Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Wednesday, September 8, 2010

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Presiden PAS

Rayakan Syawal, Jangan Tentang Usaha Nabi SAW

Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…

Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,

Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SAW dengan menyebut ‘Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut, “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah, “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan, “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.

Salam Hormat,

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tuesday, September 7, 2010

Kenali 'eidulfitri




SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Wednesday, August 25, 2010

SOLAT : KEAJAIBAN DARI SUDUT SAINS

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.

Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa.

Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

sumber: http://pmiupm.net/?p=584

Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi;

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )

70 PERATUS BUFET RAMADAN CAMPUR ARAK - JAKIM - UTUSAN 18/08/2010

Elokla berbuka di masjid dan surau yang banyak menyediakan juadah berbuka sekarang ni. berbuka di hotel ni pun banyak masalahnya.. nanti kelam kabut dgn maghrib lagi, nak rushing untuk terawikh lagi. kan lebih baik fokus kepada ibadah yang menjamin pahala di akhir-akhir Ramdhan ini.

70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim

PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.

Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu.

Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilaporkan berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Pihak kami juga menasihati mereka supaya segera memohon sijil halal daripada Jakim memandangkan mereka memberi alasan tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Amri menggalakkan umat Islam berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

"Saya harap masyarakat Islam negara ini tidak memilih hotel yang tidak memiliki sijil halal kerana mencari yang halal adalah wajib dan jauhilah perkara yang meragukan," katanya sambil memberi amaran akan terus memantau hotel-hotel yang mencurigakan.

Wednesday, August 18, 2010

TGNA: Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam



Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."

Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos201

Tuesday, August 17, 2010

Kontrak RM77 Juta Upah Apco Tertinggi Di Dunia

Sumber: biaqpila.blogspot.com
Oleh Rusnizam Mahat


SHAH ALAM 16 Ogos - Malaysia menjadi negara yang membayar yuran perkhidmatan tertinggi di dunia kepada syarikat pro Zionis-Israel, Apco Worldwide sebanyak RM77 juta.

Malah setelah syarikat tersebut dikecam berhubung kaitannya dengan konsep One Israel dan hubungan rapat pimpinan tertinggi syarikat itu dengan Zionis-Israel, Kerajaan Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional, menyambung semula kontrak perkhidmatannya awal Julai lalu.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, daripada maklumat yang beliau perolehi daripada seorang bekas duta Amerika Syarikat, Malaysia membayar upah paling mahal kepada syarikat itu.

“Saya dimaklumkan oleh seorang bekas duta Amerika Syarikat, daripada sebanyak lebih 50 cawangan Apco di seluruh dunia, tidak ada satu pun yang menerima bayaran bernilai RM77juta, yang paling tinggi ialah USD2 juta atau kira kira RM7 juta sahaja. Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang amat merisaukan,” kata Azan kepada Suara Keadilan.

Apco dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 15 Julai 2009 bagi memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa melalui konsep 1Malaysia.
Setelah lebih setahun gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri dan jutaan ringgit dibelanjakan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akur kempen itu belum mencapai sasaran dan masih tidak difahami rakyat.

Azan berkata, kerajaan seharusnya menghentikan khidmat Apco Worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membina konsep 1Malaysia, tetapi malangnya kontrak perjanjian dengan syarikat pro-Zionis-Israel itu disambung semula.

“Maknanya, ada agenda tersembunyi, meskipun kelemahan berhubung konsep 1Malaysia ini disuarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, tetapi macam ada agenda lain apabila kontrak ini disambung. Kita ragu RM77 juta yang digunakan untuk tujuan apa. Macam mana tak tercapai sedangkan kita bayar RM77 juta, mengapa rakyat masih tak faham tentang konsep 1Malaysia.

“Kesan yang di bawa 1Malaysia, yang diperkenalkan oleh syarikat Yahudi ini menunjukkan kesan negatif sehinggakan tidak ada penerimaan yang tepat oleh rakyat Malaysia berhubung apa sebenarnya konsep 1Malaysia, sedangkan pemimpin nombor satu dan nombor dua juga bercanggah dari sudut penerimaan.

“Berpuluh juta dibelanjakan untuk program dan kempen 1Malaysia sedang-kan hasilnya, rakyat menjadi keliru. Kalau TPM sendiri keliru, bayangkan bagaimana pula dengan rakyat terbanyak,” kata Azan.

Menurut Azan, kenyataan Dr Mahathir dan Muhyiddin, 3 Ogos lalu yang secara terbuka mengakui kelemahan 1Malaysia dilihat memberi tamparan hebat kepada Najib.
Malah katanya, Muhyiddin seolah-olah cuba mengambil kesempatan memburukkan konsep 1Malaysia semasa ketiadaan Perdana Menteri, yang menyaksikan hubungan yang semakin keruh antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu.

“Kita nampak gambaran memang begitu, mengapa Timbalan Perdana Menteri, selepas Najib bercuti, terus keluar kenyataan yang bercanggah, nampak macam disengajakan dan seperti ada elemen yang disengajakan untuk memburukkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,” katanya lagi.

Tegasnya, slogan 1Malaysia gagal mencapai matlamat dan hanya merupakan retorik kosong bertujuan untuk memenangi hati kaum bukan Melayu.

Jelas Azan, slogan itu bukan sahaja gagal dari sudut perlaksanaan malah perpaduan kaum juga dilihat semakin goyah dengan tertubuhnya kumpulan ekstrem seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menjadi proksi kepada Umno.

“Perkasa menjadi liabiliti yang sangat besar kepada kerajaan dan menghakis perpaduan dalam negara. Perkara ini berlawanan dengan kehendak gagasan 1Malaysia yang di bawa Najib.

