Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Wednesday, October 21, 2009

Beramallah dengan Surah al-Mulk


1. Daripada Jabir r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Miim, Al-Sajadah dan Al-Mulk
(hr. At-Tarmizi)

2. Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadith yang mengembirakan kamu, ia berkata bahkan!"

Beliau (Ibnu Abbas) berkata: "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli (keluarga) kamu dan kepada semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu, sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari Qiamat didepan Allah memohon kepada pembacaan supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.

Dan Nabi saw bersabda, "saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatKu".
(hr. Ibnu Kathir)
3. Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Nabi saw telah bersabda: "sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali 'Tabarokal lazi..' maka apabila dimasukan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, "sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesunguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati) jadi pergilah menemui Allah swt dan mintalah syafaat daripadaNya".

Maka diapun (surah) menemui Allah swt dan berkata: "wahai Tuhanku. Si fulan ini (si mati) dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya didalam dadanya. Maka jika engkau ingin membuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabMu".

Dan Allah swt berfirman, "Aku nampak kamu marah". Dia (surah) menjawab: "Sesungguhnya saya marah". Allah swt berfirman: "Pergilah, sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya". Nabi saw bersabda: "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mayat.

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (mati) tidak merasa kesunyian".

Anas berkata: "Apabila Nabi saw khabarkan hadith ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi saw memanggil surah ini 'Al-Munjiah': iaitu yang menyelamatkan". (hr, Ibnu Kathir)

No comments: