Bagi menjana pendapatan Yayasan terutamanya kos pengurusan Maahad Tahfiz An-Nahdoh, Pra-Tahfiz Raudatul Atfal dan program pengajian Madrasah An-Nahdhoh, pihak Yayasan menjalankan aktiviti perniagaan dan antara yang utama ialah Hotel An-Nahdhoh.
Bangunan asrama Maahad Tahfiz An-Nahdhoh
Pihak Yayasan menjemput semua pihak untuk mengadakan akitiviti dan program di Hotel An-Nahdhoh. Antara pakej yang kami sediakan:
Hotel An-Nahdhoh
1. Pakej Penginapan keluarga.
menginaplah di hotel berciri Islamik dengan persekitaran yang hijau dan mendamaikan. Ikuti kuliah-kuliah pengajian kitab lama/kuning di Madrasah yang disampaikan sendiri oleh YDP Yayasan, Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Mutalib bin Haji Maarof sepanjang menginap di Hotel ini terutamanya Kuliah Perdana pada setiap pagi Sabtu.
2. Pakej Jamuan
Bercadang untuk mengadakan jamuan akhir tahun syarikat, jamuan makan keluarga bahkan kenduri perkahwinan. Kami menyediakan dewan yang selesa untuk jamuan yang selesa. Untuk majlis perkahwinan, lapangan yang luas disediakan dan tak perlu risau tentang waktu solat. Ruang solat madrasah cukup untuk memberi keselesaan kepada pengunjung dan tetamu untuk bersolat.
3. Pakej Seminar & Mesyuarat.
Dua dewan seminar disediakan kepada yang berhajat menganjurkan seminar di Yayasan An-Nahdhoh. Dewan serba lengkap ini berada di tingkat atas Madrasah yang pastinya akan memberi keselesaan kepada peserta seminar untuk bersolat. Setiap satu dewan seminar ini mampu untuk mengisi sehingga 500 peserta untuk satu-satu masa (teater style).
teater styleDewan Seminar - Classroom style
Untuk maklumat lanjut;
04-521 3500
Jafri Abu Bakar 019-590 6504
Jafri Abu Bakar
Yayasan AnNahdhoh Pulau Pinang
Hotel AnNahdhoh
Madrasah Annahdhoh
Maahad Tahfiz AnNahdhoh
Pra-Tahfiz Raudatul Athfal
Pusat Pengajian Raudatul Athfal
843 Mk 5, Kg Petani,
Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
Mohon untuk dihebahkan. Moga ada keberkatan~~~
2 comments:
Berapa bayaran yuran pengajian di madrasah ni?
AnakA saya berumur 27 tahun dan berminat untuk belajar di sini.Bolehkah pihak tuan memberi maklumat lanjut seperti syarat2 kemasukan, yuran pengajian, tempat penginapan dan sebagainya. Terima kasih
Post a Comment