Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Wednesday, April 14, 2010

Kerajaan pusat dirayu tak naikkan tol jambatan


Kerajaan Pulau Pinang merayu kerajaan pusat supaya tidak menaikkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang memandangkan syarikat konsesi telah memperolehi keuntungan daripada kutipan tol jambatan itu.

NONEKetua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna.

"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di Georgetown, hari ini.

Penang Bridge Sdn Bhd adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dengan tempoh konsesi selama 25 tahun, berakhir pada 2018.

Sementara itu, pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang Datuk Lee Kah Choon mengumumkan pelantikan Loo Lee Lian, 49, sebagai pengurus besar Invest Penang berkuatkuasa Khamis ini.

Loo yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri pembuatan dilantik bagi menggantikan Wan Zailena Mohd Noordin yang ditukarkan ke Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

- Bernama

Monday, April 12, 2010

Jangan jadi seperti bangkai pada waktu malam



BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:


إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”

Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.

Imam Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”

Dr Yusuf Qardawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:

“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”

SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES

Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujong malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له


“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”`

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.

Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggapla masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya. Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.

KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه


“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh, apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?

BELENGGU DOSA

Fudail bin Iyad berkata:

إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك


“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjagauntuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.

PASANGAN YANG BERTHAJJUD

Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين


“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena ushakan subuh dahulu barulah tahajud.

SUBUH PUN MASIH LEWAT

Bila sebut pasal subuh awal ni, amat duka cita kerana masih terdapat ramai yang kelewatan subuh. Lebih sedih kerana terjadi pada ramai mahasiswa agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program agama. Ini adalah termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik namun melupai diri. Boleh rujuk dalam artikel ini. Ibnu Mas’ud berkata:

إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن


“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”

TIPU DAYA SYAITAN

Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri)tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud. Aisyah berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه


“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى


“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.

Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.

MAHAR BIDADARI

Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “ Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.” Beliau bertanya “Apa maharnya?” Bidadari menjawab “ Lama tahajjud.”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalim tirai sejak 500 tahun.”

KESIMPULAN

TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG2 KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMAADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99.

“OH TUHAN TERIMA LAH TAUBAT KAMI, JAUHKAN KAMI DARI DOSA DAN LAYAKKAN KAMI UNTUK BERMUNAJATMU DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR DENGAN IKHLAS.”

Rujukan: Al-Muntaqa oleh Qardawi, Lataiful Ma’arif oleh Ibnu Rajab, Sahih Bukhari dan Targhib wat Tarhib oleh Munziri.

13 sebab undi dacing.

APCO : Adakah 1Malaysia & 1Indonesia satu kebetulan..??

dari blog : http://milosuam.blogspot.com

Baru-baru ini kita digemparkan dengan persamaan konsep 1 Malaysia dengan 1 Israel. Konsep 1 Malaysia dikatakan hasil nasihat dari Yahudi APCO kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep 1 Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999. Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1 Malaysia. Tetapi adakah kita boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari Yahudi APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti 1 Israel dan 1 Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia. Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1 Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan"Adakah sekadar kebetulan? Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib!

Sila lihat gambar dibawah ini konsep 1 Malaysia dan 1 Indonesia begitu serupa


Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO


Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link iniwww.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf
Persoalan yang timbul dari persamaan ini:
  1. Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
  2. Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
  3. Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1 Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
  4. Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
  5. Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1 Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?

Thursday, April 8, 2010

Kisah Ayat Kursi

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. Untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu
berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya. '

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali karena Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia dating untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali. Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia dating mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'

Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. Bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya. ' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'

Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)

oleh: lenggang kangkung

Riya'

oleh: SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR

Orang yang RIYA’ mempunyai 3 ciri:
* Dia menjadi pemalas apabila bersendirian
* Dia menjadi rajin apabila di hadapan orang ramai
* Dia akan menambah amalannya apabila dipuji, dan berkurangan amalannya apabila diejek.
Sheikh Ibnu Uthaimin rahimahullah berkata meninggalkan sesuatu amalan kerana takut orang kata RIYA’, itu juga RIYA’.

Muslimin-muslimat sekalian,
RIYA’ lebih ditakuti Nabi sallAllahu alaihi wasallam menimpa ummatnya berbanding fitnah Dajjal dikategorikan sebagai dosa syirik khofiy (tersembunyi) .

Amalan-amalan insan akan sia-sia, malah akan dihinakan ALLAH Azza wa Jalla pada Hari Akhirat nanti jika amalan insan disertakan dengan RIYA’. Malah antara faktor kehancuran ummat ini juga disebabkan oleh RIYA’ kerana manusia sibuk berbuat amalan dan kebajikan bukan kerana ALLAH, tapi kerana kepentingan diri sendiri.

Ya, RIYA’ mempunyai implikasi negatif yang sangat besar pada kita semua sebagai muslim. Justeru, kita mesti cuba untuk menjauhi dari sifat jelek ini singgah bersarang di dalam hati. Kita semua tidak dapat lari dari serangan penyakit RIYA’ ini seandainya tidak bersedia dengan iman yang teguh dan ilmu.

Sheikh Yazid Abdul Qadir Jawwas dalam kuliahnya telah menyenaraikan beberapa cara yang dapat dijadikan ubat bagi mengubati penyakit RIYA’ di dalam hati:
* Mengetahui tentang ilmu tauhid iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat, supaya benar-benar kenal ALLAH.
* Mengetahui tentang nikmat yang abadi dan azab yang dahsyat di akhirat nanti. Supaya kita tidak mengharapkan balasan dan ucapan terima kasih serta perhatian dari manusia, dan juga cercaan mereka.
* Takut, awas dan ingat supaya tidak jatuh dalam RIYA.
* Menjauhi diri dari celaan ALLAH.
* Memahami kedudukan kita sebagai hamba kepada ALLAH. Supaya kita dapat membulatkan hati dalam ibadah kepada Yang Maha Memiliki Segalanya.
* Mengetahui hal-hal yang dapat menjauhkan syaitan. Membaca dzikir, surah al-Baqarah, ayat al-Kursiy dan mu’adzzatain. Kerana Syaitan banyak menggoda hati manusia tergelincir dan rosak amalan.
* Menyembunyikan amalan.
* Tidak peduli pujian dan celaan manusia.
* Berdoa memohon agar ALLAH pelihara dari RIYA yang merupakan dosa syirik.

Moga mesej yang ringkas ini bisa mengetuk hati dan jiwa kita dalam memperbaiki amalan-amalan kita. Marilah sama-sama kita belajar untuk mengikhlaskan hati semata-mata kerana ALLAH subhanuwata’ala dan memelihara kita dengan hidayah dan taufiqNYA, amin.


Tuesday, April 6, 2010

Nabi Isa a.s dengan orang mabuk cinta

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Friday, April 2, 2010

KEANEHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN SIDANG DUN PERAK

oleh: Misbahul Munir http://misabah.blogspot.com


Persidangan DUN Perak kali ini lebih memperlihatkan keanehan dan kepincangan. Berlaku pelanggaran peraturan yang tidak sepatutnya berlaku. Ganesan sebagai Speaker yang dipertikai cuba mengguna kuasa mengendalikan perjalanan sidang. Ternyata Ganesan gagal mengendali dengan bijak dan baik.

Sejak awal lagi Ganesan melakukan kesilapan besar. Ia bermula dengan penolakan 216 soalan lisan dan bertulis atas alasan soalan-soalan tersebut tidak diemailkan. Sedangkan tidak ada peraturan dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak bahawa soalan-soalan mesti dihantar melalui email. Dalam Perintah-perintah Tetap 22 (2) jelas menyebut bahawa setiap soalan yang ingin dikemukakan oleh ahli dewan hendklah diserahkan soalan tersebut dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh sidang dengan menyerahkan kepada pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat. Semua soalan-soalan tersebut dihantar mengikut peraturan. Di sinilah bermulanya pelanggaran peraturan yang memberangkan semua Adun PR.

Ganesan juga mengeluarkan surat arahan kepada para Adun supaya memasuki bangunan SUK dan Dewan Persidangan yang berbeza waktu antara Adun PR dan BN. Adun BN dibenarkan memasuki bangunan SUK dan Dewan Persidangan lebih awal sedikit berbanding Adun PR. Penggunaan lift dan pintu masuk dewan juga diasingkan antara PR dan BN. Pintu masuk BN tidak diperiksa dengan ketat dan tidak di scan, pintu masuk PR dikawal dengan ketat dan discan.

Ganesan juga membenarkan pasukan polis yang begitu ramai berkawal di luar bangunan SUK, dalam bangunan dan juga dalam dewan persidangan. Ganesan sendiri di kanan kirinya sejumlah anggota polis yang ramai berpakaian preman mengawalnya dengan ketat. Suasana ini cukup tidak mententeramkan dan menyelesakan Adun PR.

Ganesan tidak menghormati "Standing Order" (Perintah Tetap). Dalam amalan mana-mana persidangan di Dewan Rakyat atau DUN, mana-mana Adun yang merujuk Standing Order dengan menyebut "point of order", Dewan hendaklah memberi peluang kepada Adun tersebut untuk membacakan mana-mana fasal berkaitan dengan isu yang mahu dibangkitkan. Ganesan melakukan pelanggaran besar apabila tidak mengindahkan YB Pantai Remis yang menyebut "point of order" dalam perkara yang berkaitan dengan perlantikan Speaker. Ganesan sepatutnya memberi peluang YB Pantai Remis berhujjah, dan beliau boleh menjawab hujjah tersebut.

Pelanggaran yang paling besar sekali yang dilakukan oleh Ganesan ialah memendekkan tempoh soal jawab lisan untuk berpindah ke agenda pembentangan Rang Undang-undang mendahului perbahasan Titah Tuanku. Inilah isu besar yang mengundang kemarahan Adun PR. Beberapa Adun PR cuba membetulkan supaya agenda perbahasan Titah Tuanku hendaklah didahulukan selepas selesai soal jawab lisan. Adun PR merujuk Perintah Tetap 13 (1), Ganesan dengan nada sombong dan angkuh tetap tidak mahu menerima teguran Adun PR, dan terus mahu Pembentangan Rang Undang-undang dibentangkan. Kesombongan dan keangkuhan hanya mempamerkan kebodohannya sebagai seorang Speaker.

Inilah isu yang menyebabkan semua Adun PR mengambil tindakan keluar dewan sebagai protes di atas kesombongan dan keangkuhan Speaker haram Ganesan. Tindakan ini dilihat oleh PR sebagai satu penghinaan dan biadab terhadap Tuanku yang bertitah semalam. Adun PR bimbang sekiranya Rang Undang-undang telah dibentang, dewan akan ditangguhkan oleh Speaker tanpa ada perbahasan Titan Tuanku. Sidang 7 Mei 2009 yang lalu telah berlaku, sidang ditangguhkan begitu sahaja tanpa disambung semula bagi membahaskan Titah Tuanku.

Media arus perdana UMNO BN memberi gambaran yang cukup buruk kepada PR, sedangkan hakikatnya merekalah yang melanggar peraturan dan tidak menghormati hak adun untuk berbahas di dewan. Pembesar suara juga ditutup setiap kali Adun PR mahu mulakan ucapan.

Strategi menghalang orang ramai mengikuti sidang dan menghalang para wartawan membuat liputan melainkan media yang dikuasai oleh UMNO BN ternyata berjaya menutup isu yang sebenar yang berlaku dalam dewan. Media mereka sahaja yang membuat liputan, sudah tentulah laporannya berat sebelah.

Rakyat tidak tertipu dengan propaganda ini, bermula dengan rampasan kuasa dan isu dalam sidang, rakyat Perak semakin benci dengan UMNO BN.

Thursday, April 1, 2010

Fatwa-Fatwa Ke Atas April Fool

April Fool telah menjadi satu fenomena yang melanda keseluruhan pelosok dunia. Ia disambut dengan melakukan pelbagai penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Hakikatnya, ia adalah satu budaya yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Apakah pandangan Islam tentang hal ini? Tulisan ini akan membawakan fatwa-fatwa ulama’ tentang hal tersebut:


Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.



Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Teks Penuh Fatwa DR Yusuf Qaradawi mengenai kes DSAI


Kes Fitnah Anwar: Teks Penuh Terjemahan Fatwa Dr Yusuf Untuk Sebaran.

Mengenai Kes Fitnah (liwat) Anwar Ibrahim

Soalan:

Bolehkah Syaikh jelaskan kedudukan kes fitnah serta pertuduhan keatas sdr Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dimana ianya dilakukan tanpa bukti dan saksi. Apakah pandangan syara’ mengenai hal ini? baca seterusnya: LINK.

Sayyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.


Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.


Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh. Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat, sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.


Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya. Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.


Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya. Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata: "Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi tersebut. Melihatkan hal tersebut Sayyidah Nafisah memberitahu itu semua adalah kehendak dan izin Allah semata-mata.


Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:


" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini."


Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.


Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat menyentuh perasaan bagaimana dengan air wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.


Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi wanita akhir zaman ini


Kewajiban Kita Menyelamatkan Al-Aqsa dan Mengembalikan Palestin oleh Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 18-03-2010

Segala puji hanya milik Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw beserta keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya..

Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama Umat Islam, masjid suci ketiga dan tempat Isra’ Rasulullah saw. Dari sini tempat baginda Mi’raj (naik) ke langit tertinggi. Palestin adalah peninggalan Nabi Muhammad kepada kita, amanah Umar di dalam tanggungan kita, perjanjian Islam di bahu kita.

Justeru Palestin dan Al-Quds adalah sebahagian dari akidah umat Islam. Pengabaian dalam hal ini bererti pengabaian dalam mendokong kitab Allah, warisan Rasulullah dan para nabi lainnya, tamadun umat dan akidahnya. Melepaskan sebahagian tanahnya kepada Yahudi atau kepada lainnya, atau setidak-tidaknya mengakui hak selain orang Islam ke atasnya, maka hal itu adalah haram sama sekali kerana tanahnya bukan milik individu, kelompok atau negara tertentu setelah Palestin ditakluki oleh kaum muslimin dan Allah menetapkannya untuk kita. baca seterusnya.

CIGARETTES may contain traces of pigs' blood


www.heraldsun.com.au

(AAP) CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".

University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.

Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.

"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.

"It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes ... they say 'that's our business' and a trade secret."

The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.

Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".

This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.

At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.

"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.

The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.

A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.

http://www.heraldsun.com.au/news/breaking-news/cigarettes-may-contain-pigs-blood/story-e6frf7jx-1225847538778

http://www.news. com.au/national/ cigarettes- may-contain- pigs-blood/ story-e6frfkvr- 1225847653290