Nizar Jamaluddin Cedera Akibat Kemalangan Jalan Raya
Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya.
Kejadian berlaku di Ipoh, Perak jam 9.30 pagi tadi di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini.
Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.
Menurut pembantu peribadinya, Amran Harun, semasa kejadian, Nizar yang memandu sendiri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.
Katanya, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu hanya mengalami luka-luka di bahagian siku kanan walaupun kenderaannya rosak teruk.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kini dirawat di Hospital Tuanku Bainun Ipoh.
Lagi gambar-gambar kemalangan tersebut.
Adik kepada Dato' Seri Mohd Nizar
Dato' Dr. Hj. Fazli Cheah (bertali leher), seorang doktor pakar bedah,suami kepada pemandu kereta Volvo.
Gambar:wartasgrapat
No comments:
Post a Comment