Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Thursday, April 8, 2010

Riya'

oleh: SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR

Orang yang RIYA’ mempunyai 3 ciri:
* Dia menjadi pemalas apabila bersendirian
* Dia menjadi rajin apabila di hadapan orang ramai
* Dia akan menambah amalannya apabila dipuji, dan berkurangan amalannya apabila diejek.
Sheikh Ibnu Uthaimin rahimahullah berkata meninggalkan sesuatu amalan kerana takut orang kata RIYA’, itu juga RIYA’.

Muslimin-muslimat sekalian,
RIYA’ lebih ditakuti Nabi sallAllahu alaihi wasallam menimpa ummatnya berbanding fitnah Dajjal dikategorikan sebagai dosa syirik khofiy (tersembunyi) .

Amalan-amalan insan akan sia-sia, malah akan dihinakan ALLAH Azza wa Jalla pada Hari Akhirat nanti jika amalan insan disertakan dengan RIYA’. Malah antara faktor kehancuran ummat ini juga disebabkan oleh RIYA’ kerana manusia sibuk berbuat amalan dan kebajikan bukan kerana ALLAH, tapi kerana kepentingan diri sendiri.

Ya, RIYA’ mempunyai implikasi negatif yang sangat besar pada kita semua sebagai muslim. Justeru, kita mesti cuba untuk menjauhi dari sifat jelek ini singgah bersarang di dalam hati. Kita semua tidak dapat lari dari serangan penyakit RIYA’ ini seandainya tidak bersedia dengan iman yang teguh dan ilmu.

Sheikh Yazid Abdul Qadir Jawwas dalam kuliahnya telah menyenaraikan beberapa cara yang dapat dijadikan ubat bagi mengubati penyakit RIYA’ di dalam hati:
* Mengetahui tentang ilmu tauhid iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat, supaya benar-benar kenal ALLAH.
* Mengetahui tentang nikmat yang abadi dan azab yang dahsyat di akhirat nanti. Supaya kita tidak mengharapkan balasan dan ucapan terima kasih serta perhatian dari manusia, dan juga cercaan mereka.
* Takut, awas dan ingat supaya tidak jatuh dalam RIYA.
* Menjauhi diri dari celaan ALLAH.
* Memahami kedudukan kita sebagai hamba kepada ALLAH. Supaya kita dapat membulatkan hati dalam ibadah kepada Yang Maha Memiliki Segalanya.
* Mengetahui hal-hal yang dapat menjauhkan syaitan. Membaca dzikir, surah al-Baqarah, ayat al-Kursiy dan mu’adzzatain. Kerana Syaitan banyak menggoda hati manusia tergelincir dan rosak amalan.
* Menyembunyikan amalan.
* Tidak peduli pujian dan celaan manusia.
* Berdoa memohon agar ALLAH pelihara dari RIYA yang merupakan dosa syirik.

Moga mesej yang ringkas ini bisa mengetuk hati dan jiwa kita dalam memperbaiki amalan-amalan kita. Marilah sama-sama kita belajar untuk mengikhlaskan hati semata-mata kerana ALLAH subhanuwata’ala dan memelihara kita dengan hidayah dan taufiqNYA, amin.


No comments: