Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Wednesday, July 14, 2010

Kenyataan Akhbar MB Selangor isu pasir

KENYATAAN AKHBAR

12 JULAI 2010

MEDIA DIBERI MAKLUMAT SALAH MENGENAI PERLOMBONGAN HARAM DI KUALA LANGAT

SHAH ALAM: Laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini
adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pasti
gambar ini diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung
Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit
Canggang.

Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala
Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja
Raya, Jabatan
Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan
pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

Kelulusan dari jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining
Scheme) dan
Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.

Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati
dengan EMP yang
disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB
tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands.

Syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar
laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan
melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah
disediakan untuk
memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini
adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG.

Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti
yang dilaporkan oleh akhbar.

Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula
sedang dalam proses pembersihan kawasan.

Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng
Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir
telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya 10 juta tan pasir
bernilai RM220 juta sepertia yang dilaporkan akhbar.

Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu
seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan
lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan
10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan
kejadian curi
pasir. Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri
tidak terus kerugian.

Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh
Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan
termasuklah
memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.

Kita juga berharap pihak media lebih berhati-hati dengan fakta yang diberikan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negeri akan terus menambah
baik perlombongan pasir yang menjadi sumber untuk agenda Merakyatkan Ekonomi
Selangor.

YAB TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: