Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Sunday, July 25, 2010

Solat Ubati Penyakit Kritikal

Kajian oleh Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat: azaminamin@yahoo.com )

Tuesday, July 20, 2010

Pakatan akan lancar tabung RM20 juta untuk PRU 13

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Pakatan Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (Tiram) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pengerusi Tiram, Datuk Husam Musa berkata, pelancarannya akan dibuat 7 Ogos ini di Stadium Melawati Shah Alam di mana semua pemimpin kanan Pakatan dijangka menyertai majlis ini.

"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam kepada Harakahdaily.

Pelancaran ini dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM20 juta.

Mei lalu Husam pernah menyatakan hasrat mengumpul dana RM20 Juta bagi menawan Putrajaya.

Ilham itu diperolehinya setelah dia didakwa berjaya menggunakan peruntukan RM4 juta menyingkir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan melemahkan Umno Kelantan pada pilihan raya umum 2008.

Tuduhan tersebut dibuat bekas pembantunya, Syed Azidi Aziz atau lebih dikenali dengan nama Kickdefella.

"Kalau sebelum ini orang tuduh saya belanjakan RM4 juta untuk menghadapi pilihan raya 2008...terbukti dalam pilihan raya itu kita berjaya walaupun tuduhan itu tidak semestinya betul.

"Sekarang kita akan kumpulkan RM20 juta untuk ke Putrajaya," katanya lagi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan sebelum ini juga membuat penjelasan bahawa PAS atau kerajaan negeri tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4 juta seperti yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri tersebut.

Malah PAS sejak dari dulu mendapat bantuan kewangan dari sumbangan ahli-ahli mereka untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Monday, July 19, 2010

Penyelarasan Semula Subsidi: Siapa Untung ?

Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinyaRM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .

6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .

12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .

Friday, July 16, 2010

SATU PROJEK MENIPU SELURUH MALAYSIA







KENYATAAN AKHBAR
16 Julai 2010












KENAIKAN HARGA: TIDAK PRIHATIN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia

Thursday, July 15, 2010

PAS sudah tolak berunding dengan Umno: TGNA

3 Syaaban 1431 H

Oleh: Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.

Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-Fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan “maliki yaumiddin” yang bermaksud hari agama, hari berlakunya pembalasan mengikut neraca agama. Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak.

Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi.

Wallahu’alam.
YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Tahniah TGNA tersenarai antara 50 dari 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia, Tahun 2009


3 Syaaban 1431 H
Oleh: KALIMAJARO I

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi kondisi kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan banyak orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politisi, cendikiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal luas di dunia internasional, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Dalam daftar 500 Muslim yang dianggap paling berpengaruh di dunia, terdapat sejumlah nama tokoh Muslim dari Indonesia, antara lain Profesor Doktor Din Syamsuddin, pimpinan Muhammadyah, dai kondang Abdullah “AA Gym” Gymnastiar dan Dr KH Ahcmad Hasyim Muzadi, pimpinan Nahdlatul Ulama.

Ketiga tokoh Muslim Indonesia itu bahkan masuk dalam jajaran 50 tokoh peringkat teratas diantara 500 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Dua tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam buku “The 500 Most Influential Muslim 2009″adalah penulis dan tokoh sastra Indonesia, Helvy Tiana Rosa, pengusaha Muslim Haidar Bagir-pendiri dan direktur penerbitan buku Mizan, Ustadzah kondang Tutty Alawiyah bahkan Abdurahman Wahid (Gus Dur), Susilo Bambang Yudhoyono dan sejumlah tokoh Muslim yang di Indonesia justeru kerap menimbulkan kontroversi dan pengusung Islam liberal, misalnya tokoh feminis Musdah Mulia yang juga masuk dalam daftar di buku tersebut.

Berikut adalah Daftar 50 Tokoh dari Daftar 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia :

His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan
His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey
His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf
His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque
Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars
His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt
His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood
Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
Amr Khaled, Preacher and Social Activist
Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan
His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia
Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims
His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces
Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University
His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey
Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars
Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement
His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order
Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen
Khaled Mashaal, Leader of Hamas
Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia
Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-Hind, India
Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE
Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina
His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference
General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran
Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh
Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide
His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization

Wednesday, July 14, 2010

Perkara yg diharuskan mengumpat


Oleh: AKHISALMAN

Mengumpat adalah perkara yg dilarang melainkan pada salah satu berikut:

1. Dizalimi.
Maka harus seorang yg dizalimi mengadu kepada org yg boleh menghukum atau mengubah kezaliman yg dialami. Org yg dizalimi boleh menyebut kezaliman yg berlaku kpd org yg berkuasa.

2. Mencegah kemungkaran.

Harus minta tolong org lain dgn menyebut keburukan dan kejahatan seseorang manusia dgn tujuan untuk mengubah kemungkaran tersebut dan mengembalikannya kepada syariat Islam.

3. Minta Fatwa.
Harus seseorang itu menyebut keburukan seseorang dihadapan hakim atau org alim untk meminta fatwa atau penjelasan hukum. Ini berdasarkan kpd Hadis berikut:

Hindun bin 'utbah berkata: Sesungguhnya Abu sufyan seorang laki yg amat kedekut kerana dia tidak memberi secukupnya nafkah untk ku dan anakku. Adakah boleh aku mengambil duitnya tanpa pengetahuannya? Nabi menjawab:
(خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف)
Maksudnya: Ambillah duitnya sekadar untk keperluanmu dan anakmu dgn baik.(HR Bukhari dan Muslim)

4. Memberi peringatan pd org Islam.
Boleh memberi peringatan pd org Islam lain dgn menyebut kejahatan seseorang yg boleh memberi kemudaratan org tersebut. Cntohnya seperti org dmnta nasihat untuk memilih jodoh, untk mengamanahkan sesuatu dan lain2.

5. Gelaran seseorang.
Jika seseorg tu terkenal dgn sesuatu gelaran yg xelok seperti pendek mk boleh menyebut nama tersebut utk mengenalinya.

6. Org yg buat jahat secara terang2.
Boleh mengumpat org tak malu buat jahat di halayak ramai.

sumber: http://idhamlim.blogspot.com

Fitnah Utusan dangkal dan berakarkan kebencian

anwaribrahimblog.com


Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa’i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya.

Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan.

Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulakan satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian.

Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahut-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.

Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato’ Sri Najib Razak.

CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang ‘Connect The World’ merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya.

Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka.

Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

Harakahdaily/-

Selamat Tinggal BN kerana Saman Ekor


From:
Suara Rakyat

Rakyat faham polis tertekan isu saman ekor. Rakyat hanya minta pemimpin negara berbincang dengan polis penyelesaian terbaik isu saman ekor. Bukan rakyat tak nak bayar, rakyat mohon pertimbangan. Jangan nanti BN tumbang hanya semata-mata kerana isu saman ekor. Yang Najib kata jangan pertikai saman ekor, yang Hishamuddin pula kata minta polis, JPJ timbang saman ekor. Entahlah, bye bye BN.

Yang rakyat pertikaikan ialah :
1. Ketelusan saman ekor, adakah pemandu yang bersalah pemilik sebenar kenderaan ?
2. Kenapa perlu senarai hitam untuk perbaharui cukai jalan ?
3. Kalau notis saman tidak sampai kepada pemilik kenderaan kenapa tidak dibuat rangkaian dengan JPJ, JPN, Bank dan sebagainya untuk mempastikan notis saman sampai kepada pemilik kenderaan ?
4. Bagaimana pula dengan yang disaman plet kenderaan palsu ?
5. Kenapa tidak dihantar bersama notis saman gambar kenderaan yang ditangkap oleh kamera saman ekor ?

Rakyat faham, polis trafik hanya mengikut arahan. Arahan datang dari atas, dari Menteri Dalam Negeri, Menteri dapat arahan dari Perdana Menteri.

*********************
JANGAN PERTIKAI SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 11 Julai 2010

PUTRAJAYA 10 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta orang ramai tidak mempertikaikan tindakan saman ekor kerana ia dikuatkuasakan untuk memastikan supaya mereka lebih bertanggungjawab di jalan raya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

HISHAM MINTA POLIS, JPJ TIMBANG SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 11 Julai 2010
SUNGAI SIPUT 10 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu mempertimbangkan alasan orang ramai yang tidak menerima notis saman ekor daripada disenaraihitamkan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

RUNGUTAN RAKYAT 1MALAYSIA DALAM BLOG :

saman..saman..cedih aku... my total summons (perodua viva) :
1 speeding, 1 no parking, 7 traffic obstruction, 1 disobeying traffic sign = RM890.00
my husband's summons (proton gen2 & honda ex5 nya) :1 speeding, 2 disobeying traffic sign = RM470.00 total should pay diz month = RM 890 + 470 = RM1360!!
http://babywify.blogspot.com/2010/07/samansamancedih-aku.html

Jangan sekat sekarang untuk orang yang mempunyai saman ekor tertunggak dari membayar cukai jalan atau lesen memandu.
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/06/senarai-hitam-saman-ekor-kerajaan-perlu.html

Sepatutnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan ketelusan, perbuatan saman ekor boleh dijalankan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Aku terkejut besar dalam senarai saman ekor tu ada juga saman ekor tak pakai tali pinggang keledar RM100
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5907

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.
http://penyapusial.blogspot.com/2010/06/saman-ekorsumber-pendapatan-haram.html

Check punya check.. di dapati saman ekor terkumpul kekal kepada 7 dengan jumlah pembayaran tertunggak ialah RM2,000.00. liau!
http://cik-zura.blogspot.com/2010/06/mari-kita-check-saman-trafik.html

Seingat aku saman yang bersignature sahaja yang kena blacklist. Jumlah terkumpul yang diperolehi aku adalah 7 saman
http://www.azamrashid.com/?p=1035

APA APA YANG LUAR BIASA JADI KAT MALAYSIA
http://cdposter.blogspot.com/2010/06/saman-ekor-bontot-boleh-kena-blacklist.html

Kenyataan Akhbar MB Selangor isu pasir

KENYATAAN AKHBAR

12 JULAI 2010

MEDIA DIBERI MAKLUMAT SALAH MENGENAI PERLOMBONGAN HARAM DI KUALA LANGAT

SHAH ALAM: Laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini
adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pasti
gambar ini diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung
Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit
Canggang.

Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala
Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja
Raya, Jabatan
Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan
pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

Kelulusan dari jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining
Scheme) dan
Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.

Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati
dengan EMP yang
disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB
tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands.

Syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar
laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan
melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah
disediakan untuk
memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini
adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG.

Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti
yang dilaporkan oleh akhbar.

Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula
sedang dalam proses pembersihan kawasan.

Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng
Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir
telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya 10 juta tan pasir
bernilai RM220 juta sepertia yang dilaporkan akhbar.

Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu
seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan
lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan
10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan
kejadian curi
pasir. Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri
tidak terus kerugian.

Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh
Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan
termasuklah
memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.

Kita juga berharap pihak media lebih berhati-hati dengan fakta yang diberikan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negeri akan terus menambah
baik perlombongan pasir yang menjadi sumber untuk agenda Merakyatkan Ekonomi
Selangor.