“Jelas 1Malaysia hanya slogan tetapi perlaksanaannya jauh dari matlamat sebenar terutama di Sabah dan Sarawak. Dulu kita kritik Islam Hadhari, tetapi sekurangnya ia masih dapat difahami. Tetapi 1Malaysia ini seolah agama baru yang di bawa, umpama satu patung yang dipuja,” katanya.

Sunday, August 15, 2010

Kisah Benar 'Angkara Wang Pokok Pisang'


wang pokok pisang jepun
Bank note wang pokok pisang di muzium singapura *

Semasa Perang Dunia ke II di Malaya & Asia Tenggara, pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat .

Selepas tamatnya Perang Dunia ke II dan tewasnya Jepun di tangan pihak Berikat, duit pisang langsung tidak bernilai sehingga ke hari ini. Wang tersebut hanya layak duduk di dalam muzium sahaja, hanya ada nilai sebuah kenangan "Pahit" tidak ada nilai komersial, tidak laku , apatah lagi digunakan untuk membeli sebiji burger atau topup kredit prepaid.

Kisah Benar "Angkara Wang Pokok Pisang" dari Hulu Kelantan

Beberapa hari selepas tamatnya Perang Dunia ke II, rakyat di daerah pedalaman hulu kelantan yang hidup agak ketinggalan dari pelbagai aspek, khasnya medium komunikasi & berita masih tidak tahu akan kekalahan / pengunduran tentera Jepun dari Malaya.Beberapa orang individu yang tahu akan hal tersebut telah bergegas mudik ke hulu kelantan (dengan bawa berguni-guni wang kertas pokok pisang yang sudah tidak laku / dicetak sendiri) dan membeli seberapa banyak tanah dengan guna wang kertas Pokok Pisang yang dicetak oleh Tentera Jepun di Malaya.

Ramai yang terpedaya dengan wang kertas pokok pisang yang berguni-guni tersebut serta dengan sukahati menjual tanah-tanah ladang getah mereka kepada malaun tersebut dengan harapan "Aku kAYO!!!

Rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan jugak di tengah hari...beberapa hari kemudian, mereka dapat tahu perang dunia ke II telah tamat dengan keputusan jepun kalah / wang pokok pisang sudah tidak laku & tidak ada nilai...maka meraung keluar airmata darah sekalipun..sudah tidak berguna kerana tanah sudah habis dijual kerana silauan wang kertas pokok pisang...maruah juga tergadai...tanah sudah tidak ada,,,anak cucu merempat menyewa di tanah orang...sampai ke hari ini anak cucu cicit mangsa masih fobia dengan Wang Kertas dan lebih suka menyimpan Emas.

Kalau nak tahu, sila ke Kuala Krai, Kelantan dan tanya orang kampung akan hal kisah ini

Wang Dinasti Rajah Brooke yang sudah tidak laku di Sarawak



Ada sesiapa yang boleh beli topup prepaid maxis/celcom dengan wang kertas keluaran Kerajaan Rajah Brooke Yang Maha Berkuasa di sarawak, Bulan Januari tahun 1935.ada tak???

Ada sesiapa yang boleh bayar bil elektrik dengan wang kertas keluaran Kerajaan Rajah Brooke Yang Maha Perkasa di sarawak, Bulan Januari tahun 1935.ada tak???

Ada sesiapa yang boleh beli nasik lemak sebungkus dengan wang kertas keluaran Kerajaan Rajah Brooke Yang Maha Gagah di sarawak, Bulan Januari tahun 1935.ada tak???

Deyyyyyy.. Macha !!! Kerajaan Rajah Brooke sudah lama berkubur laa...sudah masuk itu buku sejarah,sudah masuk muzium

Krisis Kewangan Asia 1996-1997

Krisis Kewangan Asia adalah krisis kewangan yang dimulai pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia.Juga sering disebut Krisis mata wang Asia.

Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga terpengaruh. China, Taiwan dan Singapura hampir tidak berkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang.

Baca juga Kisah Benar "Mata Wang KERAjaan Malaysia Tewas di Mesin Basuh & Titisan Dakwat"

Matawang kertas kerajaan Malaysia. Jutaan RM dibelanjakan untuk rekabentuk, security, kertas dan cetakan berkualiti. Namun tewas dengan pusingan mesin basuh dan titisan dakwat. Pernahkah perkara sebegini terjadi kepada anda? Cubalah buat ujikaji sendiri.




Adakah wang kertas RM50 ini laku digunakan di USA, Italy,England tanpa ditukar terlebih dahulu. Kalau duit dalam ketul-ketul Emas, orang asing suka tak?Laku Tak? Cubalah buat, nak tau macamana.

Dinar emas dan perak Kelantan

Awang Adek wakil parti yahudi UMNO/BN Kelantan perlu melihat jauh kehadapan dan bukannya memperlekeh inisiatif kerajaan Kelantan mengeluarkan Dinar emas dan perak. Apakah salahnya mempromosikan Dinar Islam kalau sistem itu berdaya maju dan berpotensi mengatasi masalah sistem matawang konvensional yang kini terdedah kepada spekulasi dan manipulasi oleh pasaran bebas ciptaan Barat?. Punca bodoh sombong umno. Ada akal tidak boleh berfikir.



Nyatalah Emas & Perak ciptaan Allah s.w.t adalah yang terbaik untuk segala urusan kehidupan manusia. Ada sesiapa yang benci Emas dan Perak?

sumber asal:
warta365.blogspot.com