Rujukan: Kitab Khususiyyaatu yaumul jumu’ah oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Suyuthi Rahimallah (Imam As-Suyuthi), huraian oleh Al-ustaz Muhammad Riyadh Al-Malih dan diterjemah oleh Hj Muhammad Nur Lubis terbitan Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam dengan tajuk 100 keistimewaan malam & hari Jumaat.
1. Solat Subuh berjemaah
Dari Abu Ubaidah al-Jarrah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Tidak ada daripada mana-mana sembahyang yang paling afdhal daripada sembahyang Suboh pada hari Jumaat secara berjemaah dan saya berpendapat bahawa tidak ada sesiapa yang menghadirinya di antara kamu melainkan dia memperoleh keampunan” (At-thabarani)
2. Membaca surah Al-Kahfi pada siangnya
Dari Ibnu Umar r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat”
3. Membaca surah Al-Kahfi pada malamnya
Dari Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud) “sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah”
4. Memperbanyakkan sedeqah
Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka,ab r.a, katanya:
(bermaksud) “Bersedeqah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya”
5. Membaca surah Ad-Dukhaan
Dari Abu Hurairah r.a, katanya, “Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) “sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-dukhaan’ pada malam Jumaat, dia akan diberi keampunan” (Tarmizi).
Abu Umamah r.a, katanya “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat atau hari Jumaat, Allah membina sebuah rumah baginya di syurga” (At-Thabarani)
6. Membaca surah Yasiin pada malam Jumaat
Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Haa Miim Addukhaan’ dan ‘yasiin’ jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni” (Al-Baihaqi)
7. Zikir memohon ampun sebelum suboh hari Jumaat
Dari Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani)
8. Memperbanyakkan selawat
Abu Umamah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku” (Al-Baihaqi)
2 comments:
semoga kita terus mpraktikkan amalan mengikut panduan sebegini.....
mari perbanyakkan amalan
Post a Comment