YAB TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, July 13, 2010

Hadith Puasa Sya'ban


Dari Aisyah Ummul Mukminin r.a., katanya: "Rasulullah saw. sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa seterusnya. Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira belau akan berbuka terus. Dan kami tidak pernah melihat beliau berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban" (Muslim 1125)

Fadilat Amalan zikir selepas solat


Oleh: AKHISALMAN

Daripada Abdurrahman bin Ghonm r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

من قال قبل أن ينصرف وثني رجله من صلاة المغرب والصبح: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ل الملكوله الحمد بيده الخير، يحيىويميت، وهو على كل شيء قدير، عشر مرات، كتب له بكل واحدة عشر حسنات، ومحيت عنه عشر سيئآت، ورفع له عشر درجات، وكانت حرزا من كل مكروه، وحرزا من الشيطان الرجيم، ولم يحل لذنب يدركه إلا الشرك، فكان أفضل الناس عملا إلا رجلا يفضله، يقول أفضل مما قال
Maksudnya: Sesiapa yg berkata sebelum dia beredar dr tempat sembahyangnya dan sebelum dia mengubah posisi duduknya(duduk tahiyat akhirnya) pada solat magrib dan subuh:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد بيده الخير يحيى ويميت وهو على كل شيء قدير

Maka dia mendapat keistimewaan yg berikut:

1. Mendapat seratus pahala kebaikan.

2. Dihapuskan sepuluh kejahatan yg telah dilakukan.

3. Diangkat sepuluh darjat kedudukannya oleh Allah.

4. Dilindungi dr segala perkara yg tidak diingini.(dijauhkan dr bencana, malapetaka dan seumpamanya)

5. Dilindungi dr gangguan syaitan yg direjam.(dijauhkan dr gangguan mahkluk halus)

6. Tidak akan rosak amalannya melainkan dgn perbuatan syirik.

7. Org yg paling baik amalannya melainkan org yg berzikir lebih banyak dan lebih baik darinya.

Hadis riwayat Imam Ahmad, Thabrani, Tirmizi dan Nasaie.Kedudukan sanad hadis: Hasan.

Pengajaran: Marilah kita sama2 beramal hadis ini dgn Istiqomah yg hanya amalan yg ringan tetapi ganjaran yg sangat besar. Berzikirlah dgn penuh khusyuk dan menghadirkan hati. Cubalah sembunyikan amalan anda dr pengetahuan org lain.

Thursday, July 8, 2010

Kesungguhan Isteri mencari keredaan suami

Oleh : AKHISALMAN


Islam meyuruh supaya para isteri sentiasa mencari keredaan suami dan sentiasa menggembirakannya. Diantara peristiwa yangg menunjukkan kpd demikian adalah seperti berikut:

1. Apabila Khadijah r.a melihat baginda menyukai hambanya zaid bin harithah r.a, cepat2 beliau menghadiahkannya kepada baginda.

2. Ketika mana Rasulullah sakit tenat, isterinya Sofiyah bintu Huyyai berkata:
(وددت أن الذي بك بي)
Maksudnya: Aku amat suka kalau penyakitmu itu dipindahkan kepadaku.

3. Dlm Sahih Muslim ada menyebut cerita dr Asma' r.a isteri kpd Zubair; dimana belaiu menceritakan:

Seorang lelaki yg fakir telah datang berjumpa dgnnya, seraya berkata: "Wahai Ummi Abdillah(gelaran bg asma), aku adalah lelaki fakir, aku nak menjual di teduhan rumah mu." Asma' pun menjawab: Sesungguhnya kalau akau izinkan, suami aku akan melarangnya….

Kesimpulan: Kewajipan isteri utk mencari keredaan suaminya selagi tidak bertentangan syariat Allah dan sentiasanya menggembirakn hati suaminya. Islam melarang isteri menyakiti suaminya.

Sunday, July 4, 2010

Penjelasan Tn Guru Nik Aziz - Isu perpecahan PAS


Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.

Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu “Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar.” Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan.

Apa pun, saya mengucap terima kasih atas laporan media yang berimbang. Antaranya akhbar New Sunday Timestidak memetik laporan berita Bernama (yang tidak bersifat berita itu), sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya.

Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan. Antaranya ialah:

“Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.

“Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama’ satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan.

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah.

Sekian, wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Tarikh: 21 Rejab 1431/4 Julai 2010.