Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Dana Pembangunan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Minda Mumtaz.

Minda Mumtaz.
Formulasi Makanan Sunnah untuk Perkembangan Minda & Kecerdasan Badan

Thursday, August 11, 2011

Cara utk mudahkan bangun Qiamullail.. jom cuba!

Bangun pada malam hari pada saat mata sedang kantuk, bukan pekerjaan ringan. Apalagi bila untuk beribadah. Pengalaman ini pernah dialami oleh seseorang yang kemudian menyanyakan kepada Hasan, “Hai Abu Sa'id, sesungguhnya saya melewati malam dengan kondisi segar bugar, saya juga telah menyediakan air untuk berwudhu. Tapi mengapa saya sulit bangun?” Jawab Hasan, “Dosa-dosamulah yang telah mengekangmu.”

Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menjelaskan, “Banyak dari makanan yang menghalangi bangun malam dan banyak dari pandangan yang menghalangi untuk membaca surat,” jelasnya. “Makanan yang haram dan pandangan yang haram dapat menjadi sebab sulit untuk bangun malam,” tambah sang Hujjatul Islam itu.

Beberapa catatan adab di bawah ini barangkali bisa membantu memudahkan kita bangun dan istiqamah.

1. Keinginan yang kuat

Bila ingin shalat malam (shalat lail), tumbuhkan keinginan yang kuat (niat) dari dalam diri untuk bangun, sebelum menuju pembaringan. Peliharalah niat itu dan kuatkan kembali hingga mata terpejam. Rasulullah saw bersabda. “Barangsiapa yang akan tidur berniat untuk bangun shalat tahajjud, kemudian ketiduran hingga pagi hari, maka dicatatnya niat itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap sebagai karunia dari Allah yang diberikan padanya.” (HR. An-Nasa'i dan Ibnu Majah dengan sanad yang shah)

2. Putuskan mimpi dan melihat langit

Bila sudah terjaga, jangan berikan kesempatan kepada syaitan untuk menghalangi kita dengan menelusuri mimpi-mimpi yang baru saja dialami. “Putuskanlah mimpi-mimpi seperti itu dan bergegaslah meninggalkan pembaringan.” pesan Prof. DR. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Buya Hamka). Sebelum menunaikan shalat disunnatkan keluar melihat langit dan bintang-bintang sambil berdoa sebagaimana diucapkan oleh Rasulullah saw, “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, saya mohon ampun kepadaMu dan saya mohon pula rahmat-Mu. Ya Allah tambahlah pengetahuanku dan janganlah Engkau belokkan hatiku, sesudah Engkau beri hidayat padaku. Berikanlah rahmat dari sisi-Mu karena Engkau Maha Pemberi. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan saya kembali sesudah mematikan saya dan pada-Nya pula tempat kembali.”

3. Dari yang ringan

Sebaiknya shalat tahajjud dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan, selanjutnya kerjakan sesuka hati. Dari Aisyah katanya, “Rasulullah saw itu apabila bangun malam untuk shalat, beliau memulainya dengan dua rakaat yang ringan.” Begitupun dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah, beliau saw bersabda, “Apabila seseorang di antaramu bangun malam, maka hendaklah memulai shalatnya dengan dua rakaat yang ringan.”

4. Bangunkan keluarga

Bila sudah bangun, jangan lupa untuk membangunkan juga sanak keluarga. Rasulullah saw pernah membangunkan Ali bin Abi Thalib, menantunya, untuk shalat lail seperti tercatat dalam sebuah hadits dari Ali ra, “Bahwa Rasulullah saw pada suatu malam pengetok pintunya. Waktu itu ia tidur bersama Fatimah, istrinya. Beliau saw bersabda, “Apakah engkau berdua tidak bangun untuk shalat?”

Dalam haditsnya yang lain dari Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda: “Allah memberikan rahmat kepada lelaki yang bangun malam untuk shalat lalu membangunkan pula istrinya dan apabila istrinya itu menolak lalu memercikkannya air di mukanya. Allah juga memberikan rahmat-Nya kepada seorang perempuan yang bangun malam untuk shalat lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya menolak lalu dipercikkannya air di mukanya.”

Empat hal lain yang sebaiknya dilakukan agar kita mudah bangun malam menurut Imam Ghazali antara lain adalah: tidak terlalu banyak makan dan minum, kurangi kegiatan yang mengundang rasa lelah baik fisik maupun sprikis, sisihkan waktu sebentar di siang hari menjelang shalat dhuhur untuk qailullah (tidur sejenak) dan terakhir, meminimalisir kegiatan yang mengandung dosa karena hal itu mengundang kerasnya hati, rasa malas dan memutus rahmat-Nya.


sumber: www.geocities.com/fski97/

Friday, August 5, 2011

KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.



Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.

Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi ianya bisa berjalan lancar dan tanpa gangguan.Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada kereta dimana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan,malah lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan berpuasa.Wallah Huaalam.

Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Presiden PAS : Tetamu Allah di bulan Mulia

DENGAN nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala Nabi dan Rasul. Selawat dan salam juga ke atas keluarga baginda dan seluruh sahabatnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana pernah diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa kepada Allah.”

Ayat ini jelas bahawa matlamat terpenting daripada ibadah puasa bukan sahaja semata-mata ibadat, tetapi termasuk jugalah mentarbiyahkan diri seseorang yang beriman supaya menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT takwa merupakan penentuan kedudukan martabat manusia di sisi Allah SWT, kerana Allah SWT tidak menentukan kedudukan manusia berdasarkan kepada keturunan,bangsa, warna kulit, pangkat dan harta benda tetapi ditentukan dengan sifat takwa yang ada pada diri masing-masing.

Walaupun kita seorang kaya ataupun kita miskin, sama ada kita orang berkuasa atau tidak berkuasa, ia bukan ukuran kedudukan kita di sisi Allah SWT.

Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT didalam al-Quran, “sungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. “

Ibadah puasa melahir dan mentarbiyah seseorang yang beriman supaya menjadi orangorang yang bertakwa kepada- Nya, kerana di bulan Ramadan amalan meninggalkan perkaraperkara yang membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa adalah secara praktikal, melatih seseorang itu bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah dan meninggal segala larangan-Nya.

Dari segi amalan yang zahir, seseorang yang berpuasa diwajibkan meninggalkan makan minum, meninggalkan pergaulan dengan isteri,
meninggalkan apa yang dihalalkan pada masa yang lain, dan menjadi sebahagian naluri manusia yang bertakwa. Tetapi perkara yang menjadi perintah supaya meninggalkannya di waktu siang hari di bulan Ramadan.

Apabila seseorang manusia itu sanggup meninggalkan perkara yang dihalalkan oleh Allah di masa yang lain sematamata kerana taat kepada Allah, dengan mengerjakan ibadah puasa dan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan, dengan sendirinya melatih dirinya menjadi orang-orang yang taat dengan sifat takwa kepada Allah Taala.

Sesungguhnya dari segi rohani dan hak orang yang berpuasa mestilah dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT keikhlasan melalui ibadah puasa lebih terserlah daripada ibadahibadah yang lain kerana ibadat puasa wajib disembunyikan dan tidak dinyatakan. Ibadat yang lain lebih bersifat dinyatakan.

Orang nampak kita bersembahyang, tetapi orang tidak nampak kita berpuasa, semasa kita tidak makan, tetapi seorang yang berpuasa sanggup meninggalkan perkara yang membatalkan puasa sama ada dilihat oleh orang atau tidak. Di sini menyerlahkan keikhlasan, beribadat kepada Allah yang melahirkan sifat takwa, yang tersirat di dalam hati, bukan dari amalan-amalan yang zahir.

Di antara adab puasa juga ialah meninggalkan perkaraperkara yang boleh membatalkan pahala walaupun tidak membatalkan puasa, melihat yang haram, bercakap yang haram dan sebagainya yang merupakan tegahan-tegahan yang baik yang berkait dengan akhlak yang buruk yang tersirat di dalam hati. Dengan melaksanakan kewajipan ini juga, melahirkan sifat takwa kepada Allah.

Seterusnya di bulan Ramadan, kita dihidangkan dengan amalan ibadat sunat yang banyak seperti membaca Quran, sembahyang Tarawih, menjamu berbuka puasa, bersedekah makanan kepada orang yang berbuka puasa, amalan-amalan ini juga adalah amalan-amalan yang
membentuk peribadi samada yang menghubungkan kita dengan Allah atau hubungan kita dengan sesama manusia, keluarga dan jiran.

Menunjukkan bahawa di bulan mulia ini kita menjadi tetamu Allah SWT dihidangkan dengan makanan-makanan, bukan sahaja makanan zahir yang menyihatkan badan untuk menguatkan diri melaksanakan perintah Allah, dalam masa yang sama makanan-makanan rohani yang membersihkan jiwa dan mengikhlaskan hati sehingga membentuk menjadi orangorang yang bertakwa kepada Allah.

Disinilah terserlah kenyataan Allah, dihujung ayat yang menyatakan wajib berpuasa, supaya kamu menjadi orangorang yang bertakwa kepada Allah. Wallahu A’lam.