Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Friday, January 29, 2010

TG Nik Aziz dakwah rakan-rakan pakatan untuk terima Islam

Bila Allah dah buka ruang dan jalan begini, pakat-pakat buat kerja dakwah la. main peranan masing-masing untuk bagi maklumat sebaik mungkin tentang Islam kepda teman-teman dalam PR. Jangan sampai nanti Allah tarik balik peluang ini.


KOTA BHARU 28 Jan. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus berdakwah kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang sehingga mereka menerima dasar Islam yang diperjuangkan parti itu.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana penerimaan sekutunya terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana pakatan yang dibentuk itu masih terlalu awal.

“Bila Pas ada bersama Insya-Allah kita akan berdakwah, Pas sebagai orang tua akan menyampaikan kerana kami bawa Islam, kami bertanggungjawab, pandai-pandai lah kita buat... tidak boleh buat tidak tentu pasal.

“Berjaya atau tidak berjaya nanti dulu, ini baru setahun jagung mana boleh tahu berjaya atau tidak... pandailah kami buatnya, Nabi Muhammad perlu masa 23 tahun, usahkan Nik Aziz,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mahabbah Kerajaan Negeri bersama Ketua-Ketua Agama di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Biskop Ng Moon Hing; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr. Mohd. Fadhli Hassan.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 300 ketua agama Buddha, Kristian, Hindu dan Tao dari seluruh negara. Ia diadakan bagi memupuk semangat harmoni di antara kerajaan negeri dengan penganut-penganut agama tersebut.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sepatutnya tidak perlu parti politik melibatkan orang Melayu dan Islam di negara ini kerana agama itu telah meliputi semua aspek. [utusan]

No comments: