh bacaannya.

Habis Terawikh, meeting lagi dan akhirnya balik ke hotel. Mata dah kuyu dan dah beberapa kali terlelap dalam kereta. Nak rest sekejap dan sekejap lagi nak siap-siap sahur dan ke Masjidil Haraam. Semoga Allah memberikan keberkatan dan kekuatan untuk aku menjadi hambanya yang terbaik. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi penghapus dosa dan melepaskan kita dari siksa api neraka. amin ya Robb.

Monday, August 24, 2009

Berbuka puasa di Mina

Hari ini berbuka puasa di Mina bersama Ustaz Yaacob. Tak sempat untuk masuk semula ke Masjidil Haraam kerana jalan dah mula jem. Jemaah Masjid berpusu-pusu untuk masuk ke Masjid untuk iftar, dan persediaan untuk terawikh menyebabkan jalan sesak agak teruk. Jadi, berhenti tepi jalan.. hampar karpet. buka puasa..

(gambar: kelihatan Jamratul aqobah & mina dibelakang)

Sunday, August 23, 2009

Future Makkah, Subhanallah.




Beginilah keadaannya Makkah AMukarramah apabila projek besar-besaran ini siap sepenuhnya. Seperti yang kelihatan sekarang, kawasan sekeliling Makkah telah mula dibersihkan. Bangunan-bangunan mula dirobohkan sehinggakan jika anda berdiri di belakang Marwah, anda boleh melihat Masjid Kucing dengan jelas yang sebelum ini tidak kelihatan disebabkan penglihatan terbatas dengan banyak bangunan hotel yang wujud diantaranya.

Kerja-kerja pembersihan tanah disekitar Masjidil Haraam

Seorang Ahlul Makkah berkata kepada saya, kamilah generasi terakhir yang akan menyaksikan Makkah adalah lembah, menyaksikan bukit-bukit batu mengelilingi Masjidil Haraam. Kerana bukit kini mula diratakan. Benarlah sabda Nabi tentang tanda akhir zaman.

Saturday, August 22, 2009

Andai ini ramadhan terakhir

Oleh : Zamri Keciks

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

gambar tempat sa'e terbaru dari makkah

Kepada yang telah biasa ke Makkah tentu sudah maklum tentang kerja-kerja naiktaraf kawasan sa'e. Kerja-kerja tersebut mengambil masa yang agak lama dan telah begitu hampir untuk disiapkan. Kalau dahulu, jemaah boleh naik ke batu tingi dibukit safa dan boleh juga neginjak-injakkan kaki pada batu di sebelah Marwan, namun untuk beberapa ketika kawasan tersebut telah ditutup. Ketika ke Makkah pada bula Mei yang lepas, saya berpendapat yang bukit tersebut akan ditutup keseluruhannya. rasa sedih menyelubungi hati.Tapi Alhamdulilah. pagi tadi saya melihat kawasan tersebut telah dibuka semula walaupun ada sebahagian (yang ita biasa sebut bukit) telah disimen dan di 'tiles'kan.
Bukit safa
laluan sa'e yang telah dinaiktaraf. kini ada 3 tingkat.

batu di bukit marwah

Hujan Rahmat

Petang 21hb Ogos bertolak ke Makkah. Group umrah yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Anuar masih di Madinah hingga 23hb. Aku ke Makkah dulu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Ustaz Yaakob datang jemput di Hotel dan bertolak sekitar jam 2:45 ptg menaiki GMC merahnya.

Aku berihram di Bir 'Ali berdekatan Madinah untuk melakukan umrah nanti. Hajat di hati nak solat terawikh di Masjidil Haraam.

Selepas 2 jam perjalanan melalui highway yang besar, lancar dan TAKDAK TOLL tu, aku perasan sepanjang perjalanan awan nampak mendung. Subhanallah. teduh dan enak sungguh perjalanan. Tanda-tanda nak hujan macam ada. Tiba-tiba kelihatan dihadapan macam kabus yang tebal. Ingat hujan rupa-rupanya ribut pasir. Tebal sungguh sehingga terpaksa ON lampu dan ada yang pasang hazard light. Ingat air..rupanya debu.

Namun, seketika kemudian. langit mula menitiskan air. diikuti hujan lebat. hampir separuh perjalanan berikutnya hujan. MasyaAllah Tabarokallah. Ustaz Yaakob kata, dah dua tahun dia tak tengok hujan. Hujan nampak biasa pada kita yang berada di Malaysia, namun sesuatu yang amat unik apabila dia berlaku ditengah padang pasir sehingga terdorong hati saya nak menulis tentangnya. Pokok-pokok renek ditengah padang pasir itu seolah-olah tersenyum dengan rezki yang Allah kurniakan pada mereka.

Hujan turun seiring dengan turunnya Ramadhan. Inilah rahmat Allah yang disaksikan sendiri secara terang dan nyata. Pasti ramai yang bersyukur dengan turunnya hujan yang lebat tersebut dalam keadaan musim panas dengan suhu yang memuncak. Inilah rahmat dan kasih sayang Allah.

Hujan terus turun membasahi bumi Makkah yang penuh barokah. Air mula bertakung dan ada tempat-tempat yang mula dinaiki air. Hujan rahmat ini berterusan sehinggalah Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib dan masuknya Ramadhan yang penuh dengan Rahmat.

lekeh sungguh iman kita

20hb Ogos, Madinah. mata mengantuk dan badan letih. Mungkin sbb perjalanan yang panjang dan kurang rehat dan mungkin sebab perbezaan masa. Dok kira nak tidok saja. Pantang nampak bantal & tilam. Bilik pulak aircond sejuk. Tarik selimut, apa lagi?? Fuhhh.

Azizan dan rafi masuk dlm bilik kami. Aku, hafidz & Ismail Omar dok sebilik, dalam selimut. Mata berat nak angkat. Tadi dah tidok dah seround lepas asar. Dok kira-kira. Masa kat malaysia dlm pkol 12 mlm. Patut la mngantuk semacam. Asyik pulak bersembang. Macam-macam cerita especialy azizan yang ramah tu. Cerita dia bargain kain serban pun boleh buat 1 novel.

Tengok-tengok jam dah nak masuk maghrib. Badan dok liat lagi. Masing2 dok bertolak hang pi dulu ke bilik air. Bleh rest skit lagi. Selimut pun rasa sedap semacammm je. Dgr2 dah azan. Aduh..baru kelam kabut. Iqamah dgn azan utk maghrib agak pendek masanya berbanding dgn waktu2 yang lain. Yang lain semua dah turun. Aku tunggu hafidz yang terakhir guna bilik air.

Bila sampai kat gate masjid imam dah baca surah rakaat pertama. Aku cadang kat hafidz, kita solat kat luar saja sbb tak mau miss rakaat. Jemaah kat luar masjid pun ramai, melimpah hingga melepasi payung-payung besar masjid. Kami buka kasut, masuk saf & Allahuakbar..takbir utk solat. Tiba-tiba kaki mula rasa pedih. MasyaAllah.. Panasss. Patut la sof kat depan aku ada jemaah yg solat pakai kasut.

Lepas solat pakat-pakat bercerita tentang hal tadi. Rupa-rupanya semua yang dok bersembang tadi, semua solat kat luar. Ada yang kata, Macam nak melecup tapak kaki. Ada satu kes jemaah yang lepas, sorang pakcik. tapak kaki melecup ketika lari ke kedai nak beli selipar sbb selipar dia hilang kat masjid. Aduh.. Kaki aku nak melecup macam dia ke? Mcmna nak umrah nanti? Masing-masing concentration solat dah OUT. Sekejap senget kiri, sekejap senget kanan. Sujud? Bayang sendiri la. Tahiyyat..masyaAllah lagi hebat. Aku terasa arab sebelah aku terketar-ketar menahan panas.

Kata Hafidz lepas solat, dia dok bayang keadaan di masyar. Ni baru sedikit dah tak tertahan. Teringat aku halnya Bilal yang diseksa di tengah terik matahari, di padang pasir yang membara dengan batu hitam yang panas di dada. Tak cukup dengan itu, diseret di jalan yang penuh dengan batu kerikil yang tajam dan panas. Hebatnya iman mereka. Lekeh sungguh iman kita.

Jutawan Ramadhan

Oleh :TeMaN

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA

MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!

PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00

WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!

NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA. SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?

NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.

WOW!!! BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?

BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?

SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!

BAGAIMANA DENGAN ANDA? MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.

TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?

ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.

TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.

JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!

*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.

SELAMAT BERPUASA,

SELAMAT BERAMAL,

SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......

petikan dari idhamlim.blogspot.com

Monday, August 17, 2009

Majlis Ihtifal peringkat rumah ayah.

15hb Ogos, anak-anak dah balik dari asrama. Keputusan peperiksaan pun dah terima. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah dikurniakan anak-anak yang baik dan cerdas akal fikiran. Oleh kerana keputusan peperiksaan mereka yang 'cemerlang' maka satu majlis ihtifal peringkat rumah sendiri telah diadakan pada malam tersebut. Selepas makan malam di Radix Fried Chicken Laguna Merbok, maka majlis pun bermula. Majlis dimulakan dengan nasyid Allahummahdina, versi SRI AlFurqan oleh anak-anak ayah. Seterusnya ucapan dari Pengerusi PIBG SRI Al-Furqan, siapa lagi..ayah laa. Ucapan aluan dari Ummi Ija dan Ummi Siti dan seterusnya majlis penyampaian hadiah. Majlis disempurnakan dengan bacaan doa MAKAN oleh Ustaz Bashir.

Solat sorang-sorang.

Keadaan di Surau R&R Rawang ketika solat Maghrib. Semua nak pahala sendiri-sendiri.

Bagaimana umat islam nak bersatu, sedangkan semasa bersolat, mengadap ke kiblat yg satu, sujud kepada Allah yang satu..pun kita tidak dapat bersatu. Senario ini kita dapat lihat di surau surau di R&R, di shopping complex terutamanya waktu maghrib. Solat sorang-sorang. Walaupun pd ketika itu ramai yg bersolat, sampai penuh surau tapi tak boleh nak berjemaah. Sedih dan pilu hati yang melihat. Bagaimana Allah nak bagi kemenangan kepada kita ummat islam jika dalam hal ini pun kita tak dapat nak laksana? Rasulullah amat menitikberatkan hal berjemaah sehinggakan baginda nak bakar rumah sahabat yang tidak hadir berjemaah di masjid menunjukkan betapa besarnya hikmah solat berjemaah. Bilakah lagi kita dapat bersatu wahai para sahabat seislam?

Semalam, ketika dalam perjalanan pulang ke sungai petani dari Kuala Lumpur, isteri dah mengeluh perut lapar. cadang awal nak singgah di restoren jejantas sungai buloh namun membatalkan hasrat setelah ambil consideration tak le sedap sgt makanan kat R&R ni dan harga pun bleh tahan. Jadi buat keputusan nak keluar ikut sungai buloh hospital exit dan cari kedai tomyam kat tepi jalan. dok terbayang sotong goreng kunyit dan tomyam..maklumla, perut lapo.

jumpa satu kedai tomyam dekat kg melayu. Boleh le tahan dan harga pun ok. Kebetulan, berdekatan dengan restoren tersebut ada pasar malam yang agak besar. Masa dah menujukkan hampir waktu solat maghrib dan seketika kemudian azan pun berkumandang. Kemudian aku lihat manusia berpusu-pusu keluar..bukan ke masjid tapi ke pasar malam. Ya Allah. Time maghrib inilah perniagaan makin laris. Penjualan makin rancak. Tawar menawar makin hebat. Bunyi azan dari masjid hanya di seberang jalan berhadapn pasar malam tersebut seolah olah hanya sekadar desiran angin. Keika inilah syaitan memainkan peranan. Aku teringat Ust Halim Nasir ketika memberikan tazkirah tempohari dalam usroh, beliau berkata yang bumi mengeluarkan aura tertentu apabila tibanya waktu solat dan infra-red akan keluar dari bumi ketika waktu maghrib yang akan memberikan tenaga maksimum kepada golongan syaitan dan jin. kerana itulah kita dianjurkan untuk menutup pintu dan tingkap dan menyuruh anak-anak masuk ke dalam rumah. waktu inilah juga Allah menurunkan ujian kepada golongan peniaga pasar malam. Samada nak menyambut yang kononnya rezki mencurah-curah atau nak menyambut seruan hayya alassolah, haiyya alafalah. Nampaknya ramai yang gagal dalam ujian tersebut.

Teringat aku kepada keadaan di saudi. Peniaga-peniaga diarahkan untuk menutup perniagaan ketika masuk waktu solat. Polis akan membuat rondaan dan jika terdapat peniaga yang engkar, saman akan dikeluarkan dan antara tindakan yang akhir, lesen akan ditarik baliK. Demikian juga kepada orang-orang yang berkeliaran ketika masuknya waktu solat, akan ditegur dan diberikan amaran oleh pihak berkuasa. Kata saudara saya, ust yaacob di Makkah. Ini sudah jadi budaya, bukan ke masjid krn agama, tapi sebab budaya. Maksudnya tindakan pihak berkuasa tersebut telah mnyebab wujud satu budaya orang ramai akan ke masjid pada setiap waktu solat. Saya kata, bagus lah kalau wujud budaya sebegini. Brapa ramai yang dahulunya pergi kerana adat, tapi sekarang dah kerana Allah. Kita marah anak kerna tak solat utk mengajar, dan akhirnya dia solat. Bukan krn Allah tetapi kerna takutkan kita. Tapi apabila dah sebati dengan dirinya, dah jadi budaya hidupnya. Maka dia akan buat kerna Allah, dan jadi kebajikan pada dirinya. Just wondering..bila lah agaknya Malaysia buat undang-undang yang serupa?

Friday, August 14, 2009

Cukuplah kematian menjadi iktibar

Ketika asyik menaip blog kisah Musailamah AlKazzab pagi semalam, dikejutkan oleh YM dari isteri katanya Asri Rabbani baru meninggal, Innalillah wa inna ilaihi ro-ji'un. Begitulah adat kehidupan yang hidup pasti akan mati. Tapi setakat mana perkhabaran mati itu menjadi iktibar kepada kita?

Seorang demi seorang meninggalkan kita. Bagaimanakah titik noktahnya kehidupan kita? Husnul Khotimah?Alhamdulillah. atau Su-ul khotimah? nau'uzibillah min zaalik, mohon dijauhkan. kerana sebenarnya perjalanan kekal abdi kita bermula di noktah kehidupan dunia kita.

Ada yang meninggal selepas bagi kuliah suboh (Ust Mat Piah, Ayahanda Ust Yusni K.Pemuda PP), ada yg sedang bagi kuliah (dlm youtube ada), ada yg sedang berjihad fisabilillah, ada yang dalam perjalanan pergi atau balik dari masjid, ada yang sedang berzikir di depan kaabah, masyaAllah, tabarokallah. inilah sebaik-baik penamat, sebaik-baik kematian.

Namun, ada juga yang sedang mabuk arak, ada yang sedang berzina, ada yang sedang mendengar lagu-lagu dari suara wanita yang mendayu-dayu dan melalaikan, ada yang sedang berhadapan dengan kemaksiatan kepada Allah tiba-tiba nyawa direnggut Izrail si pencabut nyawa. Ya Allah, mohon dijauhkan.

Inilah hikmahnya Allah merahsiakan hari kematian kita. Supaya kita sentiasa dalam keadaan berwaspada, berhati-hati supaya tidak terjebak dengan kemaksiatan. Tingkah laku terjaga kerana takut tersilap langkah, nyawa diambil ketika sedang melakukan kemungkaran, dosa kpd Allah.

Beringatlah wahai saudaraku. Tiada siapa yang tahu bila roh dijemput Allah. Berdoalah kepada Allah supaya diakhirkan hayat kita didunia dengan husnul khotimah, sebaik-baik kematian dan diakhirkan kalam kita dengan kalimah shahadah. Amin YA ROBB.

Thursday, August 13, 2009

Bersedekahlah..

Oleh MRK albanjari

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

" Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu ? ". Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya , " Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini... " Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku ". Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

" Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan dit angan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya ?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah ! ".

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah - mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH ".

Kelebihan Jumaat - surah AlKahfi

Membaca surah AlKahfi

AlHakim dan AlBaihaqi telah mentakhrijkan daripada Abu Sa'id AlKhudri R.A., daripada Nabi S.A.W. sabdanya:
(maksudnya)"Sesiapa yang membaca surah AlKahf pada hari Jumaat, dia akan mendapat cahaya di sepanjang masa di antara dua Jumaat"

Said bin Mansur telah mentakhrijkan hadith mauquf daripada Sa'id AlKhudri R.A. dengan lafaz:
(maksudnya)"Dia akan mendapat cahaya diantara tempatnya degan kaabah"

Sa'id bin Mansur juga telah mentakhrifkan daripada Khalid bin Ma'dan katanya: "sesiapa yang membaca Surah AlKahf sebelum munculnya imam (pada hari Jumaat), dia akan mendapat kaffarah dosanya diantaranya dengan Jumaat itu dan cahayanya sampai ke Kaabah".

Ibnu Mardaweih telah mentakhrijkan daipada Ibnu Umar R.A. katanya: Rasulullah S.A.W telah bersabda:
(maksudnya) "Sesiapa yang membaca Surah AlKahf pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit nggi meneranginya pada hari Qiamat dan dia diberi keampunan (terhadap dosanya) diantara dua jumaat".

Adh-Dhiya di dalam AlMukhtarah telah mentakhrijkan daripada Ali R.A. katanya, Rasulullah S.A.W.telah bersabda:
(maksudnya)"Sesiapa yang membaca surah Alkahf pada hari Jumaat,dia kan terpelihara sehinga lapan hari dan sekiranya dajjal keluar, dia akan terpelihara daripadanya".

Petikan dari terjemahan kitab 'khushuhiyyat yaum al-jumu'ah' karya Imam Agung Jalaluddin As-Suyuthi terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Brunei DS.



nikmat dari Allah

Semalam 12 Ogos pergi ke klinik Bertam di Kepala Batas untuk scan kandungan isteri. Kata Nurse yang check waktu awal kandungan dulu katanya ada masalah placenta dibawah. Jadi diarahkan untuk pi scan nak tengok kedudukan terbaru placenta tu dah ok ke tidak.
gambar scan. nampak kepala baby je sbb size dah besar

Setelah scan, Alhamdulilah placenta tu masih dibawah cumanya dia tidak menutup keseluruhan. susah gak nak explain, conclusionnya..kira ok la. Alhamdulilah. Doktor Barizah yang check tu kata dia akan bergerak ke atas mengikut masa kandungan. InsyaAllah, anak ke-5 ni dijangka lahir hujung bulan 10. sambil-sambil dok scan tu dok intai-intai le tgk laki ke pompuan. tak nampak...dia sembunyi.

Isteri keduaku Siti Hajar turut ikut ke klinik. Lepas kakak dia, dia pulak check. Migrain dah 2 hari. maklumlah...musim panas. Kena jaga site plak tu. Apa lagiii.MC la. Siti, Allah belum izin untuk mengandung lagi. Pernah keguguran sebelum ini. InsyaAllah, satu hari nanti...

Namun, kerenah 4 anak tu dah cukup untuk meletihkan ummi Siti. Kesian. Tak cukup mulut Ummi Siti jawab soalan tanpa henti anak-anak. Maklum la..nak membesar. banyak le soalan nya. "brung apa tu ummi? ..burung murai. burung apa?? burung muraii.. he he.

Kepada keluarga abang. marilah kita syukuri nikmat kebahagiaan yang Allah pinjamkan kepada kita. Ingatlah kebahagiaan yang sebenarnya ialah apabila kita ditempatkan di Syurga Allah dan kebahagiaan apabila diizinkan untuk melihat Allah.

Musailamah AlKazzab

Pada tahun ke 9 Hijrah, Islam telah mula bertapak kukuh dan kuat. Pada ketika itu kabilah-kabilah Arab dari seluruh pelusuk telah berpusu-pusu datang membai'ah Rasul di Madinah. Termasuk dalam kelompok itu ialah utusan dari Bani Hanifah yangberasal dari pergunungan Najed.

ketika sampai dipinggir Madinah, seorang anggota kumpulan menawarkan diri untuk menjaga barang-barang dan haiwan yang mereka bawa sedang yang lain pergi bertemu Rasulullah. Beliau ialah Musailamah bin Habib.

Setelah selesai pertemuan bersama Rasulullah, ketika dalam perjalanan pulang, Musailamah yang tidak langsung bertemu nabi menyatakan bahawa beliau adalah nabi utusan Allah sepertimana Muhammad juga utusan Allah.

Seluruh kaum Bani Hanifah menyokong Musailamah dengan berbagai alasan, tetapi alasan yang paling menonjol adalah sikap fanatik, sehingga ada yang berkata:

"Aku bersaksi bahawa Muhammad itu benar dan Musailamah adalah pendusta, tapi aku lebih menyukai pendusta dari kabilah Rabi'ah (kabilah besar moyang Musailamah) daripada orang yang benar dari kabilah Mudhar (Kabilah Rasulullah)".

Rasulullah kemudiannya menggelarkan Musailamah dengan Musailamah Al-Kazzab (Musailamah si-pendusta)

Pengikut-pengikut Musailamah ini kekal hingga ke hari ini, walaupun tidak wujud secara zahir, namun perangainya masih kekal. Kita biasa mendengar perkataan-perkataan sebegini..." aku bukan tak tau depa tu betul..tapi ni melayu (bangsa) punya pasal..atau.. ni projek punya pasal..."

Tak ke sama dengan puak-puak penyokong Musailamah si pembohong tu??

Wednesday, August 12, 2009

Sanggup terjun ke dalam neraka

Didalam satu hadith. Rasululah S.A.W menjelaskan mengenai hari pendedahan yang akan dilakukan Allah S.W.T terhadap hambaNya diakhirat kelak, sehinga ada dikalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan dikhalayak ramai dan tidak juga didedahkan dihadapan Allah. Mereka juga tidak sangup menanggung malu yang amat sangat.

Sesetengah dari mereka menganggap lebih baik mereka dicampakkan terus ke dalam neraka, asalkan tidak didedahkan segala perbuatan mereka yang keji dan hodoh. Rsa malu yang tidak tertanggung bakal dirasai, apabila keaiban dirinya menjadi tontonan orang ramai yang berada di padang Masyar tersebut....

...demikianlah keadaan gawat yang berlaku di Padang Masyar apabila Allah melaksanakan sessi yaumul 'Ardh.

Petikan dari buku Bertemu janji Allah karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuesday, August 11, 2009

Aircond cancer???

Do not turn on A/C immediately as soon as you enter the car!




Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the

air-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard,

sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note

of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons

your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure

will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage.



Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq ft. A car parked indoors with

the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors

under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up

to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level... & the people inside the car will

inevitably inhale an excess amount of the toxins.



It is recommended that you open the windows and door to give time for

the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your

kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan…

Setelah setahun berlalu, tidak lama lagi Ramadhan datang kembali mengubat kerinduan dihati setelah sekian lama ia melangkah pergi. Sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan? Persiapan mental dan fizikal kita agar setiap rahmat dibulan Ramadhan dapat dikutip semuanya walaupun hanya sedetik.

“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Imam Bukhari)

Ayuh kita sama-sama mempersiapkan diri. Bukannya bermula di 1 Ramadan, tapi bermulanya di bulan Sya’ban. Agar bias berjuang di bulan berkah dengan kekuatan rohani dan jasmani yang luar biasa. Amatlah kecil perjuangan kita jika dibandingkan Rasullullah dan para sahabat suatu ketika dahulu. Di bulan Ramadan inilah banyak membuka ruang-ruang pintu buat umat Islam.

10 Ramadhan 8 Hijrah, Pembukaan Kota Makkah

Rasulullah keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah bagi membebaskannya dari Kemusyrikan. Usaha berhasil gemilang tanpa melalui peperangan.

17 Ramadhan 2Hijrah, Perang Badar

Perang yang membawa kemenangan besar buat umat Islam meskipun jumlah dan peralatan perang jauh daripada kemampuan pihak kuffar.


25 Ramadhan 658 Hijrah, Perang ain Jalut

Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.


28 Ramadhan 92 Hijrah, Penaklukan Wulayah Andalus

Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripada tentera musuh.


5 Ramadhan terakhir

Khalid Al Walid memusnahkan patung al-uzza di Nakhla.


Ramadhan 459 Hijrah, Peperangan Zallaqah, Portugal

Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera Kristian pimpinan al-fonso IV. Dalam masa yang singkat, Sultan Yusuf menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

15 Ramadhan 658 Hijrah, Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol

Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khhan Berjaya mengalahkan tentera Monggol di ain Jalut.

15 Ramadhan 1294 Hijrah, Peperangan Yakhliz

Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740 ribu. Umat Islam Berjaya mempertahankan Islam yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Hebatnya generasi Islam terdahulu, hingga sampai kepada kita sekarang..Mengapa kita masih lagi beralasan untuk melakukan amalan ketika berpuasa? Sesungguhnya puasa itulah yang mmberi kekuatan buat kita, jika kita benar-benar menghayatinya…

Ayuh kita beramal… “Berburu pahala ketika Ramadhan..”…




Abu Darda'

Perkatan Abu Darda' yang sentiasa meruntun hati dan jiwaku.

Ketika Abu Darda' mendapati pekrjaannya sebgaai pedagang telah sedikit sebanyak merosakan nikmat beribadah dan sering menjadi halanganuntuk menuntut ilmu, maka tanpa ragu-ragu atau menyesal, dia meningalkan kerjaya tersebut.

Ada yang mempertikaikan keputusan tersebut. Abu Darda' menjawab: "Sebelum kedatangan Rasululah S.A.W., aku adalah seorang pedagang. Setelah memeluk Islam, aku cuba untuk mengabungkan niaga dan ibadah, tapi hasilnya tidak memuaskan sehingga aku memilih untuk meningalkan kerjayaku sebagai pedagang dan mengabdikan diri pada ibadah".

"Demi dzat yang jiwa Abu Ad-Darda' berada ditangan-Nya.Kini. aku tidak ingin (walaupun) kedai dekat pintu masjid, sehingga tidak pernah tingal solat jemaah, lalu dari usahaku dapat menghasilkan keuntungan 300 dinar setiap hari".

Lalu Abu Darda' memandang orang yang bertanya kepadanya sambil berkata, "ini bukan bererti aku berpendapat bahawa Allah S.W.T. melarang jual beli. Tapi, aku tidak ingin menjadi orang yang tidak mengingati Allah kerana asyik dengan berniaga dan urusan jual beli".

Petikan dari buku 65 Manusia Langit (perjalanan hidup para sahabat) tulisan Dr Abdurrahman Ra'fat Al-Basya.

Monday, August 10, 2009

This is an interesting work of art..........................

This 'really' awesome story begins from here till it ends below..... Slowly scroll downwards and enjoy .....






























HUMAN BEINGS ARE SUCH SMALL CREATURES, AREN'T THEY?

SO DON'T BE TOO WORRIED ABOUT EVERYTHING,

TREASURE EVERY MOMENT, DO WHAT YOU WISH TO DO.....

BROADEN YOUR VIEW, BROADEN YOUR MIND,

DON'T WORRY TOO MUCH ABOUT THINGS THAT ARE BOTHERING YOU,

DO TREASURE YOUR LOVED ONES, LIVE SAFELY AND PEACEFULLY,

ALWAYS BE HAPPY TO WELCOME THE COMING OF THE NEW Day....... ENJOY THE SUNSHINE ...

ALWAYS LOOK AT THE BRIGHTER SIDE OF THINGS.....Be POSITIVE BE CONFIDENT


dipetik dari idhamlim.blogspot.com