Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Monday, March 8, 2010

GST: Hentikan sebelum terlambat


oleh Selena Tay

Pada sessi Parlimen tahun ini yang akan bermula pada 15 Mac 2010 yang akan datang, Akta GST (GST Bill) akan dibentangkan untuk perbahasan di Parlimen.

Kerajaan BN berhasrat untuk melaksanakan sistem taksiran cukai GST (Goods and Services Tax) semata-mata untuk menambah karung kocek sendiri. Niat untuk memperbaiki taraf hidup rakyat hasil dari pungutan cukai ini memang tiada.

Pakar ekonomi dari DAP, Tony Pua berkata bahawa cukai ini akan menjadikan rakyat yang miskin lebih miskin lagi sebab mereka ini yang dahulunya tidak perlu membayar cukai kini akan kena cukai pula.

Pakar ekonomi dari PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad pula berkata cukai GST ini adalah sistem cukai yang regresif yang hanya akan menyusahkan dan merugikan golongan yang miskin.

Tetapi kerajaan BN langsung tidak mempedulikan pendapat-pendapat ini. Mereka berdegil juga hendak melaksanakan sistem cukai GST. Oleh itu penulis berpendapat kerajaan BN adalah satu kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berprihatin langsung. Slogan ‘A Caring Government’ yang diuar-uarkan masa zaman Perdana Menteri Abdullah Badawi dahulu adalah retorik kosong sahaja.

Kerajaan BN telah memaklumkan bahawa 40 jenis barangan keperluan harian dan perkhidmatan yang tidak akan dikenakan cukai GST. Tetapi adakah senarai ini sah dan muktamad?

Dikatakan satu Anti-Profiteering Bill akan dibentangkan di Parlimen untuk mengelakkan harga barangan dinaikkan secara mendadak selepas sistem cukai GST dilaksanakan. Bagaimana penguatkuasaan akan dijalankan untuk mengelakkan harga barangan dinaikkan secara mendadak? Adakah penjual chee cheong fun di pasar malam itu akan didenda jika dia menaikkan harga chee cheong fun 40% ataupun 50%? Adalah mustahil untuk penguatkuasaan dijalankan untuk mengawal harga barang. Bagaimana hendak memantau harga barang makanan yang dijual oleh setiap gerai penjaja di tepi jalan itu? Itupun gerai penjaja sahaja! Adalah tidak munasabah langsung untuk pemantauan dijalankan dengan sempurna!

Di Malaysia masih ada lagi ramai pekerja yang mempunyai gaji kurang dari RM1500. Oleh itu, negara kita masih belum sedia lagi untuk sistem cukai GST ini. Apabila tahap gaji telah mencapai satu tahap minima yang sesuai bagi sebuah negara maju, barulah sistem cukai GST sesuai dilaksanakan.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai cukup anggota Parlimen untuk menghalang Akta GST ini dari diluluskan oleh Parlimen. Oleh itu adalah terpulang kepada rakyat sendiri untuk memberi penekanan kepada kerajaan BN supaya jangan melaksanakan sistem cukai GST ini.

Dikatakan suara rakyat suara keramat. Oleh itu, rakyat digesa untuk pergi ke perkarangan Parlimen pada pukul 9 pagi pada 15 Mac ini untuk membantah perlaksanaan sistem cukai GST. Penulis sendiri akan hadir pada hari tersebut

No comments: